Wednesday, September 26, 2012

INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT - RIBUT YANG TAK HABIS-HABIS

Terbaca cerita tentang industri sarang burung walit yang jadi “hot” beberapa minggu yang lepas. Parti pembangkang pula dah buat pula tuduhan rasuah dan cuba memonopoli  kegiatan eksport  yang ditujukan kepada kakitangan MOA yang kononnya bersekongkol dengan beberapa kerat pengusaha sarang burung walit ni.

 
Baru-baru ni saya ada jumpa dengan seorang pengusaha sarang burung ni. Dia ni orang BN. Dia kata memang betul apa yang di tuduh dek pembangkang tu.  Apa dah jadi YB Datuk Noh Omar oi? Tengok2lah sikit kat anak buah tu. Kalau ada yang tak kena tolonglah nasihatkan. Rakyat bukan bodoh macam dulu. Mereka dah berani lawan jika ada yang sengaja mereka lihat main “kong kali kong”.

Tup, tup tengah ribut pasal tuduhan penyalahgunaan kuasa ni timbul pula satu masaalah baru. Sekumpulan aktivis hak asasi haiwan pula dah masuk semangkok. Aktivis ini pula telah mengesa kerajaan supaya menghentikan eksport sarang burung walit ini atas sebab kerana ianya menganiaya binatang, maknanya burung walitlah tu.

Betul juga kalau difikirkan. Burung tu ditipu dengan bunyi-bunyian supaya bersarang di sesuatu tempat. Lepas penat buat sarang dengan menggunakan air liur dia, ada pula manusia yang curi. Dia buat lagi, di curi lagi. Entah beberapa kali. Tak kan penat burung tu. Tanpa sarang (umpama macam rumah bagi manusia), macam mana nak berkahwin dan beranak pinak? Kalau aku pun sudah tentu aku meraong kemarahan setiap kali kerja keras aku buat rumah tapi akhirnya di curi orang. Memang ini kes aniaya.

Kalau kita bersimpati dengan kes burung walit ni macam mana pula dengan kes ayam telor? Tiap hari dia bertelor tapi di ambil orang. Dahlah tak dapat mengawan dan di kurung dalam reban yang amat kecil sekali. Bukan ini juga menganiaya binatang? Bila sampai kepenghujung hayat, dah tak betelor lagi di sembelih pula untuk di jual sebagai daging ayam tua buat rendang hari raya. Ini lagi besar punya aniaya. Sekurang-kurangnya burung walit tak kena sembelih untuk buat lauk raya.

Banyak lagi kes penganiayaan binatang ni kalau di cari dan kalau aktivis hak asasi haiwan ni nak perjuangkan maka tak kan habis-habis sampai dia orang pun tak jadi nak buat kerja lain. Ah, bagi saya kalau semua nak di fikir, makan sayur dengan nasi sahajalah nampaknya kita.

Dato Noh,  kes eksport sarang burung walit ke China tu dah selesai ke? Apa? ramai pula yang tak nak mendaftar? Tak yah layan sangatlah depa tu. Suruh depa eksport sendiri-sendirilah kalau boleh. Tolong pun salah, tak tolong LAGI salah.

UnclearEngineer
(jurutera nuklear yang sentiasa kelabu di mata tapi terang akal setiap masa)

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.