Seorang tokoh korporat UMNO Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin telah mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PKR.
Membaca latarbelakang Tan Sri Ibrahim Menudin ini kita akan terkejut dengan
sumbangan besar beliau terhadap usaha membawa masuk UMNO ke Sabah dulu. Beliau
yang merupakan seorang akauntan dan pernah terlibat mengendalikan beberapa syarikat
tersenarai yang besar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga ahli
lembaga pengarah.
Kalau Dato Karim Ghani, Pengasas UMNO Sabah sendiri cakap macam ni, apa cerita? Kalau kaya macam Dato Karim ni dan anggap duduk tepi jamban, saya pun nak. Jangan mare, gurau je. |
Antara perkara yang di sebut sebagai sebab dia keluar UMNO ialah kegagalan
kerajaan BN membangunkan Labuan dan isu rasuah yang mencemari UMNO Sabah. Rasuah?
That bad huh, sehingga seorang yang sekaliber Tan Sri Ibrahim boleh melompat .
Soalan yang bermain di kepala saya, kenapa sekarang? Tuduhan rasuah dalam
kerajaan sudah lama dibangkitkan dan sebagai seorang bekas ahli korporat “BN friendly”
mungkin beliau juga pernah terlibat dalam kegiatan ini. Ini cuma tanggapan saya
jika perkara isu rasuah ini sebegitu parah seperti yang didakwa.
Saya pernah sekali pergi ke Labuan. Memang amat mengeciwakan. Sebelum
sampai di sana, gambaran saya tentang Labuan adalah sebuah pulau yang hebat
membangun sebaris dengan namanya sebagai
pusat kewangan pesisiran pantai bertaraf antarabangsa setanding Singapura dan
Hong Kong. Kawasan komersial bandarnya jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan
bandar Kajang sebagai bandingan. Tetapi yang saya hairan, kenapa wakil Sabah
mahupun UMNO Labuan tidak pernah menyuarakan isu pembangunan Labuan ini secara
serius di mana-mana forum seperti di Perhimpunan Agong UMNO dan juga semasa
perbahasan buget di Parlimen? Bagi saya, wakil UMNO dari Sabah termasuk Tan Sri
Ibrahim sendiri telah gagal membawa isu Sabah secara efektif. Sayangnya, Tan
Sri Ibrahim telah mengambil jalan mudah dengan melompat keluar parti dari terus
menyuarakan inspirasi rakyat di Sabah
dan di Labuan. Apakah beliau pasti bahawa parti barunya ini akan mampu
membangunkan Labuan serta menghapuskan rasuah yang menjadi penyebab beliau melompat? Pada pandangan
beliau mungkin PKR akan lebih sensitif dari BN.
Selepas Lajim Ukin dan kini Tan Sri Ibrahim Menudin mengistiharkan keluar
UMNO/BN, maka berkatalah orang kuat UMNO di Sabah bahawa tindakan terbaru ini
tidak akan menjejaskan kekuatan parti di Sabah. Sebagai ahli UMNO, saya pun
amat berharap kebenaran seperti yang dikata.
Kebenarannya, dengan berpaling tadahnya Lajim Ukin dan sekarang Tan Sri Ibrahim Menudin, sesuatu perlu di buat
oleh UMNO/BN Sabah bagi memastikan Sabah kekal sebagai “tabung simpanan” BN
pada PRU 13 ini.
Bagi pandangan saya, isu Sabah dan Sarawak ni sejak sekian lama
merupakan satu isu sensitif dalam pembinaan negara Malaysia. Walaupun rakyat di
Semenanjung dapat menerima orang Sabah sebagai rakyat Malaysia yang setanding
tapi dari pandangan orang Sabah berlainan pula. Sebagai pelawat di Sabah dan
juga Sarawak, saya merasa ada sesuatu yang tak kena tentang pandangan mereka
tentang orang Semenanjung. Banyak saya dengar tentang pelabelan orang dari Semenajung sebagai “penjajah”. Setelah 49 tahun dalam Malaysia,
sentimen “penjajah dan rakyat kelas tiga” masih terus menebal. Mungkin itu
kegagalan sebenarnya ahli politik Malaysia. Kita gagal membangunkan jati diri
Malaysia seperti negara-negara lain di dunia.
Peninglah lagi kepala DS Najib.
Saya doakan DS Najib akan dapat mencari jalan terbaik bagi mengekalkan sokongan
Sarawak dan Sabah terhadap kerajaan BN sama ada diperingkat negeri mahupun
federal. Lebih penting lagi jika DS
Najib dapat mencari jalan untuk memperkuatkan lagi semangat Malaysia dikalangan
semua rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada.
Jika belum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia
untuk semua warga Malaysia yang sudi membaca blog saya ini.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.