Yelah
tu. Kalau tak silap aku, cakap-cakap pasal demokrasi sudah mati di Malaysia ni
sudah pun aku dengar sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi. Rupa-rupanya demokrasi
tak mati lagi sebab kalau dah mati macam
mana pulak demokrasi boleh mati kembali selepas BERSIH 3.0? Percayalah, dalam
dua tiga bulan akan datang maka demokrasi akan diistiharkan mati sekali lagi
untuk ke berapa kalinya lagi. Selepas keputusan pilihanraya di umumkan dan
keputusannya tidak memihak kepada pihak tertentu, maka akan di istiharkan bahawa
demokrasi juga sudah mati sekali lagi. Eh, eh, eh. Berapa kali mau mati daaa…
Woi,
tak ada ke sebab lain yang mahu ditulis dan ceritakan lagi? Tulis lah juga
pasal dalam sesetengah parti di Malaysia, pemilihan AJK peringkat kebangsaan
juga jadi kecoh. Ketua Umum dan Mursyidul Am punya kuasa untuk menaikkan
sesaorang. Bila bini, anak dan anak saudara jadi orang besar parti. Itu belum
lagi siasat berapa banyak sepupu sepusing yang juga jadi AJK peringkat cabang,
cawangan dll. Yang ini ada demokrasi, kata dia orang lah.
Ini dia demokrasi yang dia orang kata dah mati tu. Bebas berdemo dan merosak harta kerajaan. |
Bila polis menghalang demonstrasi jalanan, dia kata tak ada demokrasi. Negara
ni negara polis. Kuku besi. Bila polis sembur air dan tembak gas pemedih mata,
dia orang terpekik sekali algi, demokrasi dah mati. Malaysia dalam pemerintahan
diktator. Ini yang selalu orang kata – tak di buat salah, di buat lagi salah.
Mungkin video gelagat polis Sepanyol ni boleh kita buat perbandingan dengan
gelagat polis Malaysia yang konon nya ganas ni. Klik http://youtu.be/tI0S-AcqQ1g. Kat Malaysia ni dah terbalik kot, perusuh lebih ganas membuli polis. Tengok sahaja gambar kat sebelah tu.
Inilah bila Malaysia dah banyak sangat orang bijak pandai serta cerdik.
Maka yang lulus nafas nafas ikan peringkat SPM pun mula nak tunjuk dia pun lagi
pandai. Bila kita tanya apa tu demokrasi, dia terkulat-kulat tak dapat jawab
macam ayam terberak kapur. Bercerita pasal ayam ni, mari kita tengok video ini
dalam youtube. Klik http://youtu.be/HALlHW2OAgc.
Sebenarnya tak payahlah pergi jauh
jauh nak tuduh orang itu ini. Mari sahaja kita lihat kat dalam diri kita
sendiri. Dah sempurnakah aku? Dah yang terbaik ke praktis demokrasi dalam parti
aku? Dah sempurnakah Islam ku? Apa
jawapannya? Jangan jadi macam nyonya dalam video kat atas tulah yang
terkebil-kebil tak dapat menjawab bila di sergah dek Mat Salleh tu.
“Saya orang Islam,
Saya tinggal di sini,
Isteri saya orang Malaysia,
Jangan biadap!”
Hu, hu amik kau, nyonya.
Unclear Engineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.