Friday, October 12, 2012

MAHU KE MANA AKAN KU TUJU? Cerita sedih masyarakat Rohingya.



Tragedi yang menimpa masyarakat Rohingya baru sahaja kita dengar tetapi sebenarnya ia sebuah tragedi yang telah berlaku sudah sekian lama. Rohinya merupakan sekumpulan manusia yang ditidakkan kewarganegaraan mereka oleh Mynmar dan juga Bangadesh dan telah di beritakan oleh Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai antara kumpulan minoriti paling tertidas di dunia dewasa ini.

Mereka di benci di Mynmar, negara di mana kebanyakan mereka dilahirkan dan anggap sebagai negara ibunda. Di Bangladesh pula mereka tidak di terima oleh jiran seagama  dan banyak daripada Rohinya ini hidup melarat di khemah-khemah pelarian. Umpama, lari dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya. Mahu ke mana mereka selepas ini? Dan paling malang sekali, mereka akan menghadapi krisis yang maha  perit lagi selepas ini.

Pertempuran etnik di Rakhine telah menyebabkan kedengaran suara supaya semua kaum Rohinya ini dihalau keluar sahaja dari Mynmar.  Berbot-bot yang lari dari pertempuran telah tidak dibenarkan masuk ke Bangladesh. Mana-mana yang berjaya masuk diletakkan dalam khemah-khemah pelarian dalam serba kemiskinan, tanpa dokumen rasmi dan akan mudah dieksploitasi oleh mereka-mereka yang punya kepentingan.

May lalu, di beritakan satu perlakuan rogol dan pembunuhan ngeri seorang perempuan beragama Buddha dilapurkan di negeri Rakhine. Apa yang membuatkan orang Buddha marah ialah apabila diberitakan jenayah dahsyat  tersebut di lakukan oleh ahli masyarakat Rohinya. Lima hari selepas kejadian, sekumpulan perusuh telah menyerang sebuah bas dan membunuh beberapa  lelaki Rohinya. Serangan tersebut mungkin sebagai satu serangan balas dendam.  Pergaduhan antara etnik pun tercetus.

Negeri Rakhine sejak itu telah mengalami lebih banyak pertempuran dan keganasan. Seluruh kampung di bakar dan penduduk di halau keluar dari rumah. Kedua-dua belah pihak yang bertelangkah terus tuduh menuduh bahawa lawan mereka sebagai pencetus keganasan sehingga kerajaan Mynmar telah terpaksa mengistiharkan keadaan darurat di kawasan tersebut.

Merayu bantuan antarabangsa dalam sedu sedan sebuah tangisan. Mujur ada saudara dari Malaysia yang sudi menghulur bantuan walau pun tak mampu menghuraikan sebuah sengketa zaman berzaman.
Puluhan ribu orang Rohinya sekarang mengungsi di khemah-khemah pelarian dengan pergerakan dikawal. Di Mynmar, Rohinya tidak di iktiraf sebagai warganegara dan peluang bagi memperbaiki diri masih terus dihadkan.

Mynmar tak sudi, Bangladesh pula tak ingin. Ke mana mereka nak pergi? Kesian…….

Kepada yang mahu memahami isu Rohingya ini bolehlah menonton video dari stesyen TV Al Jazeera ini. Sila tonton  video "No where to go"


UnclearEngineer

2 comments:

  1. Masaalah kaum Rohinya ini kita ketahui kerana ia sedang berlaku depan mata kita dizaman kita. Namun kita tidak tahu apa akan jadi sudahnya terhadap mereka jika kita tidak ambil tahu. Malahan kalau kita ambil tahu pun. Bezanya adalah sama ada kita sudah melaksanakan tanggong jawab kita secukupnya mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Inilah yang nak kena kita jawab besok.

    Kita hari ini sudah tidak upaya lagi mengorek kesah mengenai kaum Kurdis yang telan sekeras kerasnya enggan menubuhkan negara sendiri serta menentang akalan untuk menubuhkan negara negara terpencil pecahan dari kerajaan Othmaniah dahulu. Hari ini kaum Kurdis hidup miskin, terpinggir dan menumpang sebagai kaum minoriti yang tidak diperlukan dalam banyak negara.

    Hari esok kaum Rohinya akan bagaimana agaknya.

    ReplyDelete
  2. Myanmar?

    Wahai pemimpin Melayu Islam Malaysia, ini pula macam mana?

    http://www.youtube.com/watch?v=XfYHWOJvZ8E

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.