Tuesday, February 28, 2012

MEMBETULKAN FAKTA PALING MENYESATKAN MENGENAI LYNAS.


Save Malaysia. Stop opposing just for the opposition sake.
“Our prime minister must realise that the thousands of acres of land used for permanent disposal of toxic/radioactive wastes will deprive our children and our children’s children for generations to come from getting near it for billions of years”, kata En. Wong Teck, Pengerusi Himpunan Hijau.
Taik bijih (amang) yang bertaburan di sekitar Ipoh, Ampang, Serdang, Sungai Besi dan lain lain bekas tempat perlombongan bijih tu tak pun menyebabkan tempat-tempat tersebut jadi padang jarak padang tekukur ribuan tahun pulak ye?. Yang peliknya banyak pula kawasan perumahan dibina di atas kawasan-kawasan ini. Sedangkan taik bijih ini didapati mengeluarkan radiasi yang lebih tinggi dari residue dari Lynas. Mana logik statemen di atas?
Dia ni pekak badak ke atau dah terencat akal. Kan semua pakar dah bersetuju bahawa residue dari Lynas terdiri dari sisa radioaktif paras paling rendah. Yang boleh kata tempat simpanan residue tersebut akan tidak dapat didekati manusia selama berbillion tahun ni datang dari pakar mana? Pakar sejarah mana yang di rujuk dek Tuan Pengerusi Himpunan Hijau ni.
Mungkin dia ni dah konfius. Kata Haji Hadi Awang, kalau kita kurang faham tentang sesuatu teknologi rujuk dengan yang benar-benar pakar. Kalau isu keselamatan sinaran, kita rujuklah dengan pakar dalam bidang tersebut. Yang dia rujuk  pakar sejarah mengenai ketamadunan Cina buat apa. Maka itulah jawapan yang dia dapat. Nampak macam jawapan orang pandai tapi jauh tersasar dari fakta sebenarnya.
Dia ni baca ke tidak apa yang di tulis atau apa yang di cakap oleh pakar-pakar dalam bidang ini? Dah tu perkara asas ni pun masih lagi diulang-ulang macam burung kakak tua buat apa? Sekali lagi saya tuliskan di sini, residue Lynas BUKAN bahan buangan tindakbalas nuklear yang tinggi kereaktifannya. Ini pun tak dapat nak difaham?
Lantaklah kau En. Wong Teck. Negara ni negara demokrasi dan sebagai warganegara beliau berhak untuk memperbodohkan diri sendiri. Yang mendengar dan membaca tu kita harap jangan ikut sahaja. Tanya, selidik dan buat keputusan bersandarkan fakta yang terbentang di depan mata.

UnclearEngineeer

5 comments:

  1. Bagi saya Pak, semua ini adalah proses cyber warfare oleh pihak2 tertentu dan malangnya pihak kerajaan tidak bertindak cepat untuk menangkis dan membendungnya secara bersepadu. Makanya, sentimen ini diapi-apikan. Mereka ini pun sebenarnya tahu ianya bukan satu isu cuma demi kepentingan politik kepartian yang sempit, mereka tidak berminat ataupun buat-buat tidak berminat dengan fakta. Jadi selain dari fakta saintifik dan teknikal, penjelasan cara politik juga perlu diperhebatkan.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju Anon.

    Lynas ni malangnya meletop sebelum PRU13. Jadi ada kumpulan yang mahu gunakan isu ini bagi memancing undi rakyat supaya memangkah mereka nanti. Busuk kan? Masadepan negara dipolitikan sebegini rupa. Pembangkang membina atau pembangkang pemusnah? Fikir sendirilah...

    UnclearEngineer

    ReplyDelete
  3. kerajaan xperlu bertindak di atas perkara kecik sebegini...byk urusan negara lain yg perlu diselesaikan...tgk sekali pon dah tau isu ni berbaur politik dan penuh dgn fitnah yang jelas...rilek sudah..

    ReplyDelete
  4. Inilah yang terjadi apabila rakyat yang kurang berpengetahuan diperbodohkan. Padahal disekeliling kita terdapat banyak lagi punca2 radiasi yang jauh lagi tinggi dari Lynas. Radiasi TV, Handphone & lain2. Patut pihak 'kebenaran' ni pergi la check kadar radiasi/pencemaran semua kilang2 & industri2 kat Malaysia ni. Confirm semua kena tutup sebab penyumbang kepada pencemaran.

    Renung2kn & selamat beramal~

    ReplyDelete
  5. saya jumpa arikel lain...

    http://blogserius.blogspot.com/2012/03/serius-fakta-stoplynas-kenapa-anda.html

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.