Saturday, June 30, 2012

BILA HATI SUDAH HITAM LEGAM.


Kumpulan anti penyenaraian FELDA dah buka mulut kembali. Heboh pasal saham FELDA yang dibeli pre-IPO oleh Tan Sri Samad dan pengurusan kanan FELDA yang lain. Depa pun dah bawa keluar kalkulator buat congak. Tujuan tak ada lain. Nak kasi bancuh serta jadi batu api supaya lebih 100,000 peneroka FELDA seluruh negara marah dengan kerajaan.

Memang terang-terang mereka ni busuk hati. Apa yang berlaku dalam proses penyenaraian FELDA adalah normal. ESOS yang diberikan adalah amat menasabah sekali. 180,000 unit bagi pengerusi Eksekutif adalah satu jumlah yang amat kecil. ESOS adalah option, maka bila TS Isa membeli jumlah option dia bermakna dia percaya dengan kejayaan FELDA selepas penyenaraian nanti. Ini bagi membuktikan kata-kata puak penentang IPO yang mengatakan IPO FELDA akan  turun harga macam IPO Facebook adalah satu fitnah jahat.

Apa jadi? Saham FELDA melambung di pagi hari pertama dagangan. Sebab muka penentang IPO ni ibarat "muka tembok", bukan mereka merasa malu dengan analisis yang jauh merosot tapi terus pula buat isu lain. Sampai bila nak dicanaikan isu FELDA ni oi. Tak ada ke kerja lain yang lebih penting?

Kadang2 saya yang dok suka berfikir ni terasa amat hairan. Kenapa SETIAP apa yang di buat kerajaan perlu dikritik sebegitu rupa? Mereka hanya mengkritik tanpa mahu memperlihatkan idea masing-masing untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat dan negara. Kerja cari salah orang ni memang kerja paling seronok dan senang. Tapi dia lupa orang juga sedang memerhati tindak tanduk dia. Semua cakap dia selama ini betul ka?

Politik Malaysia nampaknya semakin hari semakin ramai melahirkan pemimpin jenis bangkang dari dalam longkang ni. Sibuk menegur dan mencari cacat cela usaha orang semata-mata. Yang sayang nya ada diantara mereka ni yang dah belajar tinggi-tinggi. Pandai melangit pun tak guna jika hati kita sudah jadi hitam legam. Maka tak akan dapat masuk hidayah serta fikiran positif bagi membangunkan bangsa dan negara.

Saya berdoa semuga hati yang dah hitam legam ini akan dapat diputihkan kembali, InsyaAllah.

UnclearEngineer

Saturday, June 23, 2012

SINGAPURA MENGAKU DIPLOMAT MEREKA TERLIBAT BERSIH 3.0


Kerajaan akan menyiasat penglibatan tiga diplomat Singapura dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu sama ada sebagai pemerhati atau peserta sebelum tindakan lanjut di amnbil. DS Najib berkata, perkara tersebut kini dalam pertimbangan Kementerian Luar dan sebaik sahaja fakta sebenar mengenai penglibatan mereka diperoleh tindakan susulan akan diputuskan.
Inikah gambar salah seorang dari diplomat
Singapura tu? Gambar hiasan sahaja.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar, DS Anifah Aman kerana tindakan susulan yang di ambil oleh kerajaan bagi menangani isu campurtangan asing dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia.

Kita tidak dapat menerima alasan bahawa penglibatan ketiga-tiga diplomat tertinggi dari Pesuruhjaya Tinggi Singapura di KL tersebut sebagi urusan peribadi bukan urusan rasmi. Manakan boleh diplomat berjawatan Timbalan Pesuruhjaya dan Setiausaha Pertama tidak dapat menggunakan otak mereka untuk menilai kesan dari penglibatan mereka dalam kalangan pendemo pada hari tersebut?

Saya dengan ini merayu supaya satu tindakan paling kurang memberikan nota bantahan kepada Kementerian Luar Singapura atas keterlanjuran aksi diplomat Singapura ini. Kalau terdapat bukti yang sah dan nyata dari pihak keselamatan Malaysia bahawa mereka-mereka ini memang secara aktif terlibat sebagai perancang  termasuk memberi latihan kepada pihak pembagkang di Malaysia, maka satu tindakan menghalau adalah perlu diambil. Biar mereka sedar bahawa kerajaan Malaysia "means business".


Semalam seorang ahli Dewan Rakyat Indonesia diberitakan telah dengan berani mengugut supaya Indonesia mengebom Malaysia hanya kerana berita bahawa Malaysia akan mengiktiraf tarian kaum Mandailing sebagai salah satu warisan seni negara. Bila pula ahli Dewan Rakyat kita berani berkata sedemikian terhadap Singapura? Jangan kita biarkan Singapura ni. Seekor cicak mengkarung yang mahu pula menjadi naga.

UnclearEngineer

Tuesday, June 19, 2012


SINGAPURA - JANGAN CUBA CAMPUR HAL DALAMAN NEGARA KAMI.

Saya pernah menulis tentang campurtangan sebuah negara jiran dalam hal ehawal politik Malaysia di wall saya beberapa minggu yang lalu. Saya kiaskan negara jiran tersebut sebagai “the little red dot on the world map”. Blog mymassa (www.mymassa.blogspot.com) semalam (18/6/2012) telah mendedahkan sekurang-kurangnya 3 nama diplomat negara jiran (Singapuralah tu) yang dikatakan terlibat dalam demostrasi BERSIH 3.0 baru-baru ini.

“Satu langkah yang amat merbahaya”, kata DS Anifah Aman. Beliau diberitakan berkata demikan sebagai memberi komen kepda isu dipolmat negara asing yang terlibat dalam demonstrasi jalanan. Memang benar jika terjadi rysuhan berdarah dan diplomat tersebut mendapat kecederaan mungkin akan menimbulkan masaalah diplomatik nanti.

Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, cerita sebegiini amat menaikkan suhu darah saya. Memang sial jika kita duduk sebelah dengan jiran yang sebegini. Seorang jiran yang sombong dan bongkak. Dahlah negara dia sekangkang kera, berani sungguh campur tangan dalam hal rumah tangga  negara kita. Apa yang dia sakit hati sangat dengan Malaysia?

Sekolah Penerbangan Tentera Udara Singapura di bumi Australia. Perasaan dah hebat
sangat ke dengan kekuatan tentera udara mereka ini?

Saya pernah beberapa kali ke Singapura dan kadang-kadang terasa kagum dengan perancangan mereka serta perkembangan industri mereka. Sebenarnya mereka terpaksa berusaha keras untuk hidup kerana tanpa hasil bumi semulajadi, Singapura akan tertinggal ke belakang. Yang “kita orang” Malaysia tak boleh faham kenapa jiran Melayu di sekelilingnya ini mahu di jadikan musuh? Dah hebat sangat ke?

Dari penganalisaan saya, cicak mengkarung tak kan berani berdepan dengan musuhnya yang lebih besar melainkan jika ada naga yang berdiri disebelahnya. Begitu juga saya rasa dengan Singapura ni. Agaknya siapalah naga tu? Sudah tentu bukan China tetapi negara yang digelar Unker Sam dunia. Awas juga dengan proksi mereka dalam negara.

Saya petik kata-kata  Leftenen Jeneral (B) Datuk Raja Abdul Rashid Raja Badiozaman, bekas Pengarah Perisikan Pertahanan, ATM – “Memang perangai dia (Singapura) macam itu. Tetapi jangan pula kerana dia menyatakan sesuatu yang menyebabkan kita tersinggung, kita berdiam. Kita tak boleh diam. Kita mesti tetap bersuara dan bangkitkan hal itu. Soal mereka hendak terima atau tidak, hal lain. Mereka tidak boleh pandang rendah kita dan kita termasuk rakyat tidak boleh merasa rendah diri dalam semua hak apatah lagi dalam pertahanan.”

Apa tindakan kita, DS Anifah Aman? Duduk berpeluk tubuh? Biarkan sahaja? Saya cadangkan sebagai pengajaran, Malaysia menghalau seorang dua diplomat yang terbukti terlibat sebagai tanda amaran bahawa kerajaan Melaysia memandang berat dalam hal ini.

Lepas tu kita tengok reaksi depa. Kalau nak berbaik dan hidup aman damai sesama jiran maka tunjukkan kejujuran sebagai jiran dan sahabat yang baik. Nanti bila rakyat Malaysia dah tak dapat menahan amarah mereka lagi, nianya kau!

UnclearEngineer

Nota: semasa melayari internet untuk mendapatkan maklumat, saya terjumpa maklumat ini yang bertajuk “How Israel built Singapore army”. Satu sumber bacaan yang amat menarik. Sedarlah siapa proksi Yahudi di Asia Tenggara. Klik http://int-history.blogspot.com/2009/09/how-israel-built-singapore-army.html

Monday, June 18, 2012

RAJAT GUPTA, MANA PERGI INTEGRITI KAMU?

Rajat Gupta yang pernah mengetuai firma juruperunding McKinsey & Co telah di dakwa dan di dapati bersalah kerana terlibat dengan  dagangan dalaman (insider trading) oleh mahkamah AS. Beliau mungkin di hukum penjara sehingga 25 tahun kerana kesalahan tersebut. Bagi mereka yang terlibat dalam dunia korporat mahupun mahasiswa pengurusan perniagaan di universiti-universiti memang kenal betul dangan firma perunding McKinsey & Co ni. Sebuah syarikat perunding gergasi yang punya reputasi yang gah di dunia.

Muka handsem tapi perangai hodoh.
Ini satu contoh manusia yang pandai bercakap tapi yang tidak bertindak selari dengan apa yang diucapkan nya. Sebenarya orang macam ni pun banyak kat dunia ni. Mereka menjadi orang kepercayaan dan di berikan berbagai jawatan penting dalam kerajaan dan juga syarikat besar tetapi secara sedar terlibat dalam membocorkan maklumat bagi kepentingan diri sendiri. Dengan rangkaian “mafia” mereka, jerung-jerung korporat ini mampu mengatur apa sahaja melalui “networking” masing-masing. Sudah tentu dengan upah yang bukan sedikit. Raj Gupta satu contoh klasik perangai ini. Katanya dia telah bersengkongkol dengan kawan baiknya, Raj Rajaratnam. Raj  merupakan pengasas Galleon Group sebuah “hedge fund” di AS. Raj Rajaratnam pula telah didakwa dengan 14 tuduhan menipu dan telah dijatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan denda USD92.8 juta (RM290.0 juta) pada 2011.

Mungkin kita juga masih ingat dengan cerita ENRON.  Siapakah oditornya? Bukankah Arthur Anderson, sebuah dari empat syarikat odit terbesar dunia. Dalam kes AA, umpama kata pepatah Melayu -mengharapkan pagar, pagar pula yang makan padi.

Dunia korporat bukan dunia yang serba indah dan baik belaka semuanya. Dari luar ia memang nampak gah tapi di sebalik baju sut dan kereta yang berkilauan, ada antara mereka ini dah lama patut meringkuk dalam penjara. Sebabnya, mereka ni memang penipu besar!

UnclearEngineer

Friday, June 15, 2012

KURANGARAM dan ASAMKEPING


Maaflah kepada siapa yang dah meluat dengar cerita ini. Tapi saya nak tulis juga kerana saya rasa ada manusia yang telah menyalahgunakan mahkamah untuk memfitnah PM Malaysia.

Ada sebuah NGO dipanggil “KURANGARAM” telah membuat tuduhan di Perancis kononnya PM Malaysia terlibat dengan rasuah ratusan juta apabila TLDM membeli 2 buah kapalselam jenis “Asamkeping” dari syarikat Perancis. Akibatnya, telah di warwarkan bahawa DS Najib akan dipanggil untuk memberi keterangan oleh sebuah mahkamah penyiasatan Perancis.

Baru-baru ini satu sidang akhbar dikatakan telah dibuat oleh “KURANGARAM” dengan kuncunya peguam Perancis di kotaraya Bangkok. Konon katanya terpaksa di buat di Bangkok kerana imigresen Malaysia menghalang salah seorang peguan Perancis dari masuk ke Malaysia. Alaaaa, katakanlah saja Peguam Perancis tu sebenarnya tak pernah sampai kat Asia Tenggara ni dan teringin nak mengalami suasana malam yang terkenal di Bangkok. Dimaklumkan bahawa satu bukti baru akan dikeluarkan yang akan memalukan DS Najib. Apa yang terjadi? Sidang akhbar tamat tapi bukti yang dijanjikan tak juga kunjung datang. Errrrr, bila pula DS Najib nak pergi Perancis untuk beri keterangan ni?

“KURANGARAM”, jangan ingat kami semua bodoh. Kalau memang benar rasuah berlaku kami inginkan bukti, bukan tuduhan dan fitnah yang tak kunjung tamat. Sayang sebuah NGO yang sepatutnya mempertahankan hak asasi manusia tapi terlibat pula dengan membuat cerita-cerita palsu bagi memfitnah seorang Perdana Menteri. PM tak ada hak untuk mendapat pembelaan yang adil dari tuduhan yang di buat-buat ke?

Gambar ini sebagai hiasan sahaja. Tak ada kena
mengena dengan  NGO bernama KURANGARAM.
Kebebasan apa ni hingga PM boleh diheret kekancah fitnah sedemikian rupa?  Itupun masih ada rakyat Malaysia yang kata kebebasan bersuara tidak ujud di Malaysia. Dah sampai PM pun boleh difitnah dan orang yang memfitnah masih bebas berkeliaran dalam negara, apa maknanya?
Kita tak perlu bukti untuk membuat pembohongan, tapi kita perlu bukti untuk mempertahankan kebenaran. Dunia ini memang dah terbalik. Memang hampeh sungguh manusia sebegini. Demi sebuah kuasa, boleh dicampakkan semua idealisma.
UnclearEngineer

Saturday, June 9, 2012

CADANGAN BR1M KE 2 – KENAPA PERLU KERAJAAN MENOLAKNYA?


Hari ini hari Jumaat. Saya berkesempatan bersolat di sebuab masjid di Hulu Yam Lama. Kalau tak salah saya inilah pertama kali saya sampai ke sini bersolat. Kali ini saya bukan nak cerita pasal solat jumaat ataupun tentang masjid-masjid yang bertaburan di Hulu Selangor yang dibina oleh kerajaaan BN/PERIKATAN dulu tetapi kini di kuasai puak-puak Pakatan Rakyat. Di Selangor sekarang ini orang ameno duduk diam-diam jadi makmum. Kalau kena kutuk dek khatib sekali sekala, buat bodoh diam ajelah. Orang kalah peranglah katakan. Tak di jual sebagai hamba abdi seperti dalam cerita Arab dulu kala pun dah kira baik tu.

Sebenarnya saya lebih tertarik mendengar cerita tentang BR1M 2 yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan. Siapa yang sedang pertimbangkan? Jemaah kabinet katanya. Sebagaimana biasa, tangan saya naik gatal balik nak menulis. Orang tua kata kalau tapak tangan kanan gatal maka tandanya nak dapat duit. Tapi saya bukan gatal tapak tangan, tapi jari-jari tangan saya. Untuk menghilangkan gatal, saya kena menulis. Orang nak baca atau tidak, ada aku kesah?

Sebelum itu saya nak buat pengakuan. Saya buka pakar ekonomi sekadar seorang jurutera yang tak keruan (unclear engineer). Jadi mungkin cadangan saya ada kelemahan dari segi terjemahan isu dan pengolahan masaalah. Harap dapat diterima seadanya.

Penyerahan baucer BR1M di Bukit Sentosa  oleh YB P Kamalanathan dengan bantuan BN Bukit Sentosa.
Dari dulu lagi saya memang tak setuju dengan pemberian percuma kepada mana-mana gulongan masyarakat tanpa penerima menghasilkan sebarang hasil kerja setanding dengan wang yang diberi. Umpama dapat duit yang jatuh dari langit hasil berdoa selepas sembahyang. Yang paling teruk sekali, duit ni jatuh tanpa menadah tangan berdoa pun. Yang tak solat dan tak berdoa pun dapat sama, asalkan depa boleh buktikan gaji depa di bawah RM3,000 sebulan.

Asas kenapa saya tak suka pemberian percuma wang tunai seperti BR1M ini adalah kerana kerajaan akan memulakan satu lagi perangai buruk rakyat Malaysia. Perangai suka menunggu pemberian wang tunai dari kerajaan saban tahun. Masuk sekolah dapat wang tunai bantuan persekolahan, masuk universiti dapat wang tunai beli buku. Ekonomi dunia merudum dan barang naik harga dapat pula bantuan BR1M. Konon untuk menunjukkan kerajaan perihatin.

Sebahagian penerima baucer BR1M di Bukit Sentosa. Penerima dari semula gulongan rakyat berbilang kaum. 
Dulu kita marah terutama kepada orang Melayu kerana katanya kita orang Melayu dah terkena penyakit subsidi. Sikit, sikit nak subsidi. Kerajaan cuba tarik subsidi, rakyat akan naik marah. Silap haribulan kerajaan semasa boleh runtuh tersungkur kerana kemarahan rakyat ini. Maka satu strategi telah dilakukan kerajaan bagaimana nak mengurangkan subsidi tersebut. Contoh, subsidi bagi minyak dan gas masak. Rakyat sudah boleh dapat menerima jika subsidi minyak dan gas masak dikurangkan. Kenapa subsidi perlu dikurangkan? Kata menteri bagi menyelamatkan beban kewangan kerajaan menangung subsidi yang semakin meningkat sehingga mengurangkan perbelanjaan yang patut dibelanjakan untuk projek pembangunan.

Jadi atas sebab apa pula pemberian tunai seperti BR1M ini di buat? Sekali bayar hari tu tak mencukupi ke sehingga perlu di ulang sekali lagi? Apakah ekonomi dunia sudah pulih sehingga kita perlu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk diberikan secara percuma kepada rakyat? Setahu saya, ekonomi dunia masih lagi dalam keadaan yang tidak meyakinkan terutama dengan masaalah hutang di “Zon Euro” yang melibatkan Greece dan sedang menular ke lain-lain negara Eropah. Dulu siapa yang ajar kita iaitu apabila keadaan susah kita mesti berjimat-jimat dan simpan wang kita sebagai persediaan menghadapi zaman meleset. Kita di ajar menyimpan semasa zaman susah tetapi kerajaan melakukan sebaliknya. Sebanyak RM 2.6 biliion dibelanjakan untuk BR1M dan BR1M2  jika dilaksanakan akan menyebabkan hampir RM 5.2 billion (RM 5,200 juta) dikeluarkan dari simpanan kerajaan untuk sesuatu yang dibelanjakan tanpa pulangan ekonomi yang sepatutnya. Hanya membanjirkan ekonomi dengan lebihan tunai, yang akan pula meningkatkan inflasi dan akhirnya menaikkkan lagi harga barangan.

Penerima baucer BR1M dari kalangan rakyat berbilang kaum di Bukit Sentosa.
Apa cadangan alternatif? Kalau nak membantu rakyat yang tersepit dengan masaalah kenaikan harga barangan kita perlu mengadakan satu cara bagaimana rakyat dapat berkerja mencari rezeki dengan mudah. Kerajaan perlu menggalakkan penduduk berpendapatan rendah melakukan kerja-kerja membangun ekonomi keluarga. Bantuan seperti wang ringgit untuk memulakan aktiviti perniagaan perlu diberikan kepada yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan. Permudahkan “red tape” dalam memberikan lesen perniagaan bagi gerai-gerai di tepi jalan di bandar-bandar misalnya. Galakkan rakyat berniaga dengan mengeluarkan pinjamanan mudah. Jika gerai yang di bina di tepi jalan nampak daif, bantu mereka dari segi pinjaman kewangan untuk mencantikan lagi gerai-gerai mereka. Tak perlulah bagi penguatkuasa majlis tempatan meruntuh gerai-gerai dan mematikan perniagaan kecil-kecilan ini. Kita patut menggalak, bukan meruntuh!

Saya juga ingin mencadangkan supaya industri perkilangan yang selamat dibenarkan didirikan dalam kawasan kampung di luar bandar. Ini akan memudahkan penduduk disekeliling kilang tersebut mendapat kerja tanpa perlu berhijrah ke kawasan bandar. Dengan duduk tinggal bersama keluaraga di kampung, masalah sosial kehidupan di bandar akan dapat dielakkan. Saya pernah melawat sebuah kilang membuat barangan perubatan didirikan dalam sebuah kampung di Perlis dimana di luar pagar kilang kita boleh lihat rumah kampung yang di didiami oleh anak-anak muda kampung tersebut yang berkerja di kilang.

Wang yang berlebihan juga boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur seperti jalan baru, jambatan baru, lapangan terbang baru dan sebagainya. Projek pembinaan ini akan dapat merangsang sektor pembinaan negara. Projek perumahan rakyat juga boleh dirancakkan lagi dengan membina lebih banyak rumah mampu milik (benar2 mampu di miliki rakyat berpendapatan rendah).

Bagi menggalakkan wanita terus berkerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga, kerajaan patut membina lebih banyak pusat jagaan bayi di tempat-tempat kerja. Satu industri bagi penjagaan anak perlu di adakan supaya wanita yang sudah berkeluarga mampu meneruskan kerja masing-masing setelah bersalin. Mungkin kita boleh mengambil ribuan pekerja asing yang kita latih untuk tujuan ini.

Saya berharap kita dapat gunakan peruntukan BR1M2 untuk tujuan seperti di atas. Saya percaya hasilnya akan lebih baik dari hanya memberikan wang tunai terus kepada rakyat. Banyak juga yang dapat BR1M dulu pun bukan nak ucap terima kasih kat kerajaan BN pun.

Akhir sekali saya minta maaf sebab menulis panjang sikit pada kali ini. Salam 1Malaysia.

UnclearEngineer

Wednesday, June 6, 2012

POLIMIK HUTANG PTPTN


Tertarik saya membaca komen-komen  tentang isu PTPTN dan pelajaran percuma sehingga ke peringkat universiti.  Seperti biasa saya ingin menyampok sambil menyampaikan apa yang berlegar dalam minda.

Beberapa tahun yang lalu saya pernah menyuarakan tentang isu hutang PTPTN di hadapan DS Jamaluddin Jarjis di satu perjumpaan UMNO Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Saya mencadangkan supaya dicari jalan bagaimana hutang PTPTN yang membebankan ini boleh dihapuskan. Jawapan yang diberikan adalah selari dengan pandangan kerjaaan masa ini dan cadangan tersebut terus  berkubur begitu sahaja. Tup, tup….. isu PTPTN ini timbul sekali lagi  apabila ianya di jadikan isu oleh parti pembangkang. Betul telahan saya beberapa tahun yang lalu bahawa isu hutang PTPTN ini akan balik “membomereng” kepada kerajaan terutama sebagai salah satu isu dalam pilihanraya umum nanti.

Bagi saya sebab-sebab yang diberikan  kerajaan tidak mahu menghapuskan  hutang PTPTN ini adalah sebab-sebab yang  amat menasabah. Saya, antara mereka yang tidak berhutang PTPTN ni memang tak ada masalah. Masa zaman saya di universiti dulu, pembiayaan bagi pengajian sehingga ke peringkat universiti bukanlah satu masaalah besar.  Banyak badan serta syarikat swasta dan GLC yang menyediakan biasiswa. Saya tidak mempunyai masalah sebagai mahasiswa kejuruteraan mendapatkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan sehinggalah menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah lanjutan di luar negara.

Amat bersyukurnya saya atas bantuan kerajaan tersebut. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya masih teguh menyokong BN sekarang pun kerana mengenangkan kerajaan BN lah  yang telah banyak berjasa kepada saya terutama menanggung yuran pengajian saya dulu. Mungkin ada yang senyum sinis membaca ayat saya ini tapi itulah sebab sebenarnya. Kerajaan BN terlalu banyak berjasa kepada orang Melayu sejak dahulu. Ini fakta yang tidak dapat di sangkal oleh sesiapa pun.

Tetapi itu cerita saya bukan puluhan ribu mahasiswa yang terpaksa berhutang dengan PTPTN untuk meneruskan impian mereka ke menara gading.  Kesian juga saya bila melihat graduan kita ini memulakan kerjaya masing-masing dengan beban hutang yang amat memeritkan. Ini isu yang “real”, bukan sengaja di ada-adakan. Sudahlah ada antara ribuan graduan ini memulakan kerjaya dengan gaji yang amat rendah (melainkan mereka yang berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan), mereka juga terpaksa berfikir untuk bagaimana mahu menyediakan belanjawan yang mencukupi setiap bulan sambil membayar hutnag PTPTN. Yang lebih memeritkan adalah graduan dari universiti swasta  termasuk graduan universiti swasta kendalian GLC seperti UNITEN dan MMU. Dengan yuran pengajian yang jauh lebih tinggi, potongan gaji mereka boleh mencecah RM400-RM500 sebulan. Gaji permulaan mahasiswa yang baru keluar universiti sekitar RM1,500 sahaja. Apa yang tinggal lagi dari gaji yang mereka perolehi? Kalau mahu membeli kereta bagi kegunaan ke pejabat pun mungkin tak mampu. Usah ceritalah jika mahu merancang nak berkahwin.

Hutang mesti dibayar. Itu memang adat orang berhutang. Kalau nak minta di kurangkan,
mintalah baik-baik bukan dengan cara buat demostrasi jalanan.
Saya setuju bahawa hutang perlu dibayar. Itu memang tuntutan agama Islam pun. Tapi tak ada ke jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini? Saya ingin mencadangan langkah-langkah berikut:
  1. Graduan diberikan pilihan masa selama 5 tahun dari tarikh mula berkerja untuk tidak membayar hutang PTPTN mereka. Bayaran perkhidmatan 1% selama 5 tahun ini akan di campurkan kepada hutang prinsipal asal dan jumlah inilah yang akan dibayar oleh graduan selepas lima 5 tahun secara ansuran bulanan.
  2. Semua bayaran PTPTN ini pula hendaklah diberikan perlepasan dari cukai pendapatan seperti perlepasan yang diberikan untuk pembayaran zakat bagi orang Islam.
  3. Untuk berlaku adil, mereka-mereka yang mendapat keputusan baik (ijazah kelas pertama) hanya diberikan perlepasan sebayak 50% sahaja. 50% dari jumlah hutang PTPTN ini perlu dibayar kembali seperti peminjam-peminjam lain.

Dengan kerajaan mengambil langkah-langkah seperti yang saya cadangkan di atas, saya pasti ini akan dapat meringankan beban hutang yang di tanggung oleh graduan muda kita dan dalam masa yang sama membantu mereka untuk menyelesaikan hutang mereka seperti yang di tuntut oleh agama.

UnclearEngineer

Monday, June 4, 2012

PELURU NUKLEAR DIPASANG PADA KAPAL SELAM ISRAEL.


Kapalselam berkuasa nuklear dengan dilengkapi peluru berpandu nuklear.
Ini satu lagi anomali/keganjilan dalam perundangan dunia dalam menghalang merebaknya senjata nuklear. Semua masih ingat bagaimana Iran diasingkan/boikot oleh PBB hanya kerana Iran berdegil mahu meneruskan niat untuk melakukan proses pengkayaan uraniumnya sendiri. Projek Iran ini untuk memastikan Iran sebagai negara berdaulat tidak akan bergantung dengan sumber bahanapi nuklear dari luar bagi program tenaga nuklearnya. Program nuklear Iran adalah untuk tujuan keamanan.

Israel pula sudah lama dikaitan dengan program membuat senjata nuklearnya sendiri. Israel juga bukan salah satu penadatangan Non-Proliferation Treaty (NPT) sejak dulu lagi. Sedangkan Iran adalah penandatangan NPT dan semua kemudahan nuklearnya di buka untuk diperiksa oleh pemeriksa senjata dari International Atomic Energy Agency (IAEA). Sekarang telah dikabarkan bahawa Israel sudah memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam tentera lautnya pula. Mana dia negara PBB bersuara lantang memohon Israel diasingkan/boikot oleh masyarakat dunia? Yilek.

Seperti biasa AS terus melaungkan demokrasi dan keadilan bagi semua. Tapi dalam hal program senjata nuklear, Israel telah dibantu oleh AS dan negara-negara Barat lain bagi membangunkan program senjata nuklearnya tanpa di tegur mahupun disanggah. Kononya bagi mempertahankan diri dari jiran-jiran Arabnya. Kenapa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri sedangan Palestin tidak punya hak untuk mempertahankan tanah airnya yang sekangkang kera itu? Dibom siang malam sesuka hati tanpa punyai senjata untuk mempertahankan diri.

Peluru berpandu jenis Trident sedang dilancarkan dari sebuah kapalselam Tentera Laut British.

Perkembangan terbaharu Israel ini sudah pasti akan menghangatkan lagi ketegangan di Asia Barat. Apa agaknya tidakbalas dari Iran? Wallahualam.

Inilah dikatakan keadilan hanya bagi mereka yang ada kuasa. Yang lemah, kau mesti ikut sahaja telunjuk aku! Orang Islam di Malaysia tak nampak ke lagi agenda puak-puak Yahudi dan penyokong-penyokongnya ini? Atau kita ni memang dah lama jadi dungu?

UnclearEngineer

Friday, June 1, 2012

CEO, GLCs (Government Linked Companies)– AWAS ANDA DI PERHATI


Shane Nolan dari PlaneConsult akhirnya menyerahkan surat perletakan jawatan dari MAS. Harapan semua rakyat Malaysia ialah MAS akan bangun semula sebagai sebuah syarikat penerbangan premium unggul Malaysia selain Air Asia sebagai syarikat penerbagan tambang murah terunggul dunia. Satu lagi perancangan tak menjadi Khazanah sehingga DS Najib terpaksa masuk campur.

YB Wee Chee Keong, tahniah. Lepas ni banyaklah GLC kerajaan akan di tadbir dari Parlimen pulak ke? Hati-hati semua CEO GLCs, setiap tindak tanduk anda di perhatikan oleh  rakyat.

Wajah baru dan semangat baru. Airbus A380 MAS yang baru sampai

Siapa pula sasaran selanjut anda selepas ini, YB Wee? Siapa pula yang mahu meniru YB Wee di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mendedahkan semua kepincangan melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor?

UnclearEngineer