Maaflah kepada siapa yang dah meluat dengar cerita
ini. Tapi saya nak tulis juga kerana saya rasa ada manusia yang telah menyalahgunakan
mahkamah untuk memfitnah PM Malaysia.
Ada sebuah NGO dipanggil “KURANGARAM” telah membuat
tuduhan di Perancis kononnya PM Malaysia terlibat dengan rasuah ratusan juta
apabila TLDM membeli 2 buah kapalselam jenis “Asamkeping” dari syarikat Perancis.
Akibatnya, telah di warwarkan bahawa DS Najib akan dipanggil untuk memberi
keterangan oleh sebuah mahkamah penyiasatan Perancis.
Baru-baru ini satu sidang akhbar dikatakan telah
dibuat oleh “KURANGARAM” dengan kuncunya peguam Perancis di kotaraya Bangkok. Konon
katanya terpaksa di buat di Bangkok kerana imigresen Malaysia menghalang salah
seorang peguan Perancis dari masuk ke Malaysia. Alaaaa, katakanlah saja Peguam
Perancis tu sebenarnya tak pernah sampai kat Asia Tenggara ni dan teringin nak
mengalami suasana malam yang terkenal di Bangkok. Dimaklumkan bahawa satu bukti
baru akan dikeluarkan yang akan memalukan DS Najib. Apa yang terjadi? Sidang
akhbar tamat tapi bukti yang dijanjikan tak juga kunjung datang. Errrrr, bila
pula DS Najib nak pergi Perancis untuk beri keterangan ni?
“KURANGARAM”, jangan ingat kami semua bodoh. Kalau
memang benar rasuah berlaku kami inginkan bukti, bukan tuduhan dan fitnah yang
tak kunjung tamat. Sayang sebuah NGO yang sepatutnya mempertahankan hak asasi
manusia tapi terlibat pula dengan membuat cerita-cerita palsu bagi memfitnah seorang
Perdana Menteri. PM tak ada hak untuk mendapat pembelaan yang adil dari tuduhan
yang di buat-buat ke?
Kebebasan apa ni hingga PM boleh diheret kekancah
fitnah sedemikian rupa? Itupun masih ada
rakyat Malaysia yang kata kebebasan bersuara tidak ujud di Malaysia. Dah sampai
PM pun boleh difitnah dan orang yang memfitnah masih bebas berkeliaran dalam
negara, apa maknanya?
Kita tak perlu bukti untuk membuat pembohongan, tapi kita perlu bukti untuk mempertahankan kebenaran. Dunia ini memang dah terbalik. Memang hampeh sungguh manusia sebegini. Demi sebuah
kuasa, boleh dicampakkan semua idealisma.
UnclearEngineer
ngo kurangaram ni sebab dia sebenarnya dari sebuah partai kurangasam. semua ahli ngo kurangaram ni dulunya dan ada lagi yg masih berkhidmat dengan partai kurangasam ni. presiden kurangaram ni dilantik jaga asam di majlis kurangajar. jadi rakyat tahu sangat tahap kebebasan kurangaram ni.
ReplyDelete