Saturday, June 30, 2012

BILA HATI SUDAH HITAM LEGAM.


Kumpulan anti penyenaraian FELDA dah buka mulut kembali. Heboh pasal saham FELDA yang dibeli pre-IPO oleh Tan Sri Samad dan pengurusan kanan FELDA yang lain. Depa pun dah bawa keluar kalkulator buat congak. Tujuan tak ada lain. Nak kasi bancuh serta jadi batu api supaya lebih 100,000 peneroka FELDA seluruh negara marah dengan kerajaan.

Memang terang-terang mereka ni busuk hati. Apa yang berlaku dalam proses penyenaraian FELDA adalah normal. ESOS yang diberikan adalah amat menasabah sekali. 180,000 unit bagi pengerusi Eksekutif adalah satu jumlah yang amat kecil. ESOS adalah option, maka bila TS Isa membeli jumlah option dia bermakna dia percaya dengan kejayaan FELDA selepas penyenaraian nanti. Ini bagi membuktikan kata-kata puak penentang IPO yang mengatakan IPO FELDA akan  turun harga macam IPO Facebook adalah satu fitnah jahat.

Apa jadi? Saham FELDA melambung di pagi hari pertama dagangan. Sebab muka penentang IPO ni ibarat "muka tembok", bukan mereka merasa malu dengan analisis yang jauh merosot tapi terus pula buat isu lain. Sampai bila nak dicanaikan isu FELDA ni oi. Tak ada ke kerja lain yang lebih penting?

Kadang2 saya yang dok suka berfikir ni terasa amat hairan. Kenapa SETIAP apa yang di buat kerajaan perlu dikritik sebegitu rupa? Mereka hanya mengkritik tanpa mahu memperlihatkan idea masing-masing untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat dan negara. Kerja cari salah orang ni memang kerja paling seronok dan senang. Tapi dia lupa orang juga sedang memerhati tindak tanduk dia. Semua cakap dia selama ini betul ka?

Politik Malaysia nampaknya semakin hari semakin ramai melahirkan pemimpin jenis bangkang dari dalam longkang ni. Sibuk menegur dan mencari cacat cela usaha orang semata-mata. Yang sayang nya ada diantara mereka ni yang dah belajar tinggi-tinggi. Pandai melangit pun tak guna jika hati kita sudah jadi hitam legam. Maka tak akan dapat masuk hidayah serta fikiran positif bagi membangunkan bangsa dan negara.

Saya berdoa semuga hati yang dah hitam legam ini akan dapat diputihkan kembali, InsyaAllah.

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.