Tertarik saya membaca komen-komen tentang isu PTPTN dan pelajaran percuma sehingga
ke peringkat universiti. Seperti biasa
saya ingin menyampok sambil menyampaikan apa yang berlegar dalam minda.
Beberapa tahun yang lalu saya pernah menyuarakan
tentang isu hutang PTPTN di hadapan DS Jamaluddin Jarjis di satu perjumpaan
UMNO Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Saya mencadangkan supaya dicari jalan
bagaimana hutang PTPTN yang membebankan ini boleh dihapuskan. Jawapan yang
diberikan adalah selari dengan pandangan kerjaaan masa ini dan cadangan
tersebut terus berkubur begitu sahaja.
Tup, tup….. isu PTPTN ini timbul sekali lagi
apabila ianya di jadikan isu oleh parti pembangkang. Betul telahan saya
beberapa tahun yang lalu bahawa isu hutang PTPTN ini akan balik “membomereng”
kepada kerajaan terutama sebagai salah satu isu dalam pilihanraya umum nanti.
Bagi saya sebab-sebab yang diberikan kerajaan tidak mahu menghapuskan hutang PTPTN ini adalah sebab-sebab yang amat menasabah. Saya, antara mereka yang tidak
berhutang PTPTN ni memang tak ada masalah. Masa zaman saya di universiti dulu,
pembiayaan bagi pengajian sehingga ke peringkat universiti bukanlah satu
masaalah besar. Banyak badan serta
syarikat swasta dan GLC yang menyediakan biasiswa. Saya tidak mempunyai masalah
sebagai mahasiswa kejuruteraan mendapatkan biasiswa JPA untuk melanjutkan
pelajaran di sebuah universiti tempatan sehinggalah menyambung pelajaran saya
di peringkat ijazah lanjutan di luar negara.
Amat bersyukurnya saya atas bantuan kerajaan
tersebut. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya masih teguh menyokong BN
sekarang pun kerana mengenangkan kerajaan BN lah yang telah banyak berjasa kepada saya
terutama menanggung yuran pengajian saya dulu. Mungkin ada yang senyum sinis
membaca ayat saya ini tapi itulah sebab sebenarnya. Kerajaan BN terlalu banyak
berjasa kepada orang Melayu sejak dahulu. Ini fakta yang tidak dapat di sangkal
oleh sesiapa pun.
Tetapi itu cerita saya bukan puluhan ribu mahasiswa
yang terpaksa berhutang dengan PTPTN untuk meneruskan impian mereka ke menara
gading. Kesian juga saya bila melihat
graduan kita ini memulakan kerjaya masing-masing dengan beban hutang yang amat
memeritkan. Ini isu yang “real”, bukan sengaja di ada-adakan. Sudahlah ada
antara ribuan graduan ini memulakan kerjaya dengan gaji yang amat rendah
(melainkan mereka yang berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan), mereka juga
terpaksa berfikir untuk bagaimana mahu menyediakan belanjawan yang mencukupi
setiap bulan sambil membayar hutnag PTPTN. Yang lebih memeritkan adalah graduan
dari universiti swasta termasuk graduan
universiti swasta kendalian GLC seperti UNITEN dan MMU. Dengan yuran pengajian
yang jauh lebih tinggi, potongan gaji mereka boleh mencecah RM400-RM500
sebulan. Gaji permulaan mahasiswa yang baru keluar universiti sekitar RM1,500
sahaja. Apa yang tinggal lagi dari gaji yang mereka perolehi? Kalau mahu
membeli kereta bagi kegunaan ke pejabat pun mungkin tak mampu. Usah ceritalah
jika mahu merancang nak berkahwin.
Hutang mesti dibayar. Itu memang adat orang berhutang. Kalau nak minta di kurangkan, mintalah baik-baik bukan dengan cara buat demostrasi jalanan. |
Saya setuju bahawa hutang perlu dibayar. Itu memang
tuntutan agama Islam pun. Tapi tak ada ke jalan lain untuk menyelesaikan
masalah ini? Saya ingin mencadangan langkah-langkah berikut:
- Graduan diberikan pilihan masa selama 5 tahun dari tarikh mula berkerja untuk tidak membayar hutang PTPTN mereka. Bayaran perkhidmatan 1% selama 5 tahun ini akan di campurkan kepada hutang prinsipal asal dan jumlah inilah yang akan dibayar oleh graduan selepas lima 5 tahun secara ansuran bulanan.
- Semua bayaran PTPTN ini pula hendaklah diberikan perlepasan dari cukai pendapatan seperti perlepasan yang diberikan untuk pembayaran zakat bagi orang Islam.
- Untuk berlaku adil, mereka-mereka yang mendapat keputusan baik (ijazah kelas pertama) hanya diberikan perlepasan sebayak 50% sahaja. 50% dari jumlah hutang PTPTN ini perlu dibayar kembali seperti peminjam-peminjam lain.
Dengan kerajaan mengambil langkah-langkah seperti
yang saya cadangkan di atas, saya pasti ini akan dapat meringankan beban hutang
yang di tanggung oleh graduan muda kita dan dalam masa yang sama membantu
mereka untuk menyelesaikan hutang mereka seperti yang di tuntut oleh agama.
UnclearEngineer
Selain itu, saya juga berpendapat tempoh pengajian kita di universiti agak lama. Empat tahun pengajian bagi program ijazah memang agak panjang tempohnya. Sedia kita maklum, semakin lama belajaar semakin banyak kos yang kena keluarkan.
ReplyDeleteSaya dulu contohnya meminjam 7000 setathun dari PTPTN sebab kursus pengajian perniagaan. Keselurohan tempoh pengajian saya adalah 4 tahun. Jadi, tepaksa saya meminjam sebanyak 28,000 keseluruhan duit PTPTN untuk pengajian. Kalau tak pinjam tak boleh nanti tak boleh belajar pula. Tapi katalah saya belajar 3 tahun sahaja, dengan RM7000 setahun total pinjaman saya baru RM 21,000. Sudah beza RM7,000 disitu, dan jimat pula masa sebanyak setahun dimana boleh mula bekerja awal setahun.
Ataupun kalau mahu kekalkan sistem pengajian 4 tahun, boleh juga tapi gantikan tahun akhir tu dengan latihan industri, dimana pelajar boleh beljar dan dibayar elaun praktikal. Kalau dapat elaun praktikal RM600 sebulan pun sudah cukup, sekurang-kurangnya boleh cover minyak, sewa dan makan.
Untuk kursus kritikal macam doktor atau engineer sesuailah dibuat tempoh lama seumpama lima atau anam tahun. Tapi, bagi kursus yang boleh pendekkan, cuba lah pendekkan. Dengan cara mampatkan silibus atau gabungkan subjek yang kurang penting sebagai chapter sahaja. Di samping itu fokus pada subjek softskill biar pelajar master betu-betul.
Pengajian perniagaan contohnya semua berpusing-pusing tentang perkara sama saja, tak banyak berbeza antara satu subjek ke satu subjek. Apatah lagi kursus macam usuludin, shariah atau perhutanan, atau apa saja kursus yang berfokuskan teori. Daripada belajar benda pusing-pusing benda sama, baik pula pendekkan dari 4 tahun kepada 3 tahun, manfaat pertama jimatkan 7000 kos, dan manfaat kedua jimatkan setahun waktu.
Apa pula pendapat tuan.
UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,
ReplyDelete1. BUNGA "UJRAH" YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.
2. JUMLAH BUNGA "UJRAH" YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR.....ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.
MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.