Monday, June 4, 2012

PELURU NUKLEAR DIPASANG PADA KAPAL SELAM ISRAEL.


Kapalselam berkuasa nuklear dengan dilengkapi peluru berpandu nuklear.
Ini satu lagi anomali/keganjilan dalam perundangan dunia dalam menghalang merebaknya senjata nuklear. Semua masih ingat bagaimana Iran diasingkan/boikot oleh PBB hanya kerana Iran berdegil mahu meneruskan niat untuk melakukan proses pengkayaan uraniumnya sendiri. Projek Iran ini untuk memastikan Iran sebagai negara berdaulat tidak akan bergantung dengan sumber bahanapi nuklear dari luar bagi program tenaga nuklearnya. Program nuklear Iran adalah untuk tujuan keamanan.

Israel pula sudah lama dikaitan dengan program membuat senjata nuklearnya sendiri. Israel juga bukan salah satu penadatangan Non-Proliferation Treaty (NPT) sejak dulu lagi. Sedangkan Iran adalah penandatangan NPT dan semua kemudahan nuklearnya di buka untuk diperiksa oleh pemeriksa senjata dari International Atomic Energy Agency (IAEA). Sekarang telah dikabarkan bahawa Israel sudah memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam tentera lautnya pula. Mana dia negara PBB bersuara lantang memohon Israel diasingkan/boikot oleh masyarakat dunia? Yilek.

Seperti biasa AS terus melaungkan demokrasi dan keadilan bagi semua. Tapi dalam hal program senjata nuklear, Israel telah dibantu oleh AS dan negara-negara Barat lain bagi membangunkan program senjata nuklearnya tanpa di tegur mahupun disanggah. Kononya bagi mempertahankan diri dari jiran-jiran Arabnya. Kenapa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri sedangan Palestin tidak punya hak untuk mempertahankan tanah airnya yang sekangkang kera itu? Dibom siang malam sesuka hati tanpa punyai senjata untuk mempertahankan diri.

Peluru berpandu jenis Trident sedang dilancarkan dari sebuah kapalselam Tentera Laut British.

Perkembangan terbaharu Israel ini sudah pasti akan menghangatkan lagi ketegangan di Asia Barat. Apa agaknya tidakbalas dari Iran? Wallahualam.

Inilah dikatakan keadilan hanya bagi mereka yang ada kuasa. Yang lemah, kau mesti ikut sahaja telunjuk aku! Orang Islam di Malaysia tak nampak ke lagi agenda puak-puak Yahudi dan penyokong-penyokongnya ini? Atau kita ni memang dah lama jadi dungu?

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.