Sunday, August 7, 2011

AIR ASIA BERTUKAR SAHAM (SHARE SWAP) DENGAN MAS.

Yang sakit hatinya mengapa pengurusan Melayu dihina? Umpama Melayu tidak mampu mengendalikan syarikat besar seperti MAS.

Sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandes akan menandatangani satu perjanjian “share swap” dengan MAS pada isnin esok. Ini bermakna Air Asia akan memegang 20% saham dalam MAS dan sebaliknya. Menurut penganalisa pasaran, pertukaran saham ini bagi menyelamatkan MAS dari terus mengalami kerugian dan terpaksa di selamatkan bagi kali ke 2 dengan menggunakan duit kerajaan.

Bagi saya tindakan KHAZANAH sebagai pemegang saham terbesar dalam MAS adalah amat baik sekali. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, Air Asia dan MAS sebagai dua syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia perlu mengenepikan sentimen “keakuan” masing-masing dan berkerja bersama-sama untuk memastikan pengurangan kos dalam operasi terutama oleh MAS.

Tetapi apabila membaca ruangan komen dalam Malaysian Insider, hati saya amat terguris dengan komen-komen yang menghina pihak pengurusan “Melayu” dalam MAS. Melayu di kutuk terang-terangan sebagai mereka yang tak mampu menghasilkan sesuatu hasil kerja terbaik dalam organisasi perniagaan. Mungkin juga ianya benar, tetapi mengapa sampai begitu sekali kata-kata menghina yang dihamburkan oleh para pembaca Malaysian Insider?

Saya amat berharap pihak pengurusan atasan mana-mana syarikat kepentingan kerajaan (GLC) supaya ambil perhatian. Berhentilah berlagak sebagai orang pandai kerana kejayaan pengurusan anda bukan di ukur dengan pejabat yang tersergam indah serta kereta BMW yang di bekalkan syarikat tapi untung/rugi syaraikat yang diterajui anda. Masa untuk buat “untung atas angin” secara peribadi dengan projek-projek yang tak menasabah sudah berlalu.

Tunjukkan bahawa CEO Melayu juga mampu menghasilkan kerja-kerja yang “outstanding”. PETRONAS telah membuktikan bahawa ianya mampu dicapai! Bagi Tony Fernandes, saya angkat topi atas kemampuan anda selama ini. Teruskan membuat “keajaipan” dalam MAS pula demi Malaysia.

 UnclearEngineer.

1 comment:

  1. Tuan,

    Tertarik dengan tulisan anda tentang 'Share Swap' dari Blog OpED.

    Ramai sebenarnya CEO Melayu yang baik-baik, tapi adakah mereka diberi peluang? Yang dapat peluang ada yang lupa diri, maka akhirnya apa yang telah di amanahkan telah tidak dijalankan.

    Orang Melayu perlu membuktikan keupayaan mereka dan berani menghadapi cabaran, susah atau apa sekali pun. Tony berjaya, begitu juga orang lain, apa yang perlu ialah kita belajar dan terus belajar.

    A.Alshukor

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.