Friday, October 19, 2012

TEMPAT RAHSIA DI CELAH BANJARAN GUNUNG


Los Alamos National Laboratory (LANL) dibangunkan semasa perang dunia ke 2 sebagai kemudahan rahsia bagi menyelaras kerja-kerja penyelidikan saintifik pihak Berikat untuk membangunkan senjata nuklear. Semasa Projek Manhatan, LANL menjadi tempat di mana beribu-ribu kakitangan termasuk beberapa orang  saintis pemenang Hadiah Nobel melakukan penyelidikan. J Robert Oppenheimer merupakan pengarah pertama makmal. Beliau bersama Enrico Fermi (seorang saintis berasal dari Itali) telah dinobatkan sebagai “bapa bom atom”.

Kedudukan LANL  ini merupakan satu lokasi rahsia berdekatan sebuah pekan kecil yang di kenali sebagai Santa Fe sehinggakan alamat bagi surat menyurat hanyalah Peti Surat 1663, Santa Fe, New Mexico.  Selalunya tapak makmal sebegini terletak jauh terpencil  dan tersorok sehingga menyukarkan mereka-mereka yang tak berkenaan untuk sampai.

Selain LANL, Amerika Syaraikat mempunyai beberapa lagi lokasi dalam projek pembangunan senjata nuklear antaranya di bawah stadium  di Universiti Chicago, Lawrance Livermore National Laboratory (LLNL) dan sebuah lagi makmal yang dikenali sebagai Argonne National laboratory. Di bawah stadium inilah dibina reaktor pertama di dunia yang dikenali sebagai “Chicago Pile (CP-01)” yang berjaya buat pertama kalinya pada 2 Disember 1942 menghasilkan tindakan berantai terkawal. Dari ujian inilah akhirnya dibina beberapa reaktor pengeluaran plutonium (plutonium production reactor) yang menghasilkan bahan mentah untuk bom nuklear Amerika Syarikat. Jurulatih saya semasa saya menuntut  di Oregon State University Radiation Center, Bill Carpenter merupakan salah seorang mantan pengendali reaktor jenis ini. Untuk  makluman, “production reactor’ merujuk kepada reaktor yang dibina hanya untuk pengeluaran plutonium bagi pembuatan bom atom semata-mata.

40 tahun kemudian pada 1982, tindakan berantai nuklear pertama di bumi Malaysia berlaku di Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), Bangi, Selangor. Saya adalah antara mereka yang terlibat dalam melakar sejarah ini.
Di China juga mereka mempunyai kemudahan penyelidikan senjata nuklear serupa yang terletak di Malan Base, sebuah kawasan terpencil  di kawasan bergurun, Xinjiang. Lima puluh tahun dulu, beribu-ribu saintis China di kerah untuk berkerja dan memerah otak bagi memastikan keseimbangan strategik dalam kekuatan ketenteraan China dengan negara jiran terutama Rusia dan Amerika Syarikat. Cuma di China aktiviti penyelidikan di makmal ini sudah lama di berhentikan dan khabar terkini kerajaan China akan cuba menukar tapak ini sebagai satu tempat tarikan pelancungan.

Saya pernah sampai ke Los Alamos National Laboratory ini pada tahun 1983 sebagai mewakili Malaysia dalam satu latihan melibatkan bahan nuklear. Kerja apa yang saya buat dan pelajari di sana? Hehehe, tak boleh cerita, rahsia…… 

UnclearEngineer

2 comments:

  1. Haji Yaziz, saya masih risau juga dengan teknologi nuklear ini. Yalah sekarang walaupun teknologi ini sudah matang, tapi masih juga bawah 100 tahun tidak terasa sangat keburukannya. Paling teruk pun chernobyl.

    Tapi apa pula yang terjadi pada 500 atau 1000 tahun akan datang, kalau berlaku leakage nuklear, tentu orang masa depan akan mengutuk kita. Macam juga kita sekarang mengutuk perbuatan si kitul dan raja mendaliar, atas kelakuannya 500 tahun dahulu yang mengakibatkan kemusnahan besar pada alam melayu.

    ReplyDelete
  2. Sebagai jurutera nuklear saya juga punya kebimbangan saya. kebimbangan ini beasakan ilmu dan pengetahuan yang ada pada saya.

    Dunia perlukan tenaga. Bahanapi fosil makin bertambah menyusut. Apa pilihan manusia? Kalau ada pilihan lain, silakan.

    Sebenarnya teknologi nuklear boleh direka menjadi lebih selamat. Ada cara baru dalam teknologi ini yang akan mengurangkan risikonya. Nak hapuskan semua risiko, memang tak boleh.

    Sila baca blog saya seterusnya mengenai teknologi pembiak (breeder) dan juga penggunaan thorium bukan uranium sebagai bahanapi nuklear baru.

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.