Umur ku sudah 57 tahun. Dua tahun lebih
tua dari umur merdekanya Malaysia. Saban tahun sambutan serta perarakan merdeka
akan ku ikuti dengan penuh minat dari kaca TV. Cuma tahun 1973, aku sendiri
pernah bersama dalam gelombang perbarisan hari kemerdekaan ini. Aku berarak
dengan penuh semangat sebagai anggota “marching band” Sekolah Menengah Teknik,
KL. Fuh, betapa aku bangga pada pagi itu
bila melintasi Pentas di Raja.
Tapi itu dulu, sekarang lain. Dalam kegairahan
menyambut kemerdekaan ke 55, sekumpulan manusia telah berkumpul malam tadi di
Dataran Merdeka membuat onar. Aku masih boleh terima jika mereka tidak berpuas
hati atas perkara-perkara yang menasabah. Tetapi ada sekumpulan yang
mengibarkan satu bendera asing malam tadi. Apa? Mereka mahu menukar bendera
yang selama ini kita anggap adalah sesuatu yang telah sinonim dengan negara ini
hampir 55 tahun? Apa gilanya manusia ini? Logik apa mahu kita menukar bendera? Rupa
macam bendera Amerika? Sebab lain kerana bendera ini dicipta oleh UMNO, parti
keramat yang telah berjaya mengusahakan kemerdekaan Malaya lebih 55 tahun yang
lalu tanpa pertumpahan darah? Ah, ini mesti sebab sentimen ABU. Ada lagi sebab lain? Tak ada. Itu sahaja
sebab mahu di tukar sebuah bendera? Berapa buah negara di dunia yang sanggup
menukar benderanya selepas merdeka? Rasa saya tak pernah dengar pun. Memang dah
gila sesetengah kita ni.
Kalau ikut logik, bendera yang dicadangkan
kan itu juga mirip kepada bendera beberapa negara lain. Sekali pandang macam
bendera Indonesia mahupun Singapura, jiran terdekat kita. Jika dibandingkan
dengan bendera sekarang, saya dapati bendera yang ada sekarang lebih meriah
warnanya dan lebih menarik pada pandangan mata. Lepas menukar bendera mahu apa
lagi mereka? Mahu tukar nama Malaysia itu sendiri? Bila akan kesudahannya.
Inilah erti kebebasan bagi sesetengah
kita. Bukan dicadangkan sesuatu pembaharuan yang akan meningkatkan pencapaian
negara tapi kita mempertikaikan sesuatu yang telah terbina dan diterima lebih
55 tahun tanpa masalah oleh rakyat negara ini. Apa kena mengena menukar bendera
dengan pembaharuan politik ataupun peperangan memerangi rasuah misalnya.
Sia-sia kita merdeka 55 tahun tapi masih pada minda kelas negara ketiga, memperjuangkan
sesuatu yang remeh temeh.
Dengar khabarnya beberapa pemimpin
pembangkang telah turut hadir dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" malam tadi. Apa
punya pemimpin masa depanlah mereka-mereka ini. Letih benak aku bila
memikirkannya.
Dalam keadaan begini, apa tindakan pihak berkuasa? Jangan dibiarkan cacing naik sampai ke mata. Susah nak dibendung nanti jika lain-lain institusi negara turut dipertikaikan.
Dalam keadaan begini, apa tindakan pihak berkuasa? Jangan dibiarkan cacing naik sampai ke mata. Susah nak dibendung nanti jika lain-lain institusi negara turut dipertikaikan.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.