AMARAN: INI BUKAN IKLAN TAU, TAPI HEBAHAN KHIDMAT AWAM
Lupakan anggan-anggan anda yang mahu membeli kereta “hybrid” HONDA Insight . Simpan duit anda dan tunggu TESLA Model S ini yang dijangka akan memulakan pengeluaran pada 2012. Tahun depan je tu!
TESLA Model S ini diberitakan mampu mencapai jarak sehingga 320 batu bagi sekali caj dari power point rumah (220V atau 120V) dan boleh bergerak dari 0-60 mph dalam masa 4.2 saat (lebih pantas dari Porsche 911 Carrera). Kelajuan maksimum 130 batu sejam (mph) selain tidak mengeluarkan sebarang asap buangan (zero emission). Sudah tentu bunyinya motornya pun begitu senyap. Bila hantar servis tak perlu nak tukar “spark plug” atau tukar minyak hitam untuk pelincirkan engin. “Catalytic converter” untuk membersihkan asap ekzos? Siapa ada peduli?
Tak sabar saya menanti era kereta elektrik ini. Para pengguna sudah bosan dengan kenaikan harga petrol yang amat menyakitkan. Bila harga minyak naik melambong dipasaran antarabangsa, harga petrol di stesyen minyak pun turut naik tapi bila harga minyak mula turun, harga di stesyen pula liat nak turun sama. Dengn kereta letrik ni, tak perlu lagi kita pi kat stesyen Esso ke, Petronas ke atau Shell ke. Silap haribulan semua stesyen petrol boleh tutup. Padan muka aku!
Bagi saya dengan kejayaan pengeluaran kereta elektrik secara besar-besaran ini, maka era kebergantungan dengan sumber minyak akan berkurang. Dunia juga akan dapat mengurangkan pencemaran udara dari engin kenderaan bermotor petrol yang merupakan punca utama dan paling besar pencemaran udara dunia sekarang ini. Minyak hanya akan di gunakan bagi menjalankan kilang-kilang perindustrian, dan penggunaan minyak sebagai bahanapi penting dunia sudah pasti akan jatuh menjunam.
Satu soalan penting. Kalau semua kereta pakai motor elektrik, sudah tentu penggunaan elektrik akan meningkat. Nak jana tenaga eletrik tu pakai bahanapi apa? Kalau janakuasa elektrik guna bahanapi fossil seperti gas, minyak atau arang batu, maka tak berbaloilah. Ibarat umpama mengalih penggunaan dari kereta ke janakuasa. Pi mai, pi mai, dok tang tu juga.
Mungkin saya boleh bagi saranan. Apa kata selain menggunakan solar sebagai penjana tenaga elektrik, kita bangunkan pula janakuasa menggunakan tenaga nuklear. Kereta elektrik tak keluar pencemaran, janakuasa nuklear pun begitu juga. Bersihlah dunia dari pencemaran yang berterusan. Apa anda setuju?
UnclearEngineer
salam uncle engineer..
ReplyDeletedi Jerman la ni tekanan dr rakyat semua loji nuklear akan ditutup sehingga menyebabkan operator loji menyaman kerajaan kerana melanggar perjanjian dan menyebabkan kerugian...
antara alasan yg diberikan untuk penutupan loji nuklear ini adalah kos pelupusan sisa nuklear/(cukup hayat loji tidak boleh digunakan lagi) adalah tinggi walaupun kos pengurusan/penyeliaan/penjanaan loji adalah rendah...dan jika dijumlahkan keseluruhan kos (pembinaan/penjanaan/penyeliaan/penutupan loji/pelupusan sisa nuklear); kosnya lebih tinggi berbanding dgn teknik penjanaan elektrik yg lain...
boleh uncle komen mengenai perkara ini...
Penggunaan kereta letrik atau EV sudah lama dilaksanakan oleh GM dan mendapat sambutan dr pehak pengguna akan tetapi semua EV ini ditarik balik dan dihapuskan oleh pehak yg mempunyai kepentingan seperti pengusaha minyak fosil.Selagi dunia masih dimanupulasi oleh sysrikat2 minyak gergasi dan bersengkongkol dgn syarikat pembuatan kereta,kita pengguna akan terus menjadi tebusan. Alternatif power dah lama dimajukan dr segi penyelidikan tapi bukan dr segi promosi. Bayangkan kalau sebuah kereta di saluti oleh solar sel, contoler yg canggih sudah semestinya kita tak akan bergantung pada pembekal elektrik.".self powered vehicle" SPV akan jadi kenyataan,kalaula PROTON sanggup melabur dlm pasaran EV,bukan saja dpt membantu rakyat dr segi ekonomi tapi membuka mata dunia...anyway ini semua konspirasi dunia dan masaalah global yg paling sulit utk diatasi melibatkan trilion dollar ....... apa jadi pada Nicholas Tesla???????
ReplyDelete