· Prime Minister pushing his luck – www.outsyedthebox.com
· Dr. Mahathir Mohamad yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.” Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini – www.penantibangkit.blogspot.com
Membaca entri di blog Out Syed the Box membuatkan hati saya menjadi gundah gulana. Ditambah dengan kenyataan Dr Mahathir yang bagai tak menyokong jika piliharaya umum di adakan dalam masa terdekat membuatkan saya makin tidak sedap badan. Saya tertanya-tanya dalam hati, adakah ini merupakan alamat tak baik yang akan menimpa UMNO dan orang Melayu tak lama lagi?
Sebagai seorang ahli UMNO biasa yang setia, saya telah korbankan apa yang terdaya untuk mempertahankan UMNO sebaik mungkin sejak hampir 20 tahun dulu lagi. Saya juga cuba memberikan maklumbalas kepada kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi bahawa terdapat kegusaran dan kegelisahan di kalangan penyokong UMNO terhadap apa yang sedang dan akan berlaku dalam politik negara ini. Harapan saya, maklumbalas ini akan dapat membantu pemimpin bahagian dan juga Presiden kita (saya berangan DS Najib akan membaca catatan saya ini) membuat keputusan sebaik mungkin.
Kebimbangan saya dan juga mungkin lain-lain ahli UMNO sejak kebelakangan ini melibatkan isu-isu berikut:-
1. Pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) seperti yang di war-warkan sebelum ini. Bagi saya bukan pemansuhan sahaja tapi cara ia dilakukan yang menjadikan saya amat terkejut. Mungkin ramai daripada penyokong ISA ini tidak dapat melihat apa yang akan di ucapkan oleh PM pada malam itu. Bak kata orang- tiada ribut, tiada angin tiba-tiba sahaja atap rumah terbungkas runtuh. Sehingga banyak beranggapan bahawa keputusan tersebut di buat mungkin oleh segelintir pemimpin dalam kerajaan tanpa diberikan sedikit peluang untuk di bincang dan di bahas oleh penyokong parti. Kesian saya lihat ramai blogger pro-kerajaan tersipu kemaluan memandangkan logo “Aku sokong ISA” yang masih melekat kat muka utama blog masing-masing. Mereka terpaksa menelan kepahitan rasa di “tinggalkan”.
2. Penghapusan quota bumiputera atau lebih tepat membuang “tongkat sakti” yang selama ini menjadi kelebihan bumiputera di Malaysia. Saya amat bersetuju bahawa sistem kuota yang ada sekarang telah tidak menefaatkan sebilangan besar bumiputera. Tapi tidakkah boleh sistem quota ini di perbaiki lagi bagi menghalang “super bumiputera” ini dari terus bergantung dan mengaut kekayaan menggunakan quota tersebut? Kenapa harus di hapuskan? Walau bagaimana pun, akhir-akhir ini terdapat kenyataan balas dari kerajaan bahawa sebenarnya perkara tersebut tidak benar. Penafian tersebut datang terlalu lambat dan ini mengundang banyak spekulasi di kalangan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu sendiri. Betul ke atau tak betul?
3. Isu Namewee. Terus terang saya katakan bahawa saya tidaklah marah sangat dengan budak muda bernama Namewee ini. Dia ini ada bakat kreatif tapi acap kali hasil kreatif dia mengundang kontroversi. Caranya yang agak kasar dan suka menggunakan perkataan mencarut telah membuatkan banyak orang marah. Videonya yang bertajuk “Negarakuku” amat jelas kurang ajar sekali kerana telah mempermain-mainkan lagu kebangsaan kita Negaraku. Tapi apabila DS Najib membela Namewee ini dengan mengatakan mamat ini menyokong “1Malaysia”, saya juga jadi konfius. 1Malaysia menyokong perangai kurang ajar dan carut-marut? Bagi pendapat saya DS Najib tak perlu bagi komen sebegitu, biar sahaja menteri kanan beliau seperti Datuk Nazri TS Aziz yang buka mulut.
Saya tidak tahu apa lagi kejutan yang akan keluar dalam masa terdekat. Saya amat-amat berharap apa perubahan yang mahu di lakukan hendaklah di buat secara musyawarah. Cari jalan untuk mendengar semua pandangan. Setelah mendengar pandangan umum terutama dari ahli UMNO dan BN, silalah buat keputusan yang terbaik untuk negara. Saya tidak akan menyesal jika akhirnya pandangan saya diketepikan. Yang penting kita telah menyatakan pandangan.
Sebagai PM, DS Najib akan membuat keputusannya dan dalam amalan demokrasi yang baik keputusan yang dibuat mengambilkira kehendak majoriti terpaksa di patuhi. Akhir sekali, saya berdoa supaya DS Najib akan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk membuat keputusan terbaik untuk negara. Ini termasuklah bila PRU ke 13 akan diadakan. Sebagai ahli setia parti, saya sentiasa bersedia untuk di kerah berkerja pada bila-bila masa.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.