Sunday, August 12, 2012

KENDERAAN PENEROKAAN PLANET MARIKH GUNA TENAGA NUKLEAR?


Biar betul. Tahukah anda kenderaan yang digunakan oleh NASA bagi penerokaan permukaan planet Marikh menggunakan tenaga nuklear? Saya pun terkejut kerana sangka saya selama ini semua kenderaan yang digunakan dalam penerokaan di angkasa lepas menggunakan tenaga suria. Rupa-rupanya di Marikh, ribut debu yang berlaku mampu menahan cahaya suria dari menembusi ruang atmosphera Marikh dan membuatkan panel solar sukar berfungsi kerana kekurangan cahaya suria yang mencukupi. Penyelesaian nya, penggunaan tenaga nuklear.

Tenaga tersebut bukan terhasil dari tindakan pembelahan atom (fission) dalam reaktor nuklear tetapi menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Radioisotope Thermoelectric Generator (RTG). Haba akan terhasil dari penyusustan radioisotop Plutonium-238 dan digunakan sebagai sumber tenaga. Tenaga elektrik yang terjana diguna bagi menjalankan motor kenderaan dan juga bagi memastikan suhu 11 peralatan saintifik yang di bawa kenderaan tersebut diparas sepatutnya.

Bagus juga untuk diketahui bahawa sama ada di Bumi dan Marikh, apabila semuanya sumber tenaga kehabisan maka teknologi nuklear adalah teknologi terakhir yang akan dapat menyelamatkan kehidupan di alam maya ini. Anda semua setuju?

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.