MJ Akhbar berada di Kulala
Lumpur baru-baru ini kerana melancarkan bukunya bertajuk “Tinderbox: the Past
and Future of Pakistan”. Dalam Kamus Dewan, "tinder" diterjemahkan sebagai linen kering yang mudah terbakar. Dalam buku tersebut beliau mungkin banyak menulis mengenai Pakistan yang diumpamakan sebutir bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Yang menariknya beliau mantan seorang ahli parlimen
India dan sekarang bertugas sebagai Pengarah
Editorial majalah India Today. Kenapa dia menulis pasal Pakistan tidak India?
Kalau seorang penulis Indonesia misalnya menulis tentang Malaysia dengan banyak komen-kemen negatif mengatakan Malaysia di ambang kacau bilau, apakah ia boleh di terima oleh pemimpin Malaysia? Yang lebih teruk, buku mengutuk Malaysia itu diluncurkan oleh seorang pemimpin politik Singapura di repablik itu pula. Wah, silap haribulan boleh jadi gaduh besar, weh.

Untuk makluman semua, saya sendiri pun bukanlah peminat negara
Pakistan. Sama ada Pakistan dalam mod “self destruct” saya juga kurang pasti
tapi saya juga percaya Pakistan merupakan satu contoh kegagalan orang Islam
dalam membangunkan sebuah republik contoh yang berlandaskan Islam sebenar. Rhetorik
agama yang tak ke mana.
Mungkin ramai yang dah tahu siapa tetamu istimewa semasa peluncuran (istilah
baru) buku tersebut. Tentu sahaja Brother Anwar Ibrahim yang mempunyai pemikiran yang hampir sama dengan MJ Akhbar. “Birds of a feather flock together” – bak kata orang bijak pandai.
Membaca ucapan DS Anwar semasa peluncuran Tinderbox menjadikan saya begitu
terpegun dengan manusia bernama Anwar ini. Itulah pemberian Allah kepada dia.
Kalau bakat menyusun kata yang dinaugerahkan Allah digunakan untuk kebaikan negara,
alangkah beruntungnya Malaysia.
PAS setuju ke dengan pandangan MJ Akhbar ni? Dengar kabarnya Prof Dato Dr. Harun Din tak
beberapa berselera bila dengar cerita ini.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.