Thursday, August 16, 2012

DR. PATRICK MOORE, SEORANG PENGASAS GREENPEACE


DARI ANTI KE PRO NUKLEAR.

Tahun 1971, Patrick Moore dengan 11 orang aktivist alam sekitar menaiki sebuah bot tua yang bocor dari Vancouver, British Colombia. Destinasi mereka menuju ke persisiran pantai Alaska bagi membantah ujian bom nuklear bawah tanah Amerika Syarikat. Ini merupakan permulaan tertubuhnya NGO alam sekitar paling terkenal Greenpeace. Beliau akhirnya dilantik sebagai Pengarah Greenpeace Antarabangsa (Greenpeace International), dan menjadi suara paling lantang menentang penggunaan tenaga nuklear.

tu cerita dahulu. Sekarang, Dr. Moore sudah berubah angin. Kata orang Malaysia, sudah menjadi “katak lompat” yang melompat ke dalam kem lawan. Dia sudah menjadi seorang yang menyokong kuat penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga. Pada pandangan beliau: teknologi nuklear merupakan teknologi bersih “non-greenhouse-gas-emitting”. Dengan itu teknologi nuklear sesuai mengganti sumber bahanapi fosil seperti minyak, gas dan arang batu serta mampu memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat dunia.

Dr. Moore keluar dari Greenpeace pada 1986. Beliau mengaku masih percaya kepada semua idealisma Greenpeace melainkan dalam isu penggunaan tenaga nuklear. Sudah tentu banyak bekas rakan-rakan Dr. Moore yang masih bergiat aktif dalam kem “anti nuklear” menyingga.

Di Malaysia kita ada Dr. McCoy, seorang aktivis alam sekitar yang anti semua yang ada perkataan nuklear. Bila agaknya beliau akan merubah fikiran nya macam Dr. Moore? Wallahualam.

UnclearEngineer

1 comment:

  1. Manusia berubah. Perkembangan terkini dan keinginan untuk terus membaca serta mencari kebenaran akan mampu mencairkan pegangan lama. Itu lah yang terjadi kepada Dr. Moore.

    Di Malaysia ni pula lain, bertahun-tahun masih berpegang lagi pada kepercayaan lama. Sampaikan teknologi Lynas pun dikaitakan dengan tenaga nuklear.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.