Sunday, January 22, 2012

TAUKEH CINA DAN TUAN TANAH MELAYU. KEADILAN – DARI DUA PANDANGAN YANG BERBEZA

Cerita ini pernah saya baca beberapa tahun dulu. Hampir sama. Saya nak tulis semula dengan gaya saya sendiri untuk dijadikan sebagai satu analogi kepada keadaan yang kita hadapi sekarang. Mari kita baca dan kita fikir.

Sebuah syarikat besar dan berjaya kepunyaan seorang usahawan bangsa Cina bergelar Tan Sri telah mangadakan satu majlis yang begitu gilang gemilang. Antara ramai tetamu yang telah dijemput hadir termasuklah beberapa VVIP Melayu dan wartawan dari beberapa buah akhbar tempatan.

Ucapan Tan Sri ini dimulakan dengan menceritakan bagaimana dia memulakan syarikat dia ni lebih 50 tahun yang lalu. Hebat dan bersemangat betul ucapan dia. Sudah tentu ucapannya bukan dalam bahasa Melayu. Semua yang hadir terngaga mulut mendengar cerita uasahawan ini.

Usahawan bergelar Tan Sri ini pun bercerita tentang konsep 1Malaysia yang di amalkan dalam syarikat dia selama ni. Dengan bangga, dia mengatakan bahawa dia telah mengamalkan konsep 1Malaysia ini dari dahulu lagi. Katanya kalau tidak kerana kakitangan berbilang bangsa yang berkerja keras membangunkan syarikat, syarikat kepunyaannya ini tak akan dapat mencapai kejayaan seperti apa yang di nikmati sekarang. Disebutkan berapa nama Melayu, India dan Cina yang masih lagi berkhidmat sebagai kakitangan kanan syarikat. Begitulah pentingnya sumbangan kakitangan berbilang bangsanya.

Sebagai balasan, Tan Sri ini memberitahu semua hadirin bahawa dia juga telah menyediakan satu pakej gaji, kenaikan gaji tahunan dan bonus akhir tahun yang amat lumayan sebagai penghargaan kepada semua kakitangan. Beliau berpendapat, setiap kejayaan syarikat perlu di kongsi bersama dengan kakitangan. Wah, bergemuruhlah tepukan dari para tetamu dan kakitangan yang mendengar.

Selesai majlis telah diadakan satu sidang akhbar dengan para wartawan yang di jemput hadir. Banyaklah soalan yang telah ditanya wartawan Dipenghujung sidang akhbar tersebut, seorang wartawan Melayu mula membuka mulut. Dialog mereka lebih kurang begini:-

“Tan Sri, saya amat tertarik dengan cerita Tan Sri tadi. Tan Sri juga seorang yang tidak lokek untuk berkongsi kejayaan dengan kakitangan. Boleh saya tanya berapa saham syarikat ini yang dipegang oleh kakitangan syarikat Tan Sri?”, wartawan tersebut memulakan.

“Syarikat saya mempunyai skim option saham bagi kakitangan. Saya peruntukan 10% dari saham syarikat ini untuk mereka,” jawab Tan Sri sambil kembang kempis hidungnya tanda bangga.

“Kenapa 10% sahaja? Kenapa tidak di kongsi samarata sahaja saham syarikat ini dengan semua kakitangan. Bukankah itu lebih adil? Lagi pun ada antara mereka-merka ini telah berkhidmat dengan setia selama lebih 50 tahun. Tanpa sumbangan mereka, syarikat tak akan semaju hari ini”, tanya wartawan  itu lagi.

“Wah, ini dah soalan provokasi ni, Sial betul reporter Melayu ni”, kata Tan Sri tersebut dalam hati. Dia mula naik angin. “Well, look here. This company is MY company. I started it with my own hard earned money. The staff are my employees. I have paid them well and I have allocated 10% of the company’s share to them. What else do they want?” Jawapan Tan Sri dengan bingkas bangun menutup sidang akhbar tersebut.
----------------------------------

Soalan saya, apakah perbuatan usahawan ini adil? Saya berpendapat apa yang dilakukannya adalah amat adil.

Gambar ini sebagai hiasan sahaja.

Sekarang, mari kita tukar cerita ini dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Bila kaum bukan bumiputera menuntut hak samarata dengan tuan tanah asal (serupa dengan tuan punya syarikat) tanpa menghiraukan hak istimewa yang telah dipersetujui lebih 50 tahun yang lalu. Kenapa orang Melayu mempertahankan haknya di label sebagai rasis dan tak adil? Rupa-rupanya keadilan ini ada berapa sudut pandangan yang berbeza. Kalau orang Cina buat dikatakan adil kalau Melayu pula, rasis dan zalim.

UnclearEngineer

5 comments:

  1. Selalunya yg jadi Pengerusi (Chairman) syarikt2 org Cina adalah org MELAYU yg ada pangkat/kuasa/pencen kerajaan/kroni.....En Yaziz mohon ulas lagi lebih terperinci & menarik.

    ReplyDelete
  2. En. Yaziz, pernahkah anda berfikir secara mendalam, kenapa mereka yang kaya-kaya di Malaysia ini kebanyakan adalah bukan orang melayu, sedangkan mereka ini tidak diberi apa-apa hak istimewa seperti yang diberikan kepada orang melayu? Jika tidak diberi apa-apa hak istimewa pun boleh menjadi kaya di Malaysia, kenapa pula mereka yang diberi hak istimewa tidak boleh? JIka dinilai dari segi hak istimewa, sudah pasti (sepatutnya) lebih ramai orang kaya melayu berbanding orang kaya cina, tetapi tidak! Jika ditanya, sudah berapa lama atau berapa generasi atau berapa tahun orang melayu menerima hak istimewa ini, anda mempunyai jawapan. Adakah sekian lama ini masih tidak mencukupi bagi seseorang melayu yang mempunyai hak istimewa itu untuk mengatasi mereka tidak mempunyai hak istimewa? Sedangkan adik yang mencipta Facebook itu, berapa lama yang dia perlukan untuk berjaya-menjadi kaya? Umur dia tidak sampai 30 pun.

    Pasal isu 'tuan tanah asal' , memang tidak begitu layak bagi orang cina yang berasal dari China 50 dahulu untuk menuntuk hak 'tuan tanah asal', tetapi anak, cucu mereka yang lahir, dan hidup di tanah ini tidak layak lagi untuk mengongsi hak 'tuan tanah asal', itu adalah sesuatu yang sangat sangat tidak adil. Senang untuk menjelaskan keadilan yang hendak ditegakkan di sini. Sebagai contoh, Jika ayah anda lahir di Melaka, orang tanya dia berasal dari mana, ayah anda dengan pastinya akan menjawab dia berasal dari Melaka. Kemudian hari, ayah anda berpindah ke Kedah. Disana, ayah anda berkahwin dan kemudian melahirkan anda di Kedah. Kemudian hari apabila anda sudah membesar, orang lain pula bertanyakan anda berasal dari mana, jawapan anda pastinya Kedah dan bukan Melaka. Kenapa bukan Melaka sedangkan ayah anda berasal dari melaka? Sesungguhnya dengan contoh ini, saya rasa memadai untuk en. Yaziz renung-renungkan. Jika perkataan 'asal' ini digunapakai sebagai kayu pengukur untuk menentukan hak istimewa, dan berlaku keadilan, mereka yang lahir di Malaysia, tidak kira kaum apa, adalah ber'asal' dari Malaysia dan layak menerima/diberi hak yang samarata. Bolehkah En.Yaziz setuju dengan pandang saya? Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 04:54

      Terima kasih atas komen saudara. Walau bagaimana pun saya tak bersetuju dengan apa yang saudara tulis. Cuba faham analogi yang cuba saya sampaikan dalam tulisan saya tu. Bagi saya hak samarata tidak bermakna semua mesti sama. Dalam analogi cerita saya, kejayaan syarikat telah disumbang sebahagian besar oleh kakitangan yang setia selama lebih 50 tahun tapi towkey masih tidak memberikan saham syarikat samarata seperti yang dia punyai. Sebab dia tuan punya syarikat dengan kata lain dia adalah "tuan tanah asal".

      Kalau tanpa hak samarata pun, orang Cina lebih berjaya dari kaum bumiputera jadi kenapa mahu dirampas hak keistimewaan bumiputera sedia ada. Itu manusia tamak namanya. Dahlah anda berjaya, nak dimiskinkan pula sebahagian penduduk majoriti. Sudah tentu keadaan mereka akan bertambah teruk dari segi ekonomi. Its a fact that most bumiputeras are not economically inclined dan bidang ekonomi adalah sesuatu yang sesuai bagi masyarakat Cina. Jangan tanya saya kenapa. Mungkin kerana persekitaran serta budaya kaum bumiputera yang lebih cenderung kepada hidup bertani.

      Selagi disegi ekonomi dan politik orang Cina tidak terpinggir di Malaysia, saya juga berharap masyarakat Cina perlu mengambilkira kepentingan bumiputera di negara ini. Berkongsi kekayaan dan kuasa secara adil dan saling memahami adalah cara terbaik bagi semua kita. Selepas 50 tahun merdeka, kenapa baru sekarang kita mahu mula mengungkit2? Sudah jadi miskin ke orang Cina? atau sudah di pinggirkan kah masyarakat Cina dari politik negara? Jawabnya tidak. Why then can't we maintain the status quo?

      Sekian.

      UnclearEngineer

      Delete
    2. Bagi En.Yaziz, patutkah towkey itu memberikan saham syarikat samarata kepada semua kakitangan syarikat itu?

      Delete
    3. Anon 07:53

      Kalau baca dan fahami apa yang saya tulis, saudara akan tahu jawapan saya. Masakan saham syarikat mahu diberikan samarata dengan pekerja? Usahawan gila mana yang buat begitu?

      Yang lebih penting jika analogi ini kita aplikasikan kepada negara kita Malaysia. Orang Cina sebagai pekerja dan orang Melayu sebagi tuan punya syarikat. Ini logik yang saya ingin sampaikan.

      UnclearEngineer

      Delete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.