Dari kiri: Dr. Muhd Noor Yunus, Prof Madya Dr. Nahrul Khair Alang Rashid, penulis dan Datin Zarina Masood. |
Bagi menarik kertas kerja berkualiti dari luar negara,
NUSTEC telah bergabung dengan Asia Oceania Neutron Scattering Association
(AONSA) bagi membawa Sesi 01: AONSA – Regional Cooperation and Networking. Enam
(6) kertas kerja dari penyelidik-penyelidik
dari Univ. of Tokyo (Jepun), Australian Nuclear Science and Technology
Organization (ANSTO), Bhaba Atomic Research Centre (India), China Institute of Atomic Energy (China),
Korea Atomic Energy Research Institute (Korea Selatan) dan International Council
for Science – Asia Pacific (ICSU).
Secara keseluruhan kertas kerja yang dibentangkan
adalah mengenai projek-projek penyelidikan serta kemudahan-kemudahan canggih
yang di bina oleh negara-negara tersebut. Amat mengagumkan tentang kehebatan
serta kesungguhan penyelidik-penyelidik dari negara berkenaan mengkaji dengan
lebih mendalam bidang sains nuetron ini. Sebagai perbandingan Malaysia masih
terkebelakang lebih kurang 20 tahun dalam bidang ini.
Prof Madya Dr. Nahrul Khair Alang Rashid, mantan Presiden MNS dan paling dekat dengan kamera Prof Madya Dr. Zaini Hamzah, Presiden MNS |
Jumlah kertaskerja yang telah dibentangkan ialah
sebanyak 67 (61 kertaskerja biasa dan 6 kertaskerja jemputan).
Secara keseluruhannya kertaskerja yang dibentangkan
dalam Sesi 1- Sesi 8 adalah dalam kategori melibatkan tajuk yang terlalu asas.
Teramat kurang kertaskerja yang bermutu dibentangkan dan ini bolehlah
ditafsirkan sebagai kelemahan yang paling ketara penyelidikan bidang teknologi nuklear
di Malaysia. Dari perbincangan dengan penyelidik terlibat, keadaan ini berlaku mungkin
atas sebab-sebab berikut:-
i. Tiada kemudahan yang bersesuaian di Malaysia
untuk mengendalikan penyelidikan yang lebih canggih. Sebagai contoh, reaktor
penyelidikan di Nuklear Malaysia sudah pun berumur lebih 30 tahun dan flux
neutron adalah terlalu rendah untuk penyelidikan melibatkan pengujian bahan,
pengeluaran isotop berhayat sederhana mahupun melakukan penyelidikan
menggunakan kemudahan “beam port”. Cadangan bagi menaik taraf kuasa termal
reaktor tersebut dari 1.0 MW ke 3.0 MW telah tidak mendapat peruntukan dari
kerajaan.
ii. Kemudahan
selain reaktor seperti “high energy accelerator” mahupun “cyclotron” masih
dalam tahap mendapatkan peruntukan. Semasa Malaysia masih dalam keadaan
menunggu, negara-negara serantau lain sudah mendahului Malaysia. Tanpa
kemudahan penyelidikan yang sesuai, bagaimanalkah hasil penyelidikan bertaraf
dunia dapat dihasilkan?
iii. Aktiviti melibatkan teknologi nuklear hanya
bermula di universiti-universiti tempatan apabila kerajaan Malaysia mengumumkan
untuk membina janakuasa nuklear pertama pada 2022. Tetapi peristiwa di
Fukushima, Jepun mungkin akan menyebabkan peruntukan penyelidikan dalam bidang ini
menurun kembali.
iv. Polisi nuklear kerajaan Malaysia yang sentiasa “flip-flop”
telah gagal menarik pelajar terbaik untuk mengambil jurusan kejuruteraan/sains nuklear
di Universiti tempatan dan luar negara. Hasilnya penyelidikan dalam bidang ini
tidak berkembang walaupun Nuklear Malaysia (dulunya di kenali sebagai PUSPATI)
telah ujud hampir 40 tahun.
Sesuatu yang amat ketara ialah bidang nuklear ini
telah manarik ramai golongan penyelidik Melayu. Ini dapat dilihat apabila hampir
95% yang mengahadiri persidangan ini adalah saintis/teknologis bangsa Melayu.
Hampir kesemua pembentang kertas kerja
juga adalah penyelidik Melayu. Tidak seoarang pun penyelidik bangsa India
mahupun Cina yang terlibat. Apakah ini sesuatu yang baik bagi negara Malaysia yang berbilang kaum?
Saya menyeru supaya kerajaan mengambil langkah yang
lebih proaktif dalam membangunkan keupayaan negara dalam bidang sains dan
teknologi nuklear ini. Peruntukan yang secukunya perlu di berikan supaya
kemudahan canggih dapat di bina dan hasil kerja penyelidikan bertaraf dunia mampu
dihasilkan. Tanpa pelaburan yang mencukupi, Malaysia akan terus berada di
belakang jiran-jiran serantau dalam bidang ini.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.