Wednesday, December 28, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA KESEMPATAN DATANG LAH LAGI

Selepas 6 bulan lebih memulakan blog ini dan menulis sebanyak 51 artikel, saya akhirnya mencapai pegeview seramai 5,000 kali pada petang tadi. Walaupun ianya satu pencapaian yang kecil bagi kebanyakan blogger, saya merasa ianya satu pencapaian besar sebab blog saya merupakan blog serius yang mungkin tidak menarik untuk kebanyakan pengunjung alam siber.

Kepada pelawat dan pembaca setia blog ini saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sokongan tuan/puan selama ini akan menjadi pendorong kepada saya untuk terus menulis. Next target – 10,000 pageviews.


Yaziz Yunus
UnclearEngineer

DAP CUBA MENGODA VETEREN UMNO BAGI MEMIKAT ORANG MELAYU.

DAP has approached several Malay figures including at least two Umno veterans in a bid to reverse eroding support from the community after repeated accusations of being anti-Malay from the ruling party. The Malaysian Insider understands that influential bloggers Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, who is also former Pulau Manis assemblyman and Aspan Alias, a Negri Sembilan Umno veteran, have been invited by DAP to join its ranks, with a view to contest in the next general elections.
---------------------------

Sedarkah orang Melayu ini apa yang sedang dilakukannya?
Tetapi ini Melayu PAS  bukan Melayu UMNO
Terdesak betul DAP ni. Apa dia orang fikir bahawa dengan membawa masuk Datuk Mohd Ariff Sabri seorang bekas ADUN BN dari Pahang dan Aspan Alias, veteran UMNO dari Kuala Pilah ke dalam DAP maka orang Melayu akan balik bersimpati dengan mereka? Memang Datuk Mohd Ariff dengan menggunakan nama Sakmongkol AK47 merupakan seorang blogger yang amat produktif, yang selalu nya menulis secara kritikal jika ianya melibatkan UMNO, BN dan kerajaan. Beliau juga menulis secara rutin dalam Malaysiakini. Khalayak yang membaca blog beliau adalah mereka-mereka yang berpendidikan Inggeris kerana isu yang di bawanya kadang-kadang tidaklah  menarik sangat minat Melayu di kampong-kampong. Saya di antara peminat setia pembaca blog beliau. Saya akui, bahasa Inggerisnya “excelient”. Katanya beliau pernah dilantik  jadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, bahagian DS Najib sendiri.
Aspan Alias who? Bagi mereka yang di luar Negeri Sembilan, Aspan Alias merupakan seorang veteran UMNO yang kurang di kenali. Semasa bergerak dalam UMNO Kuala Pilah sendiri pun dulu beliau bukanlah pemimpin bahagian yang di segani sangat. Zaman saya  aktif sebagai Ketua Cawangan di Kuala Pilah di awal 1990am dulu, saya pernah juga  mendengar cerita serba sedikit mengenai Aspan Alias ini dari bapa saudara saya, Allahyarham Haji Anuar Uban. Saya difahamkan bahawa Aspan mula menonjol dalam UMNO Kuala Pilah sebagai jurucakap kepada PNB dalam mengalakkan  orang-orang Melayu di Negeri Sembilan melabur dalam dalam Skim ASN. Mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim bekas CEO, PNB lebih mengenali siapa dia Aspan Alias ini. Jadi bagi saya Aspan ni seorang nasionalis dan tak mungkin seorang nasionalis Melayu seperti dia mahu masuk DAP! Tapi tak tahulah bagaimana hati beliau sekarang. Ada juga orang kata, Aspan Alias ni penyokong kuat Tengku Razaleigh.
Bercerita tentang Datuk Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias, teringat akan saya kat Roslan Kassim.  Pada tahun 1994 saya pernah menghadiri kursus BTN di Langkawi yang antara lain cuba mempromosi Roslan Kassim sebagai tokoh muda UMNO Negeri Sembilan. Dia pada masa tu diwar-warkan sebagai bakal “Menteri Besar Negeri Sembilan” selepas Dato Isa Samad (sekarang Tan Sri).  Memang berapi ucapannya dan seorang lagi pemimpin muda UMNO yang sedang meningkat dari Pahang, Suhaimi Ibrahim. Dato Suhaimi sekarang ini adalah Setpol DS Shahrizat.
Roslan Kassim semasa dalam Parti Keadilan dulu pernah berkempen di Sungai Buaya dalam PRU 2004. Saya ada di situ mendengar ceramah beliau. Wah bukan main melangit pujian beliau pada DAP.  Sampai sanggup mengajak orang Melayu di Sg. Buaya turut menerima DAP, rakan sekatil dan sebantal parti keadilan pada masa itu. Memang terkejut beruk saya. Seorang nasionalis, bekas orang pemimpin muda UMNO berkata begitu.  Setelah beliau masuk balik semula ke dalam UMNO, saya ada bertemu beliau di sebuah hotel di Shah Alam dan cuba mengungkit tentang ceramah di Sungi Buaya tersebut. Nampak Beliau macam kurang senang. Tapi apa yag saya nak cakap, jika kita nasionalis tulin, kita tak akan berpaling tadah dengan menjadi ahli DAP. Sekarang di mana Roslan Kassim? Dia dah jadi Ketua Penerangan PERKASA, sebuah pertubuhan ultra nasioanalis Melayu. Beliau telah berputar kembali 360 darjah ke akar Melayu beliau. Mungkin beliau mahu menebus dosa-dosa beliau  mengkhianati UMNO dulu.
Bagi saya, orang Melayu yang pernah aktif dalam UMNO dan kemudian sanggup masuk DAP, boleh kita anggap sahaja sebagai sudah buang tabiat. Tak tahulah apa yang dah di janjikan atau kerana amarahnya dengan UMNO terlalu  kuat sehingga sanggup untuk membantu  musuh politik UMNO sendiri.
Walauapa pun, saya ingin ucapkan yang terbaik kepada kedua-dua Datuk Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias jika mereka sudah  benar-benar fikir habis nak masuk DAP. Tiada akan menjadi kudis kepada UMNO atas tidakan kedua-duanya. Sebagaimana bila Tunku Aziz, bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia  apabila di lantik sebagai Naib Presiden DAP dulu. Apa dan jadi dengan Tunku Aziz ni? Banyak ke orang Melayu berbodong-bondong masuk DAP selepas DAP berjaya menarik Tunku ini? Jawabnya yilek.
DAP berangan di siang harilah nampaknya jika Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh ingat orang Melayu ini akan dengan mudah melacurkan masadepan bangsanya di Malaysia. Kamu boleh cuba dan terus mencuba, tapi insyaAllah semuanya akan gagal. Selamat mencuba DAP!

UnclearEngineer

Sunday, December 25, 2011

SATU KOMENTAR UNTUK BLOG MINDA INTELEK MELAYU.

Dr MIM,

Izinkan saya merujuk kepada tajuk dalam blog saudara “ KANTOI, DAP Lim Guan Eng Kaki Goreng!”.  Saya penyokong kuat Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula berkuatkuasa tidak lama lagi. Saya adalah bekas seorang pegawai kerajaan (hampir 15 tahun). Saya juga penyokong tegar UMNO/BN dan pembaca setia blog saudara.

Saya rasa komentar saudara mengenai saranan LGE untuk umur persaraan kakitangan swasta dilanjutkan ke 60 tahun amat kurang tepat. Saya tidak nampak sebarang anomali saranan LGE tersebut dengan apa yang di buat oleh kerajaan bagi kakitangan kerajaan sekarang. Saya juga tidak melihat sebarang kelainan di antara SBPA dan juga apa yang di cadangkan oleh YB Tony Pua. Saya melihat SBPA dan saranan YB Tony Pua adalah sama. Kedua-duanya untuk  menjadikan perkhidmatan awam lebih efisen dalam perjalanan dan operasinya. YB Tony Pua  bertujuan “mengurangkan kakitangan awam” sedangkan JPA pula bertujuan “merampingkan perkhidmatan awam”. Kedua-duanya punya matlamat yang sama.
 

Sebagai bekas pegawai kerajaan, saya melihat Perkhidmatan Awam Malaysia pada masa ini sebagai satu perkhidmatan awam yang “bloated” atau terlebih besar dari keperluan  dan perlu dibuat sesuatu supaya lebih “ramping”. Masalahnya kebanyakan kakitangan kerajaan adalah dari bangsa Melayu, jadi jika sesuatu pengurangan berlaku maka ramai yang akan terlibat adalah kakitangan Melayu. Perlu di ingat dalam mana-mana organisasi, yang dibuang adalah mereka-mereka yang kurang prestatsi kerjanya sedangkan yang rajin, tidak akan di buang kerana mereka-mereka ini merupakan aset paling berharga kepada organisasi tersebut.

Saya berpendapat jika Malaysia mahu menuju menjadi negara maju, perkhidmatan awam kita perlu “tip-top”. Jika ada kakitangan “under performing” atau rendah prestasi kerjanya, mereka-mereka ini perlu di pencenkan dengan kadar segera. Saya rasa rakyat yang rasional tak ada problem dengan polisi ini. Jika yang dibuang itu adalah kakitangan Melayu, perlukah kita merasa gundah gulana? Yang penting tatacara perlu di ikuti bagi mengelakkan sebarang kezaliman atau penindasan. Mekanisma tatacara pembuangan telah pun sedia ada dalam SBPA baru ni. Oleh itu Melayu ke, Cina ke, India ke, yang malas buat apa mahu kita simpan?

Saya melihat YAB DS Najib lebih ke depan dalam perancangan beliau kerana dia sudah ada “blueprint” dalam bentuk SBPA bagi melaksanakan idea dia. YB Tony Pua pula baru peringkat melontar idea sahaja.

Saya telah menulis tentang SBPA dalam blog terdahulu saya www.unclearengineer.blogspot.com bertajuk SBPA – Satu Transformasi Perkhidmatan Awam”  bertarikh 10 hb. Disember, 2011. Sila lawat blog saya kepada yang sudi.

Sekian.

UnclearEngineer

MERRY CHRISTMAS DAN KESANNYA KEPADA AKIDAH SEORANG MUSLIM

Saya mulakan komen saya pada pagi Disember 25, 2011 ini dengan ucapan - Merry Christmas to all my Christian friends.

Bercerita pasal ucapan Merry Christmas ni saya ada terbaca baru-baru ini satu tulisan (tak ingat dalam internet atau pun dalam akhbar arus perdana) mengenai isu ini.

Menurut mereka yang “berilmu” ini, kita orang Islam tidak boleh mengucapkan perkataan “Merry Christmas” ini kepada sahabat kristian kita. Katanya ini kerana dengan berbuat demikian mampu memesongkan akidah kita sebagai Muslim sejati. Habis sahaja saya baca tulisan tersebut, maka berkatalah dalam hati saya “dah mulalah dah tu, satu lagi polimik akan timbul”.

Saya dah pun berumur 56 tahun. Sepanjang umur dewasa saya terutama semasa menuntut selama 6 tahun di  luar negara, saya punya ramai rakan yang beragama kristian (separuhnya saya tak pernah tengok dia orang pergi sembahyang kat gereja pun tapi saya pasti mereka ni kristian). Saya telah mengucapkan “Merry Christmas” ni kepada kawan-kawan saya ini saban tahun. Pada waktu ini pun masih lagi  saya lakukannya melalui email. Saya tak pernah pun rasa goyah akidah saya terhadap Islam setiap kali datang hari krismas. Malah saya rasa akidah saya makin kuat terutama apabila umur saya makin meningkat. Jadi saya tak faham kenapa ada orang yang punya ilmu “tinggi” ni kata begitu?

Sebelum saya menulis lebih lanjut di sini, ingin saya ingatkan pembaca bahawa saya bukan penganut fahaman “pluralisma” yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Bagi saya, Islam tetap “the one and only” agama yang benar, benar sebenar-benarnya dan bukan agama lain. Saya mengucapkan Merry Christmas ni kepada kawan-kawan kristian saya saban tahun atas sifat saya menghormati hari kebesaran agama rakan saya ini. Itu sahaja. Perkataan di sini adalah “menghormati”. Jadi kenapa kita perlu bimbang sehingga kita perlu menghalang perbuatan ini atas sebab ia mampu mengoncang akidah dan keimanan kita?

Tak lama dulu kita pernah heboh tentang isu seorang Tok Guru yang di katakan hebat ilmu agamanya yang mengatakan “Allah itu samseng”. Saya faham apa maksud sebenar yang mahu di sampaikan oleh Tok Guru ini tapi cara menyampaikan maksud ini saya rasa sudah melebihi batas kita sebagai seorang insan. Mengatakan Allah mempunyai sifat buruk seperti samseng memang tak kena sungguh. Ini saya rasa memang mampu menggoyang akidah kita jika kita benar-benar percaya begitu. Tapi mengucapkan Merry Christmas ni lain. Tiada unsur-unsur negatif tentang agama Islam dan Allah yang kita sembah, hanya menghormati hari kebesaran tanpa mengiktiraf kebenaran agama kristian itu sendiri. Kau dengan  agama mu dan aku dengan agama ku. Jadi apa masaalahnya?

Bila saya fikrkan dalam dalam, maka saya terfikir jika perkara mengucapkan “Merry Christmas” ni pun boleh melencongkan akidah kita, maka saya rasa entah beberapa kerat sahaja agaknya orang Islam “tulin” yang masih tegak berjalan di muka bumi ini. Harus sahaja majoriti yang mengaku Islam ni sudah lama gugur akidah masing-masing, betul tak logik saya? Bercerita pasal logik ni, ada pula orang yang tinggi ilmu ini berkata bahawa Islam bukan di lihat secara logik-logik. Saya jawab kembali jika Islam ini paling benar, kenapa Islam itu sendiri tak mampu memenuhi pemikiran secara logik manusia? Wah ini dah melencong dari tajuk pula ni. Saya takut nanti yang kata saya pula dah terpesong………… dan perlu betaubat. Jadi kita tinggal dulu isu logik melogik dalam kepercayaan beragama ni sehingga kita berjumpa dalam perbincangan di tajuk ini nanti. Itu pun jika saya ada mood nak menulis pasal tajuk ini.

Saya melihat terlalu banyak sangat pendapat yang di keluarkan oleh orang-oarang bijak pandai dan tinggi agama mengenai isu akidah ini. Si ulama dari kumpulan A kata, sebab dia tak percaya dengan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam maka gugurlah Islamnya. Si ulama dari kumpulan B pula kata sebab dia kata Allah itu samseng dan boleh berkawan dengan syaitan maka dialah sebenarnya yang terkeluar dan terpesong akidahnya.  Semuanya kata dia punya nas yang sahih. Kalau kita fikir betul-betul, sebenarnya berapa sangatlah orang Islam yang benar benar Islam kat Malaysia ni kan? Kebanyakan nya dah terpalit akidah masing-masing jika kita percaya dengan semua hukum yang diturunkan oleh orang-orang yang tinggi ilmunya ini. Nak cerita negara Islam macam mana jika orang Islam tulinnya dah jadi minoriti!

Mintalah sahabat-sahabat saya yang pandai ilmu agama ini mengupas sikit isu yang saya bangkitkan ini. Tetapi saya pohon kalau boleh tulislah dengan ringkas dan tidak berbelit-belit supaya mudah bagi saya  memahaminya. Sementara itu saya nak bersiap-siap untuk bertemu rakan saya Marvin Lee pada tengah hari ini. Semalam saya dah ucapkan “Merry Christmas” pada beliau.


UnclearEngineer

Thursday, December 22, 2011

HASAN ALI, MENONGKAH ARUS DALAM POLITIK PAS?


Program Soal Jawab  TV3 pada malam khamis lalu  telah menjemput Dato Dr. Hassan Ali sebagai tetamu.  Saya lihat dalam fb saya ramai juga kawan-kawan yang menonton tapi masih belum ada yang memberikan sebarang ulasan mengenainya lagi. Pagi ini saya mahu tulis pasal wawancara tersebut termasuk tentang Dato Dr. Hassan Ali . Inilah dia pandangan dari kacamata saya sendiri…


Dato Dr. Hassan Ali memang mempunyai keintelektualan tersendiri. Cara beliau menjawab soalan pun amat berlainan.  Beliau memberikan jawapan bukan satu bahkan dari dua tiga sudut pandangan bagi soalan yang sama. Saya rasa dia telah benar-benar bersedia untuk di “grill” oleh pengacara, Dato Ahmad A. Talib  pada malam tadi.

Seperti biasa Dato Dr. Hasan Ali ini tampil dengan imej bahawa “aku hebat, aku yang buat itu dan ini”  walaupun dalam banyak situasi beliau cuba cakap berlapik. Memang itu gaya beliau dari dulu lagi semasa masih belum aktif dalam politik PAS lagi. Lihat sahaja video (http://youtu.be/Fe5jdf-D7ME) Dato Dr. Hassan Ali berucap di Shah Alam sebelum hari pengundian di PRU 12. Cuba kita kira berapa tawaran yang dia buat yang mampu dia laksanakan sehingga kini?

Amat memalukan bagi saya bagaimana seorang Islam yang kononnya mahu mempertahankan akidah umat Islam mampu berjanji perkara-perkara yang tidak boleh dia tunaikan. Sedangkan janji-janji itulah yang membuat jatuhnya sebuah pemerintahan yang sedia ada pada masa itu. Mana sifat zuhud, amanah, berkata benar, sabar yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin Islam? Kalau dia seorang pendakwah, apakah orang akan percaya lagi kepada beliau selepas melihat segala “janji-janji manis yang tak tertunai” yang dijanjikan kepada orang ramai?

MasyaAllah, betapa buruknya sifat orang Islam yang menjadi ahli parti Islam yang kononnya mahu mempertahankan Islam sebagai matlamat utama hidup. Berjanji perkara yang dia sendiri tahu tidak akan dapat dilaksanakan di depan khalayak ramai dengan bongkak dan sombongnya. Sudah tentu Islam sebagai agama yang benar akan terpalit kesuciannya jika pencinta agama ini tidak memperlihatkan akhlak seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Selepas melihat segala kejijikan perangai pemimpin politik yang konon memperjuangkan Islam, memang patutlah nama dan perkataan Islam itu tidak dibenarkan oleh kerajaan digunakan dalam mana-mana parti politik!


Ironis sekali apabila seorang dari bidang bukan agama seperti Dato Dr. Hassan Ali yang menghabiskan banyak masa  pengajian pasca siswazahnya di Amerika Syarikat merupakan penyokong kuat kepimpinan ulama dalam PAS. Ini telah beliau nyatakan dengan jelas malam tadi. Bahawa penyingkiran gulongan ulama dari kepimpinan Pas di peringkat Pusat dan kemunculan gulongan professional telah merobah lanskap dan hala tuju politik PAS. Mungkin betul pandangan beliau itu. Kalau tidak masakan PAS mampu bersengkokol dengan PKR yang nasioanalis dan DAP yang cuvanis serta anti Islam. Secara logiknya parti Islam “tulin” tidak akan buat begitu, tidak sekali-kali. Maka cairlah karakter Islam PAS menurut beliau.

Betul ke Dato Dr. Hassan Ali ini pro ulama? Semasa menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, berapa ramaikah gulongan ulama dalam PAS Selangor yang telah diberikan peluang untuk untuk bersama-sama mentadbir negeri? Rasa saya tak ada pun. Timbalan beliau dalam PAS Selangor juga seorang bukan dari gulongn ulama. Jadi mana buktinya Dato Dr Hassan Ali ini menyokong kepimpinan ulama? Inilah ironis yang saya katakan tadi. Dato Dr. Hassan Ali sebenarnya cakap lain tapi buat lain sama seperti kebanyakan pemimpin PAS yang lain!

Pada malam khamis tersebut, cakap beliau juga berbunga-bunga, berulang-ulang. Ini beliau lakukan dengan sedar bagi menguatkan lagi hujah beliau. Lihat sahaja kata-kata beliau mengenai isu jika Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya.

 “Kalau dapat menawan Putrajaya tapi kalau dalam kegembiraan itu, kalau air mata berderai-derai, tengok Islam entah di mana, tengok bangsa Melayu entah di mana, tengok institusi raja entah di mana. Saya rasa Dato, pekikan kita, kemenagan itu tidak banyak ertinya. Pekikan kita pekikan tapi hati saya menanggis mengenangkan Islam, mengenangkan bangsa Melayu, mengenangkan institusi raja Melayu tidak menjadi galang ganti kepada kemenangan itu, Dato.”

Huh, itulah ungkapan dari mulut Dato Dr. Hassan Ali sendiri yang sempat saya petik malam tersebut. Kepada Melayu tahap nasionalis paling tinggi, ayat dari Dato Dr. Hassan Ali itu pasti akan mencuit hati kecil mereka. Maka akan bertepuk tanganlah nasionalis-nasionalis ulung ini.

Antara kejayaan beliau sebagai Exco Negeri Selangor yang di sebut beliau adalah program mengimarahkan masjid-masjid di Selangor. Bahagian itu memang saya akui tetapi pengisian ceramah tersebut telah di gunakan oleh puak2 PAS sebagai pentas mereka menyebarkan dakyah poltik kepartian secara terang-terangan sehingga boleh memecahkan kariah. Itu yang saya amat tidak setuju. Bukan sahaja penceramah lain, bahkan beliau sendiri melakukannya walaupun beliau tahu mengenai perintah Sultan menghalang perbuatan tersebut. Ironis sekali lagi kerana beliau kononnya ingin mempertahankan institusi raja tapi sanggup pula melanggar perintah Sultan.

Bagi saya, Dato Dr. Hassan Ali adalah seorang yang pandai bermain kata-kata untuk menarik simpati orang ramai terhadap beliau. Keupayaan nya berpidato sungguh baik. Jika kena waktu dan tempat, boleh mengalahkan keupayaan berpidato DS Anwar Ibrahim sendiri.  Tapi kalau di fikir dalam dalam apa yang diucapkan, maka kita akan dapat banyak kecelaruan.

Apa pandangan saya terhadap Dato Dr. Hasan Ali selepas malam khamis lepas? Ikhlas, pandangan saya masih tidak berubah. Saya berharap orang-orang UMNO tidak terlalu ghairah dengan “lakonan” Dato Dr. Hassan Ali ini. Mungkinkah ini satu strategi pakar motivasi tersebut untuk memerangkap UMNO?

Sebagai penutup, saya teringat satu lagu lama nyanyian Ismail Kassim dan Nona Asiah (http://youtu.be/W1bERR7TYSY). Lagu ini semata-mata untuk hiburan tidak menyindir mana-mana insan sama ada yang hidup mahupun yang mati.

Lagu: Hasan dengan Hasnah

Hasan suka jaga lembu…..
Hari hari curi jambu……
Kalau nampak Tok Penghulu…….
Tentu engkau kena palu……..


UnclearEngineer

Nota: Apa yang saya tulisakan di atas adalah cetusan rasa dalam diri saya yang melihat betapa Islam telah dilacurkan sewenang-wenangnya oleh penganut dan pemimpin Islam itu sendiri. Kalau ada yang terasa pedih atas kritikan saya itu, saya mohon maaf banyak-banyak. Saya cuma berniat mahu menyedarkan. Salam.

Wednesday, December 21, 2011

LYNAS MAMPU MEMACU INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU, KATA SAINTIS.


LYNAS MAMPU MEMACU  INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU, KATA SAINTIS
Izinkan saya menarik perhatian pembaca kepada satu artikel yang tersiar dalam “the Malaysian Insider” bertarikh Disember 20, 2011 mengenai tajuk seperti di atas.

Logi pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi hijau di Malaysia, kata Akademi Sains Malaysia (ASM - http://www.akademisains.gov.my/). Jurucakap ASM, Datuk Dr. Lee Yee Cheong berkata nadir bumi ibarat “vitamin” bagi industri mesra alam dan Malaysia mempunyai peluang bagi membina industri hiliran hasil produk dari logi tersebut.

Persatuan Nuklear Malaysia (MNS - http://www.nuklearmalaysia.org/) sebagai persatuan tunggal yang mewakili saintis dan teknologis yang terlibat secara langsung dalam teknologi nuklear di Malaysia amat menyambut baik pandangan yang telah diberikan oleh Datuk Dr. Lee Yee Cheong tersebut. Bagi MNS, pemprosesan nadir bumi membawa menafaat yang amat besar kepada industri pembuatan produk hiliran negara selain dari menjadi sumber pengaliran masuk pelaburan langsung dari luar negara. Dengan adanya bahan mentah nadir bumi yang di hasilkan di Malaysia, kita boleh pula membangunkan industri pembuatan yang akan menghasilkan produk, peralatan serta mesin teknologi canggih yang bergantung kepada bahan ini.

MNS juga setuju supaya kaedah yang lebih teratur di ambil dalam menangani penentangan awam terhadap projek seperti projek Lynas. Kerajaan Malaysia harus mengambil langkah yang lebih proaktif sebelum membuat keputusan membenarkan industri sebegini di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya penentangan awam setelah projek bermula kemudiannya.

Rakyat, terutama yang berada di sekeliling tapak logi perlu dibawa berunding terlebih dahulu. Penerangan yang mencukupi dan lengkap mengenai industri ini perlu diberikan dari segi kebaikan terhadap pembangunan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan kesuburan aktiviti  ekonomi tempatan. Semua ini perlu di perincikan dan dibentangkan. Kalau boleh, industri sebegini perlu dibina jauh dari kawasan penempatan awam bagi mengelakkan tuduhan yang mungkin akan menakutkan penduduk tempatan dari jurucakap-jurucakap persatuan perlindungan alam sekitar.

Ahli politik juga mesti sedar dengan tanggungjawab bagi memberikan maklumant yang benar dan tepat bagi sesuatu projek. Jika ia melibatkan teknologi tinggi, pandangan dari para saintis dan teknologis tempatan perlu di ambilkira. Pandangan dari ASM dan juga MNS (jika ianya melibatkan teknologi nuklear) adalah amat releven sekali. Tindakan perlu berlandaskan fakta bukan “hearsay”. Malaysia tidak akan mampu mencapai sasaran Wawasan 2020 nya jika kita menolak pengenalan sebarang teknologi baru yang canggih di negara ini atas sebab-sebab yang tidak tepat.  Selagi teknologi tersebut membawa lebih banyak menafaat dari keburukan sejajar dengan “cost benefit analysis”, maka keputusan segera perlu diambil bagi membenarkan pengenalan teknologi tersebut di sini.

Akhir sekali, MNS merasakan pandangan ASM mengenai isu Lynas ini amatlah tepat dan kena pada masanya.

Sekian.


Yaziz Yunus
Pengarah, Komunikasi
Persatuan Nuklear Malaysia (MNS)

Tuesday, December 20, 2011

INDUSTRI RUMPAI LAUT, INDUSTRI TERBAHARU SABAH

Aku hilang 4 hari pada minggu lepas kerana pergi ke Semporna, Sabah. Tujuan ke sana, pertama kerana memenuhi  tugasan satu projek untuk kajian teknoekonomi yang ditaja oleh sebuah agensi kerajaan.  Kedua, untuk melihat sendiri bumi Sabah yang di katakan penuh dengan keindahan projek ekopelancungannya samada di bumi dan laut sekitarnya.

Dulu aku pernah membaca tentang perusahaan pemeliharaan rumpai laut yang begitu popular di bahagian laut sekitar Filipina Selatan, Sabah dan juga kepulauan Indonesia yang berdekatan. Katanya industri ini amat sesuai dibangunkan di kawasan sekitar Sabah ini kerana kualiti air dan alam semula jadi nya mampu menghasilkan rumpai laut yang berkualiti tinggi.


Sempat bertemu dan berbincang dengan Prof Madya Dr. Suhaimi Md. Yasir, penyelidik dari Sekolah Sains & Teknologi, Universiti Malaysia Sabah di Lapangan Terbang Tawau. Beliau dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Bekas pelajar sekolah Menengah Teknik, Seremban, beliau berasal dari Perak. Dr. Suhaimi ini merupakan pensyarah UMS yang telah berperanan sebagai koordinator bagi membangunkan industri ini di sekitar laut kawasan Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Kota Belud. Menurut Dr. Suhaiami, beliau juga terlibat dengan projek serupa di Pulau Langkawi tetapi kawasan perairan Sabah ini lebih sesuai untuk di bangunkan industri ini secara besar-besaran.

Kata Dr. Suhaimi lagi, industri rumpai laut ini amat lumayan hasilnya. Pulangan dari pelaburan akan dapat diraih hanya dalam masa 2 tahun. Ini bermakna jika kita misalnya melabur RM 2 juta, kita akan mendapat balik modal kita ini dalam masa 2 tahun sahaja dan selepas itu kita mampu mengaut keuntungan saban tahun (setelah di tolak kos operasi).


Apa sebenarnya rumpai laut ini? Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh), nama tempatan Agar-Agar. Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. Rumpai laut ini sesuai diusahakan di kawasan laut yang  terlindung, dengan ketinggian ombak antara 1-2 kaki, saliniti air laut antara 30-35 ppm, kualiti air yang baik/jernih dengan dasar laut berpasir dan berbatu karang. Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan. Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam industri pembuatan cat, shampo,dakwat, tekstail, penyembur serangga, agen pembersih, sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan, sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan,  industri farmasiutikal (pengikat ubat-ubatan), bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan. Paling besar produk rumpai laut ini digunakan dalam industri makanan sebagai bahan pengikat (food binder) contoh dalam industri pembuatan burger, ais krim dan banyak lagi. Disebabkan produk ini bahan semula jadi, amat sesuai untuk industri penghasilan makanan halal.


Saya dan rakan pasukan berpeluang untuk melihat sendiri kawasan pemeliharan rumpai laut ini di persekitaran laut berdekatan  Semporna Sabah dengan menyewa boat. Setelah hampir 30 minit merendah laut, kami bertemu dengan satu kawasan yang terdapat banyak kelong/pelantar. Kebanyakan pelantar di sini yang mengusahakan rumpai laut menggunakan kaedah rawai (tangsi dan pelampung dari botol plastik kosong, paling popular digunakan) pada ke dalaman 2 – 5 meter bagi menghasilkan rumpai laut, di tuai dan dikeringkan di atas pelantar sebelum di bungkus untuk di proses seterusnya di bandar Semporna mahupun Tawau.



Pelantar-pelantar ini di diami oleh keluarga dari suku nomadik Bajau Laut. Kehidupan seharaian mereka anak beranak berlegar di atas pelantar yang luasnya ibarat sekangkang kera ini. Anak-anak pekerja pelantar ini makan, minum, bermain dan segala nika aktiviti kehidupan seharian mereka dilakukan di atas pelantar ini. Terdapat juga set TV dan radio sebagai alat untuk berhibur bagi yang berkemampuan. Kedaifan dan kemiskinan terserlah ditengah industri yang dikatakan amat menguntungkan ini. Sekolah? Saya rasa semua anak-anak ini tidak bersekolah. Apakah kerana mereka orang nomadik laut yang tidak berwarganegara membuatkan mereka tidak layak di bantu? Saya amat berharap Dato Shafie Afdal, MP Semporna akan dapat berbuat sesuatu.

Saya meninggalkan Hotel Seafest, Semporna dengan seribu kenangan dan kesyukuran. Syukur kerana saya masih mampu menimba ilmu dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru. Yang paling aku bersyukur sekali kerana aku tidak di lahirkan sebagai anak-anak Bajau Laut di perairan Semporna ini. Sedih juga melihat kemiskinan yang masih ketara di bumi bertuah ini.

Unclearengineer.

Thursday, December 15, 2011

KES SI ANU. APA HAL DENGAN POLAND PULAK NI?

Orang ramai di mahkamah semalam dikejutkan dengan kehadiran ramai wakil kedutaan asing yang menemani Anwar Ibrahim bagi menjalani perbicaraan kes liwatnya. Antara wakil dari kedutaan asing yang kelihatan termasuklah dari Poland, Kanada dan sudah tentu sahaja Amerika Syarikat, polis antarabangsa bagi seantero dunia.

Aku bukan loyar buruk jadi aku tak mahu nak komen tentang perjalanan kes yang sedang berlaku sekarang. Biarlah peguambela tertuduh dan peguamcara buat kerja masing-masing. Yang aku nak komen pasal kaki sebok ni.


Apa sebenarnya yang negara-negara ini nak tunjuk dengan menemani tertuduh. Bagi menakutkan hakim dengan memberi isyarat tidak langsung bahawa “kau baik lepaskan dia sebab dia sahabat aku”? Ini dah kes masuk campur dalam urusan badan kehakiman di Malaysia. Kalau ia pun tertuduh merupakan kawan ketua polis dunia, tak boleh kah negara ini lihat sahaja perjalanan perbicaraan ini secara jauh tanpa terlibat sehingga begitu rupa. Bila kes dah selesai dan keputusan di buat, boleh sahaja merekamereka ini buat komen dan menyuarakan bantahan. Tak boleh ke? Tak boleh Dol, ini kawan aku dan proksi aku. Mana boleh dia di dapati bersalah? Kan ini “clear case” cuba mempengaruhi keputusan mahkamah.

Bukan sekarang, sejak dulu lagi aku sudah paham tentang kes ini. Tinggal lagi aku masih ragu-ragu tentang tanggapan tersebut dan perlu melihat segala bukti yang dapat mengukuhkan tanggapan aku itu. Sekarang aku sudah benar-benar faham. FAHAM SEFAHAM-FAHAMNYA.

·  Kenapa pihak mahkamah dilihat umpama memberikan “muka” berlebihan kepada kepentingan tertuduh dan tidak kepada kepentingan pengadu?
·  Kenapa Pakatan Pembangkang memberikan sokongan yang padu kepada tertuduh sehingga keluar kenyataan dari salah seorang pemimpin kanan blok pembangkang bahawa si tertuduh akan tetap dilantik sebagai PM jika mereka berjaya merampas Putrajaya nanti?
·  Kenapa ada sesetengah negara sakit hati dengan Malaysia kerana sokongan berterusan Malaysia terhadap isu melibatkan Islam di dunia? Contoh, isu Palestin.
·  Kenapa ada kumpulan dalam PAS yang bersungguh-sungguh mahukan sokongan orang Islam dan Melayu terus teguh kepada Ketua Umum ini dan seterusnya kepada matlamat bagi menumbangkan “beend”?
·  Kenapa pemimpin PKR bersungguh-sungguh mempertahankan “Ketua Umum yang tak dilantik secara pemilihan” mereka?
·  Kenapa, kenapa dan banyak lagi kenapa.

Semua ini bersangkut kait, Beb. Semuanya kerana ada manusia di dalam dan luar negara ini yang dah jemu dengan antik sebuah parti yang telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun. Kata orang dalam, perikatan yang dinamakan “beend” ini patut dikalahkan bagi menyusun semula masyarakat di Malaysia dengan lebih adil dan saksama (adil dan saksama untuk siapa agaknya…). Kata orang luar pula, Malaysians should be taught who is the boss. When I say A about Palestine. You have no choice but to say A too. Masaalah Malaysia sekarang ialah dakyah yang memburuk-buruk sistem di Malaysia yang di buat sekian lama oleh rakyat Malaysia sendiri sudah hampir menampakkan kejayaan. Orang luar dah tak nampak kebaikan kita lagi. Orang luar hanya nampak akan segala keburukan kita sahaja. Contoh seperti hubungan kita dengan Indonesia.


Jadi kesimpulannya Malaysia perlu dipulihkan sebagai sebuah negara yang berpaksikan meritokrasi bukan “kasi-kasi”. Dan siapakah di antara pemimpin politik Malaysia yang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan ini? Jen, jeng, jeng……….. tuan2 dan puan2 fikirlah sendiri. Itu sebablah wakil Poland, Kanada dan AS ada kat mahkamah semalam. Depa dah lama kagum dengan keupayan sesaorang di Malaysia ni?

By the way, Poland who? Bekas negara komunis ni kenapa nak tompang semangkuk pula ni? Negara sendiri pun tak terurus nak masuk campur hal Malaysia. Pembodek Amerika Syarikatlah tu! Kesimpulan saya senang. Ada telinga kita dengar. Ada mata kita lihat dan ada otak kita fikir. Jadi, jangan sia-siakan undi anda dalam PRU 13 nanti.

UnclearEngineer

Wednesday, December 14, 2011

USTAZ POLITIK DAN AHLI FIZIK DI CERN, GENEVA.

Di beritakan dalam akhbar bahawa sekumpulan ahli fizik di CERN, Geneva Switzerland di katakan telah menjumpai bukti tentang keujudan “subparticle” yang di panggil sebagai Higgs boson. Higgs boson ini dipercayai memainkan peranan penting dalam pembentukan alam maya ini sejurus sahaja kejadian letupan paling mahabesar yang di kenali sebagai “Big Bang” yang berlaku 13.7 billion tahun yang lampau.

Apa pula halnya abang atom kita ni cerita pasal boson pulak pagi ni? Sebenarnya aku nak bagi tahu aku tak ambil pusing sangat pun pasal bidang “subparticle”  fizik ni. Masa di universiti dulu pun aku memang tak boleh masuk dengan bidang fizik sebegini. Bagi aku sebagai mahasiswa kejuruteraan, aku boleh faham belajar sampai tahap mengenali electron, neutron dan proton sahaja. Yang lebih kecil dari ni, pion, meon, boson, bosin ke, biar sahaja ahli fizik yang ambil kesah. Sifu dan x-boss aku, Prof Dato Dr. Sukiman Sarmani yang baru-baru ni dapat anugerah dari Institut Kimia Malaysia ataupun Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Presiden Akademi Sains Malaysia antara mereka yang mungkin boleh faham ilmu sebegini.

Mungkin juga aku nak bagi tahu kat “pakar-pakar” yang suka bagi ceramah kat masjid dan surau bahawa dalam dunia ini sebenarnya banyak lagi bidang ilmu yang pelik-pelik yang mampu di pelajari dan di fahami oleh orang lain. Jadi jangan anggap diri seorang sahaja yang pandai bila dah lulus dalam bidang usuluddin ke, undang-undang Islam ke, pengajian hadith ke. Itu belum lagi mereka-mereka yang konon “born again Muslim”. Yang tiba-tiba tersedar dari lamunan masa lampau dan setelah tamat membaca sebuah dua kitab lama terus sahaja menganggap diri dah jadi “pakar”. Kata begitu begini macam dialah orang paling hebat dan punya ilmu paling tinggi. Buat tafsir Al Quran menurut kepentingan politik sendiri sahaja. Buat fatwa yang entah apa-apa sehingga menyebabkan orang jadi konfius dan akhirnya mungkin boleh buat makmun jadi gila dan mereng otak.

Sedarlah ilmu yang kita ada ni hanya ibarat sebutir pasir di gurun yang luas. Dan yang paling penting, jaga adab bila berceramah. Jangan cakap perkataan kasar yang akan menyinggung hati para pendengar walaupun ianya di gemari oleh sebahagian dari pendengar lain.

Akhir sekali, apa kena mengena dengan tajuk posting saya tentang ustaz politik dan ahli fizik di CERN? Ada antara kita yang setiap hari bercakap benda yang sama sejak beratus tahun sedangkan ada manusia lain di dunia ini yang sentiasa mencari pengetahun terbaharu dan terkini. Patutlah depa makin maju dan kita dok kat takok lama juga. Nasib baik masih duduk kata takok lama, kalau undur terus ke belakang lagi niaya.

UnclearEngineer

Tuesday, December 13, 2011

PENYINARAN MAKANAN, BAHAYA MACAM KILANG LYNAS KE?


Teknologi sinaran merupakan satu teknologi yang akan menarik banyak respon negatif dari pembaca. Lets face it. Many people, politicians included will get excited on the wrong side of the issue.  Jadi kita akan mendengar suara-suara penentangan  dari kumpulan “Pakar Lynas” seperti YB Fauziah dan gengnya. Sebagai masyarakat yang ingin melangkah ke era negara maju tak lama lagi, isu ini perlu di ketengahkan secara rasional. Mari kita dengar pendapat dari kedua-dua belah pihak tentang merit teknologi ini dengan membincangkan fakta bukannya persepsi yang sengaja di buat-buat. Di bawah ini saya poskan satu petikan dari iiA Newsletter. International Irradiation Association (iiA) merupakan persatuan industri yang berjuang bagi memperbaiki imej industri pemprosesan menggunakan sinaran di seluruh dunia. Saya bertuah kerana pernah menjadi wakil sebuah syarikat dari Malaysia yang menjadi ahli aktif persatuan ini.  Selamat membaca.
Unclearengineer
-------------------------------------------------------------------
In this excellent video, http://youtu.be/087JTrlRUfk , John Stossel investigates food irradiation as a means to prevent 5,000 deaths in the US annually. The video reinforces the message that food irradiation is a safe, well-established technology. He clearly explains how anti-irradiation activists are "scaring people stupid about something that would save lives" and effectively counteracts the false claims made by the activists.
An estimated 48 million Americans are affected with a food-borne illness each year. In Canada, approximately 11 million people are affected - that is one in three. The 2011 outbreak of Escherichia coli O101:H4 in Germany was attributable to contaminated sprouts and caused widespread illness with a high rate of hemolytic-uremic syndrome (HUS) with a total of 3,816 cases of infection, including 54 deaths. Unknown is the global burden of foodborne diseases and its impact.
Why is irradiation not being used more? The science is sound. The technology is proven. The total volume of irradiated foods has double in the past five years to 409,000 metric tonnes of irradiated food. Of which, an estimated 80% is sold directly to consumers and is clearly labelled as irradiated. Consumer acceptance is not an issue.
However, some governments are still reluctant to take effective measures to protect their populations from foodborne pathogens and health hazards on the dinner plate. In part, this is due to allowing statements from activists to be confused with broader public opinion and perceived concern over consumer acceptance of irradiated foods.
All of us have the responsibility to elevate the discussion of food irradiation and share the facts. The video concludes with the American Council on Science and Health, making the point we should be getting rid of the unnecessary causes of death that are easy to take care of and food irradiation could help do that.
-----------------------------------
John Stossel is a well-known, award winning North American reporter that uses a science-based approach to challenge misinformation in a manner that helps the layperson understand technical issues.

Saturday, December 10, 2011

SBPA – SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Satu transformasi besar bakal melanda perkhidmatan awam di Malaysia. Nampaknya pertadbiran DS Najib begitu bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan besar dalam sistem pentadbiran negara. This is really BIG, no body dare to touch this aspect of the government machinary before. Tabik spring aku sebab DS Najib berani untuk membuat satu perubahan besar.


Nak tahu apa isu paling hangat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan pada masa ini? Isu sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semua kakitangan kerajaan sedang bercakap tentang ini. Nampaknya kebanyakan kenalan yang saya temui memandang ini sebagai satu perubahan positif. Sungguh hebat beb. Dalam SBPA baru ni, kerajaan bertekat mengadakan satu perubahan besar bagi menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai “catalyst” kepada lonjakan pembangunan negara.

SBPA  ini menjanjikan kenaikan gaji baru yang sungguh lumayan. Lumayan macam mana? Sebagai contoh, maksimum gaji JUSA C akan naik dari RM12,000 ke RM17,000 sebulan. Dicampur dengan elaun keraian, elaun kereta dan minyak, elaun kritikal dan lain-lain elaun akan menjadikan jumlah lebih RM20,000 sebulan. Saya buat perbadingan dengan pegawai JUSA C ni kerana ramai kawan-kawan yang bercerita pasal SBPA ni semuanya dah dalam kategori ini. Kata mereka, gaji bersih Ketua Setiusaha Negara (KSN) akan melambong ke sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan. Ada kawan saya yang pencen JUSA B pada usia 56 tahun dan kemudian di ambil bekerja sebagai professor di IPTA tempatan. Berapa agaknya “take home pay” dia?

Sebagai timbal balik, kakitangan kerajaan perlu lebih produktif. Yang dah jadi “kayu mati” tu bersiap sedialah untuk di VSSkan. Selama ini tidak siapa yang terfikir untuk membuat perubahan sebesar ini. The key word  dalam isu ini adalah “merampingkan perkhidmatan awam” bukan macam apa yang di sarankan oleh YB Tony Pua dari DAP “mengecilkan perkhidmatan awam”. Tapi sebenarnya bagi aku “meramping” ke atau “mengecil” ke, sama sahaja. Kedua-dua nya mahu menjadikan perkhidmatan awam lebih efisien. Tapi DS Najib lebih jauh kehadapan sebab dia sudah ada cara bagaimana mahu menjadikan ideanya itu menjadi satu kenyataan. Sedangan YB Tony Pua masih dalam tahap “cakap-cakap politik”. Mungkin kerja-kerja “meramping” ni nampak lebih berperikemanusiaan.

Kakitangan kerajaan yang berprestatsi rendah, yang suka ponteng, berborak kosong masa kerja ataupun yang suka pergi dengar ceramah politik sampai tak cukup tidor dan mengantuk keesokan harinya di pejabat, awas kerana hari anda sebagai kakitangan kerajaan mungkin akan sampai ke penghujung tak lama lagi!  Jangan ada yang tuduh kerajaan zalim pula. Anda telahpun di berikan amaran. Sebagai pembayar cukai, kita amat berharap sistem SBPA ini kan dapat mengurangkan kerenah birokrasi, perkhidmatan kerajaan menjadi lebih cekap dan menghapuskan para perasuah dan “pengutip komisyen” di kementerian-kementerian. Tarikh berkuatkuasa SBPA adalah I hb. Januari 2012. Kepada orang awam lain, bersedialah kerana harga barangan akan naik selepas tarikh ini. Duit tambahan beratus juta ni akan mengalir terus ke dalam ekonomi negara.

Senario politik semasa sudah banyak berubah dan orang Melayu tidak lagi boleh menganggap perkhidmatan awam sebagai “the employer of the last resort”. Wahai bakal graduan-graduan Melayu, bersedialah untuk bersaing di sektor swasta pula. Jangan salahkan kerajaan jika kamu masih tidak bersedia!

Teringat saya kepada Ahli Parlimen pembangkang yang menolak tawaran bajet untuk kenaikan elaun tak lama dulu. Menangislah ahli Parlimen ni bila tahu  jumlah kuantum kenaikan gaji baru ni. Elaun MP akan jadi macam “kacang putih” jika di bandingkan dengan pegawai kerajaan peringkat JUSA. Teramat jauh bezanya. Mungkin tak ada lagi pegawai kanan kerajaan yang berminat nak masuk politik dan jadi wakil rakyat selepas ni.

Bayaran RM100 bantuan persekolahan bagi setiap murid, sudah. Bayaran RM 500.00 bagi setiap warganegara berpendapatan di bawah RM3,000 sedang berjalan. SBPA pula akan mula berkuatkuasa 1 hb. Januari 2012. Nampaknya pilihanraya memang dah nak hampir berlaku. Bersiap sedialah mika!

UnclearEngineer

Friday, December 2, 2011

SURAT TERBUKA UNTUK HISHAMUDDIN RAIS

Salam Saudara Hishamuddin

Baru tadi saya membaca blog saudara di www.tukartiub.blogspot.com. Saudara telah menulis tentang isu yang hangat pada masa ini dalam tajuk “Lembu Shahrizat Lembu NFC:“. Saya telah menulis ulasan ringkas di blog saudara mengenai tulisan saudara itu tapi saya tak yakin bahawa ulasan tersebut akan sampai ke tangan saudara. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk menulis di blog saya ini dengan harapan ada sahabat yang akan dapat memanjangkan komen panjang lebar saya ini kepada saudara akhirnya.

Pertama kali saya melihat kelibat saudara secara fizikal adalah pada 3 Disember 1974. Saya masih ingat lagi pada hari tersebut ribuan mahasiswa sedang mencari perlindungan di Masjid Negara setelah perhimpunan tanpa permit kami diganggu oleh FRU. Saudara nampak segak, berjanggut dan berjambang dengan “trademark” memakai topi beret ala Che Guevera. 3 hb. Disember 1974 menjadi satu sejarah dalam pergerakan mahsiswa di Malaysia apabila ribuan mahasiswa telah bangun untuk menyatakan suara hati rakyat yang merasa tersepit dalam kemiskinan terutama rakyat di Baling, Kedah.


Sebelum peristiwa 3 Disember tersebut saya sebenarnya telah beberpa kali membaca di akhbar tentang kegiatan saudara dan ahli kumpulan saudara dari Kelab Sosialis Universiti Malaya. Saudara sentisa di hadapan dalam mempertahankan hak mereka-mereka yang merasa tertindas. Peneroka tanah haram kerajaan, setinggan yang mempertahankan rumah-rumah mereka yang bakal diranapkan atas alasan untuk membina projek pembangunan. Nama-nama seperti Hamid Tuah dan pengikut-pengikutnya di Telok Gong adalah sekadar nama yang masih saya ingat. Ramai lagi sebenarnya.

Antara perkara lain yang membuatkan saya merasa lebih dekat dengan saudara pada masa itu adalah kesamaan latar belakang kita. Saudara seperti juga saya merupakan seorang anak anggota polis yang masih berkhidmat dan orang “nogori”. Saudara orang Jelebu dan saya pula berasal dari Kuala Pilah. Nasib baik saya tak masuk UM, kalau tidak mungkin saya akan menjadi ahli Kelab sosialis UM yang amat saya kagumi itu. Untuk makluman saudara, semasa demonstrasi 3 Disember 1974 saya merupakan seorang anak muda berusia 19 tahun yang baru masuk tahun pertama di ITK, Jalan Gurney (kemudianya di tukar nama menjadi UTM).  Sebab tak ada kelab sosialis di UTM maka saya telah bergerak aktif dalam kumpulan dakwah dan PMIUTM semasa di kampus.

Berbalik kepada pertemuan pertama dengan saudara di Masjid Negara. Saudara mundar mandir di perkarangan Masjid Negara dengan “loud hailer” yang tersangkut di bahu. Sekali sekala saudara meneriakkan sesuatu melalui “loud hailer” saudara. “Saudara, saudara…. komrad-komrad sekelian…….” pekik suara saudara. Ucapan saudara semasa saudara bercakap amat confident sekali. Setiap bait perkataan yang keluar jelas dapat saya dengar. Hebat sungguh manusia kerdil berjambang ni kata hati saya. Selepas saya masuk ke dalam masjid, saya tidak lagi melihat kelibat saudara sehinggalah saya dan ratusan penunjuk perasaan di tangkap polis dan dibebaskan dari tahanan polis kemudiannya.


Beberapa pemimpin belia dan mahasiswa telah ditahan pihak berkuasa termasuklah saudara Anwar sendiri. Tapi nama saudara tidak ada dalam senarai. Ke mana perginya manusia kerdil pejuang sosialis yang saya kagumi itu? Pada mulanya saya bersyukur kerana saudara mungkin terlepas dari ditangkap pihak berkuasa. Kemudiannya saya terkejut apabila di maklumkan bahawa saudara telah berjaya di seludup lari keluar dari Malaysia. Mana mungkin kata hati saya seorang pejuang rakyat lari macam tikus mondok kerana takut di tahan ISA! Tapi itulah realitinya bahawa saudara Hishamuddin Rais, pejuang rakyat yang tertindas kononnya, takut makan nasi percuma di Pusat Tahanan Taiping. Itu pengajaran pertama saya dalam politik. Jangan percaya sangat pada pemimpin yang berdegar-degar bercakap pasal perjuangan tapi bila sampai masa genting merekalah yang akan lari dulu dan meninggalkan pengikut menghadapi tindakbalas pihak berkuasa. Pemimpin-pemimpin ini mungkin ada sebab berbuat begitu tapi bagi saya mereka masih pemimpin bacul.

Saya juga pernah membaca kisah yang saudara tulis semasa di perantauan. Dari cerita semasa bermastautin di Australia sehingga pengalaman saudara di Beirut, Lebanon. Saya masih meminati cerita tentang diri saudara. Akhirnya saudara di benarkan kembali ke Malaysia. Saya lupa pada tahun berapa. Saya masih cuba membaca apakah tindakan selanjut saudara di Malaysia. Saya amat berharap saudara akan kembali terjun ke arena politik. Tambahan pula ramai dari mahasiswa era 1974 ini telah menjadi orang penting politik negara. Ramai yang dah jadi pemimpin parti-parti politik dalam parti pemerintah mahupun pembangkang. Ada yang dah menjadi menteri penuh bahkan ada yang telah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Saya juga pernah mendengar saudara bercakap selepas saudara kembali ke tanah air. Maaf kalau saya katakan bahawa Hishamuddin Rais yang saya kenali secara jauh dahulu bukan serupa dengan Hishamuddin Rais yang sedang bercakap sekarang. Karisma saudara telah lama hilang rupanya. Hilang dek terlalu lama berada dan hidup di negeri orang. Pergi semua sifat kenfident yang saya lihat dahulu. Yang ada hanyalah seorang manusia berumur, yang masih berjambang dan berjanggut tetapi terkeliru dalam perjuangan politiknya. Jangan marah dengan saya kerana berkata begitu, saudara. Itulah pandangan ikhlas dari saya tentang saudara sekarang.

Kembali kepada tulisan saudara “Lembu Shahrizat Lembu NFC:“ dalam blog Tukar Tiub saudara. Amat menyedihkan, kerana itu sahaja yang dapat saudara tuliskan mengenai isu NFC dan DS Shahrizat. Tidak ada apa yang membina dapat saya baca dari tulisan tersebut. Saudara bernada sarkastik dan menghampiri kelucahan. Saya juga pernah membaca tentang DS Shahrizat ini merupakan rakan sekampus saudara semasa di UM. Sampai hati saudara menulis begitu rupa terhadap DS Shaharizat. Membaca tulisan saudara dan mengetahui latarbelakang saudara, saya amat berharap saudara akan mampu menulis lebih baik dari itu. Sayang seorang manusia yang punya potensi besar hampir 35 tahun yang lampau hanya mampu menjadi pengkritik murahan dengan tulisan yang tak mampu menyumbang apa-apa terhadap perkembangan minda mahupun politik sihat dalam negara.

Tanpa kita sedari Saudara Hishamuddin, kita telah menghampiri usia emas. Marilah kita bersama-sama sebelum tercabutnya nyawa dari badan untuk menyumbang secara positif terhadap negara ini. Kita tinggalkanlah aktiviti yang sia-sia yang tak akan menyumbang apa-apa. Lupakanlah pengalaman negatif masa lalu. Biarkan sahaja generasi muda yang meneruskan perjuangan yang pernah kita pikul di masa lampau.

Salam ikhlas, Saudara. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa masa lalu kita. Amin.

Yang benar

UnclearEngineer

PS: Saya mengalami kesukaran untuk masuk ke blog Tukar Tiub bagi kali kedua pagi ini. Apa masaalahnya saya tak tahu. Untuk makluman.