Wednesday, December 28, 2011

DAP CUBA MENGODA VETEREN UMNO BAGI MEMIKAT ORANG MELAYU.

DAP has approached several Malay figures including at least two Umno veterans in a bid to reverse eroding support from the community after repeated accusations of being anti-Malay from the ruling party. The Malaysian Insider understands that influential bloggers Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, who is also former Pulau Manis assemblyman and Aspan Alias, a Negri Sembilan Umno veteran, have been invited by DAP to join its ranks, with a view to contest in the next general elections.
---------------------------

Sedarkah orang Melayu ini apa yang sedang dilakukannya?
Tetapi ini Melayu PAS  bukan Melayu UMNO
Terdesak betul DAP ni. Apa dia orang fikir bahawa dengan membawa masuk Datuk Mohd Ariff Sabri seorang bekas ADUN BN dari Pahang dan Aspan Alias, veteran UMNO dari Kuala Pilah ke dalam DAP maka orang Melayu akan balik bersimpati dengan mereka? Memang Datuk Mohd Ariff dengan menggunakan nama Sakmongkol AK47 merupakan seorang blogger yang amat produktif, yang selalu nya menulis secara kritikal jika ianya melibatkan UMNO, BN dan kerajaan. Beliau juga menulis secara rutin dalam Malaysiakini. Khalayak yang membaca blog beliau adalah mereka-mereka yang berpendidikan Inggeris kerana isu yang di bawanya kadang-kadang tidaklah  menarik sangat minat Melayu di kampong-kampong. Saya di antara peminat setia pembaca blog beliau. Saya akui, bahasa Inggerisnya “excelient”. Katanya beliau pernah dilantik  jadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, bahagian DS Najib sendiri.
Aspan Alias who? Bagi mereka yang di luar Negeri Sembilan, Aspan Alias merupakan seorang veteran UMNO yang kurang di kenali. Semasa bergerak dalam UMNO Kuala Pilah sendiri pun dulu beliau bukanlah pemimpin bahagian yang di segani sangat. Zaman saya  aktif sebagai Ketua Cawangan di Kuala Pilah di awal 1990am dulu, saya pernah juga  mendengar cerita serba sedikit mengenai Aspan Alias ini dari bapa saudara saya, Allahyarham Haji Anuar Uban. Saya difahamkan bahawa Aspan mula menonjol dalam UMNO Kuala Pilah sebagai jurucakap kepada PNB dalam mengalakkan  orang-orang Melayu di Negeri Sembilan melabur dalam dalam Skim ASN. Mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim bekas CEO, PNB lebih mengenali siapa dia Aspan Alias ini. Jadi bagi saya Aspan ni seorang nasionalis dan tak mungkin seorang nasionalis Melayu seperti dia mahu masuk DAP! Tapi tak tahulah bagaimana hati beliau sekarang. Ada juga orang kata, Aspan Alias ni penyokong kuat Tengku Razaleigh.
Bercerita tentang Datuk Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias, teringat akan saya kat Roslan Kassim.  Pada tahun 1994 saya pernah menghadiri kursus BTN di Langkawi yang antara lain cuba mempromosi Roslan Kassim sebagai tokoh muda UMNO Negeri Sembilan. Dia pada masa tu diwar-warkan sebagai bakal “Menteri Besar Negeri Sembilan” selepas Dato Isa Samad (sekarang Tan Sri).  Memang berapi ucapannya dan seorang lagi pemimpin muda UMNO yang sedang meningkat dari Pahang, Suhaimi Ibrahim. Dato Suhaimi sekarang ini adalah Setpol DS Shahrizat.
Roslan Kassim semasa dalam Parti Keadilan dulu pernah berkempen di Sungai Buaya dalam PRU 2004. Saya ada di situ mendengar ceramah beliau. Wah bukan main melangit pujian beliau pada DAP.  Sampai sanggup mengajak orang Melayu di Sg. Buaya turut menerima DAP, rakan sekatil dan sebantal parti keadilan pada masa itu. Memang terkejut beruk saya. Seorang nasionalis, bekas orang pemimpin muda UMNO berkata begitu.  Setelah beliau masuk balik semula ke dalam UMNO, saya ada bertemu beliau di sebuah hotel di Shah Alam dan cuba mengungkit tentang ceramah di Sungi Buaya tersebut. Nampak Beliau macam kurang senang. Tapi apa yag saya nak cakap, jika kita nasionalis tulin, kita tak akan berpaling tadah dengan menjadi ahli DAP. Sekarang di mana Roslan Kassim? Dia dah jadi Ketua Penerangan PERKASA, sebuah pertubuhan ultra nasioanalis Melayu. Beliau telah berputar kembali 360 darjah ke akar Melayu beliau. Mungkin beliau mahu menebus dosa-dosa beliau  mengkhianati UMNO dulu.
Bagi saya, orang Melayu yang pernah aktif dalam UMNO dan kemudian sanggup masuk DAP, boleh kita anggap sahaja sebagai sudah buang tabiat. Tak tahulah apa yang dah di janjikan atau kerana amarahnya dengan UMNO terlalu  kuat sehingga sanggup untuk membantu  musuh politik UMNO sendiri.
Walauapa pun, saya ingin ucapkan yang terbaik kepada kedua-dua Datuk Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias jika mereka sudah  benar-benar fikir habis nak masuk DAP. Tiada akan menjadi kudis kepada UMNO atas tidakan kedua-duanya. Sebagaimana bila Tunku Aziz, bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia  apabila di lantik sebagai Naib Presiden DAP dulu. Apa dan jadi dengan Tunku Aziz ni? Banyak ke orang Melayu berbodong-bondong masuk DAP selepas DAP berjaya menarik Tunku ini? Jawabnya yilek.
DAP berangan di siang harilah nampaknya jika Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh ingat orang Melayu ini akan dengan mudah melacurkan masadepan bangsanya di Malaysia. Kamu boleh cuba dan terus mencuba, tapi insyaAllah semuanya akan gagal. Selamat mencuba DAP!

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.