Sunday, December 25, 2011

SATU KOMENTAR UNTUK BLOG MINDA INTELEK MELAYU.

Dr MIM,

Izinkan saya merujuk kepada tajuk dalam blog saudara “ KANTOI, DAP Lim Guan Eng Kaki Goreng!”.  Saya penyokong kuat Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula berkuatkuasa tidak lama lagi. Saya adalah bekas seorang pegawai kerajaan (hampir 15 tahun). Saya juga penyokong tegar UMNO/BN dan pembaca setia blog saudara.

Saya rasa komentar saudara mengenai saranan LGE untuk umur persaraan kakitangan swasta dilanjutkan ke 60 tahun amat kurang tepat. Saya tidak nampak sebarang anomali saranan LGE tersebut dengan apa yang di buat oleh kerajaan bagi kakitangan kerajaan sekarang. Saya juga tidak melihat sebarang kelainan di antara SBPA dan juga apa yang di cadangkan oleh YB Tony Pua. Saya melihat SBPA dan saranan YB Tony Pua adalah sama. Kedua-duanya untuk  menjadikan perkhidmatan awam lebih efisen dalam perjalanan dan operasinya. YB Tony Pua  bertujuan “mengurangkan kakitangan awam” sedangkan JPA pula bertujuan “merampingkan perkhidmatan awam”. Kedua-duanya punya matlamat yang sama.
 

Sebagai bekas pegawai kerajaan, saya melihat Perkhidmatan Awam Malaysia pada masa ini sebagai satu perkhidmatan awam yang “bloated” atau terlebih besar dari keperluan  dan perlu dibuat sesuatu supaya lebih “ramping”. Masalahnya kebanyakan kakitangan kerajaan adalah dari bangsa Melayu, jadi jika sesuatu pengurangan berlaku maka ramai yang akan terlibat adalah kakitangan Melayu. Perlu di ingat dalam mana-mana organisasi, yang dibuang adalah mereka-mereka yang kurang prestatsi kerjanya sedangkan yang rajin, tidak akan di buang kerana mereka-mereka ini merupakan aset paling berharga kepada organisasi tersebut.

Saya berpendapat jika Malaysia mahu menuju menjadi negara maju, perkhidmatan awam kita perlu “tip-top”. Jika ada kakitangan “under performing” atau rendah prestasi kerjanya, mereka-mereka ini perlu di pencenkan dengan kadar segera. Saya rasa rakyat yang rasional tak ada problem dengan polisi ini. Jika yang dibuang itu adalah kakitangan Melayu, perlukah kita merasa gundah gulana? Yang penting tatacara perlu di ikuti bagi mengelakkan sebarang kezaliman atau penindasan. Mekanisma tatacara pembuangan telah pun sedia ada dalam SBPA baru ni. Oleh itu Melayu ke, Cina ke, India ke, yang malas buat apa mahu kita simpan?

Saya melihat YAB DS Najib lebih ke depan dalam perancangan beliau kerana dia sudah ada “blueprint” dalam bentuk SBPA bagi melaksanakan idea dia. YB Tony Pua pula baru peringkat melontar idea sahaja.

Saya telah menulis tentang SBPA dalam blog terdahulu saya www.unclearengineer.blogspot.com bertajuk SBPA – Satu Transformasi Perkhidmatan Awam”  bertarikh 10 hb. Disember, 2011. Sila lawat blog saya kepada yang sudi.

Sekian.

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.