Satu transformasi besar bakal melanda perkhidmatan awam di Malaysia. Nampaknya pertadbiran DS Najib begitu bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan besar dalam sistem pentadbiran negara. This is really BIG, no body dare to touch this aspect of the government machinary before. Tabik spring aku sebab DS Najib berani untuk membuat satu perubahan besar.
Nak tahu apa isu paling hangat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan pada masa ini? Isu sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semua kakitangan kerajaan sedang bercakap tentang ini. Nampaknya kebanyakan kenalan yang saya temui memandang ini sebagai satu perubahan positif. Sungguh hebat beb. Dalam SBPA baru ni, kerajaan bertekat mengadakan satu perubahan besar bagi menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai “catalyst” kepada lonjakan pembangunan negara.
SBPA ini menjanjikan kenaikan gaji baru yang sungguh lumayan. Lumayan macam mana? Sebagai contoh, maksimum gaji JUSA C akan naik dari RM12,000 ke RM17,000 sebulan. Dicampur dengan elaun keraian, elaun kereta dan minyak, elaun kritikal dan lain-lain elaun akan menjadikan jumlah lebih RM20,000 sebulan. Saya buat perbadingan dengan pegawai JUSA C ni kerana ramai kawan-kawan yang bercerita pasal SBPA ni semuanya dah dalam kategori ini. Kata mereka, gaji bersih Ketua Setiusaha Negara (KSN) akan melambong ke sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan. Ada kawan saya yang pencen JUSA B pada usia 56 tahun dan kemudian di ambil bekerja sebagai professor di IPTA tempatan. Berapa agaknya “take home pay” dia?
Sebagai timbal balik, kakitangan kerajaan perlu lebih produktif. Yang dah jadi “kayu mati” tu bersiap sedialah untuk di VSSkan. Selama ini tidak siapa yang terfikir untuk membuat perubahan sebesar ini. The key word dalam isu ini adalah “merampingkan perkhidmatan awam” bukan macam apa yang di sarankan oleh YB Tony Pua dari DAP “mengecilkan perkhidmatan awam”. Tapi sebenarnya bagi aku “meramping” ke atau “mengecil” ke, sama sahaja. Kedua-dua nya mahu menjadikan perkhidmatan awam lebih efisien. Tapi DS Najib lebih jauh kehadapan sebab dia sudah ada cara bagaimana mahu menjadikan ideanya itu menjadi satu kenyataan. Sedangan YB Tony Pua masih dalam tahap “cakap-cakap politik”. Mungkin kerja-kerja “meramping” ni nampak lebih berperikemanusiaan.
Kakitangan kerajaan yang berprestatsi rendah, yang suka ponteng, berborak kosong masa kerja ataupun yang suka pergi dengar ceramah politik sampai tak cukup tidor dan mengantuk keesokan harinya di pejabat, awas kerana hari anda sebagai kakitangan kerajaan mungkin akan sampai ke penghujung tak lama lagi! Jangan ada yang tuduh kerajaan zalim pula. Anda telahpun di berikan amaran. Sebagai pembayar cukai, kita amat berharap sistem SBPA ini kan dapat mengurangkan kerenah birokrasi, perkhidmatan kerajaan menjadi lebih cekap dan menghapuskan para perasuah dan “pengutip komisyen” di kementerian-kementerian. Tarikh berkuatkuasa SBPA adalah I hb. Januari 2012. Kepada orang awam lain, bersedialah kerana harga barangan akan naik selepas tarikh ini. Duit tambahan beratus juta ni akan mengalir terus ke dalam ekonomi negara.
Senario politik semasa sudah banyak berubah dan orang Melayu tidak lagi boleh menganggap perkhidmatan awam sebagai “the employer of the last resort”. Wahai bakal graduan-graduan Melayu, bersedialah untuk bersaing di sektor swasta pula. Jangan salahkan kerajaan jika kamu masih tidak bersedia!
Teringat saya kepada Ahli Parlimen pembangkang yang menolak tawaran bajet untuk kenaikan elaun tak lama dulu. Menangislah ahli Parlimen ni bila tahu jumlah kuantum kenaikan gaji baru ni. Elaun MP akan jadi macam “kacang putih” jika di bandingkan dengan pegawai kerajaan peringkat JUSA. Teramat jauh bezanya. Mungkin tak ada lagi pegawai kanan kerajaan yang berminat nak masuk politik dan jadi wakil rakyat selepas ni.
Bayaran RM100 bantuan persekolahan bagi setiap murid, sudah. Bayaran RM 500.00 bagi setiap warganegara berpendapatan di bawah RM3,000 sedang berjalan. SBPA pula akan mula berkuatkuasa 1 hb. Januari 2012. Nampaknya pilihanraya memang dah nak hampir berlaku. Bersiap sedialah mika!
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.