Wednesday, December 14, 2011

USTAZ POLITIK DAN AHLI FIZIK DI CERN, GENEVA.

Di beritakan dalam akhbar bahawa sekumpulan ahli fizik di CERN, Geneva Switzerland di katakan telah menjumpai bukti tentang keujudan “subparticle” yang di panggil sebagai Higgs boson. Higgs boson ini dipercayai memainkan peranan penting dalam pembentukan alam maya ini sejurus sahaja kejadian letupan paling mahabesar yang di kenali sebagai “Big Bang” yang berlaku 13.7 billion tahun yang lampau.

Apa pula halnya abang atom kita ni cerita pasal boson pulak pagi ni? Sebenarnya aku nak bagi tahu aku tak ambil pusing sangat pun pasal bidang “subparticle”  fizik ni. Masa di universiti dulu pun aku memang tak boleh masuk dengan bidang fizik sebegini. Bagi aku sebagai mahasiswa kejuruteraan, aku boleh faham belajar sampai tahap mengenali electron, neutron dan proton sahaja. Yang lebih kecil dari ni, pion, meon, boson, bosin ke, biar sahaja ahli fizik yang ambil kesah. Sifu dan x-boss aku, Prof Dato Dr. Sukiman Sarmani yang baru-baru ni dapat anugerah dari Institut Kimia Malaysia ataupun Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Presiden Akademi Sains Malaysia antara mereka yang mungkin boleh faham ilmu sebegini.

Mungkin juga aku nak bagi tahu kat “pakar-pakar” yang suka bagi ceramah kat masjid dan surau bahawa dalam dunia ini sebenarnya banyak lagi bidang ilmu yang pelik-pelik yang mampu di pelajari dan di fahami oleh orang lain. Jadi jangan anggap diri seorang sahaja yang pandai bila dah lulus dalam bidang usuluddin ke, undang-undang Islam ke, pengajian hadith ke. Itu belum lagi mereka-mereka yang konon “born again Muslim”. Yang tiba-tiba tersedar dari lamunan masa lampau dan setelah tamat membaca sebuah dua kitab lama terus sahaja menganggap diri dah jadi “pakar”. Kata begitu begini macam dialah orang paling hebat dan punya ilmu paling tinggi. Buat tafsir Al Quran menurut kepentingan politik sendiri sahaja. Buat fatwa yang entah apa-apa sehingga menyebabkan orang jadi konfius dan akhirnya mungkin boleh buat makmun jadi gila dan mereng otak.

Sedarlah ilmu yang kita ada ni hanya ibarat sebutir pasir di gurun yang luas. Dan yang paling penting, jaga adab bila berceramah. Jangan cakap perkataan kasar yang akan menyinggung hati para pendengar walaupun ianya di gemari oleh sebahagian dari pendengar lain.

Akhir sekali, apa kena mengena dengan tajuk posting saya tentang ustaz politik dan ahli fizik di CERN? Ada antara kita yang setiap hari bercakap benda yang sama sejak beratus tahun sedangkan ada manusia lain di dunia ini yang sentiasa mencari pengetahun terbaharu dan terkini. Patutlah depa makin maju dan kita dok kat takok lama juga. Nasib baik masih duduk kata takok lama, kalau undur terus ke belakang lagi niaya.

UnclearEngineer

2 comments:

  1. pesasanan pok chik ""Ada antara kita yang setiap hari bercakap benda yang sama sejak beratus tahun sedangkan ada manusia lain di dunia ini yang sentiasa mencari pengetahun terbaharu dan terkini. Patutlah depa makin maju dan kita dok kat takok lama juga. Nasib baik masih duduk kata takok lama, kalau undur terus ke belakang lagi niaya."...sudah saya sebarkan di group yg saya naungi..terima kasih....

    ReplyDelete
  2. Antara ustaz maha hebat ni hanya lulus tahap pondok di celah-celah kelantan tapi membusung dada bercakap pasal ekonomi seolah-olah dia maharaja ekonomi. Bukan takat ekonomi malhan apa saja ilmu lain di dunia ini, dialah yang pakar. Nak muntah mendengarnya.

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.