Sunday, June 19, 2011

KENAPA SAYA MASIH DI SINI - KAN INI TANAH AIR KITA, TANAH TUMPAH DARAH KITA.

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca mengenai seorang warganegara Malaysia (mungkin juga sekarang sudah jadi bekas) menulis dalam akhbar maya Malaysiakini sebab-sebab kenapa beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan meninggalkan Malaysia untuk selama-lamanya. Dari nada tulisan beliau, saya dapat mengagak bahawa beliau mungkin seorang bukan Melayu.

Bagi saya, tidak semua penghijrahan merupakan keputusan yang tidak baik. Dalam Islam sendiri kita digalakkan berhijrah. Berhijrah bukan sahaja dari segi meninggalkan tempat tinggal asal ke negara lain bahkan juga hijrah di segi yang lebih luas pengertiannya iaitu dari keadaan kurang baik berhijrah kepada keadaan yang lebih baik.

Yang amat menyakitkan hati saya bukan kerana keputusan yang di buat tetapi tindakan beliau menulis mengenainya sambil mengungkit-ungkit perkara negatif sambil memburuk-burukan Malaysia. Bagi saya senang sahaja. Kalau dah tak cinta lagi kepada negara ini, pergilah sahaja berambus dan tak perlulah mengambil pensil memerah otak untuk mencari perkara-perkara negatif mengenai negara yang pernah memberi perlindungan kepada keturunan beliau dari kelaparan di tanah asal nenek moyang mereka dulu. Kalau sudah tiada cinta lagi dalam dada, pergi sahajalah secara diam-diam.

Sebagai manusia yang diberikan Allah kemampuan berfikir secara jelas, saya tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa saya tidak akan meninggalkan negara Malaysia ini. Jika keadaan tidak mengizinkan mungkin juga saya akan pergi. Tapi keadaan tersebut masih jauh lagi. Malaysia bagi saya masih merupakan tanah air ibunda yang paling sesuai dengan jiwa saya sebagai seorang Melayu/Islam.

Saya akui bahawa banyak perkara-perkara yang masih perlu diperbaiki. Dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. Masaalah korupsi juga saya lihat semakin meningkat dari hari ke sehari. Tapi ini semua adalah sesuatu yang perlu bagi saya dan lain-lain warganegara untuk menagani bersama. Cabut lari ke negara lain bukan penyelesaiannya.

2 comments:

  1. Well said, Abah. Achieving success (and satisfaction) in life is never limited to any certain place or field. The possibilities are endless and oppotunities are everywhere.
    However, with whatever decision that a person has chosen, he/she does not need to make others feel bad or inferior. We all have different needs and priorities. One man's meat is another man's poison. A nation full of prospect for someone might not be an ideal place for another man.
    So live with it. Accept that we have different views and needs, without having to be such a "sour grape" to make yourself seem better than everyone else :)

    ReplyDelete
  2. kalau rumah kita buruk nak roboh adakah kita akan pergi dan tinggal di rumah orang lain?
    Itu ciri2 orang yang malas dan tidak bertanggungjawab, sepatutnya kita usaha dan prihatin cuba perbaiki rumah tempat tinggal kita..
    []
    Apa juga keadaan negara kita, sudah menjadi tangungjawab kita untuk memperbaikinya, tidak kira kira besar atau kecil perubahan signifikan yang mampu kita lakukan, 'HUBBUL WATAN MINAL IMAN'

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.