Saya baru sahaja habis membaca Unspinner’s “Anwar Merunding IPP – You Diam Ini Urusan Kerajaan”. Wow its getting hotter beb. Isu IPP (independent power producer) ini semakin menaik suhunya dan saya lihat bukan seorang sahaja tapi ramai lagi yang juga turut melalut.
Ada tuduhan mengatakan TS Ani Arope adalah manusia yang tak puas hati (sour grape) serta nyanyuk. Bagi saya tuduhan tersebut ada sedikit melampau kerana apa yang di sebut oleh TS tersebut ada kebenarannya. Yang paling penting kita perlu lihat apa sebenarnya masaalah IPP ni dan kita segera pakat antara kerajaan dengan YTL, Malakoff dan lain-lain IPP untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu ini demi RAKYAT dan NEGARA. Jangan pula kita kutuk mereka-mereka yang cuba menerangkan isu dari pandangan peribadi mereka apa tah lagi ianya datang dari bekas Pengerusi TNB sendiri! Mesti beliau tahu banyak perkara.
Saya pernah berjumpa dan bercakap dengan TS Ani Arope semasa dia memandu mengelilingi US dengan keluarganya pada penghujung 70an dulu. He was a nice and decent person. Tak sombong, maklumlah aku ini student pada waktu itu. Yang blogger pro kerajaan lanyak dia kow-kow ni pasal apa? Beliau bercakap atas kapasiti peribadi bukan di atas pentas politik mana-mana parti pembangkang. Let us give him his version of the story. Kalau dia kata EPU sebagai Economic Plundering Unit pun jangan lah melenting. Orang kat EPU pun cuba lah lihat diri kat cermin sikit. Kalau tak betul, sila sanggah sahaja.
Saya juga tertanya2, kenapa perjanjian dengan IPP ini menjadi dokumen sulit? Ada kata kat TV hari tu, dokumen perjanjian itu rahsia sebab ia perjanjian antara dua "private entities". Hai, kan kerajaan pemegang saham terbesar dalam TNB? Tak kan lah tak boleh suruh lembaga pengarah TNB dan syarikat IPP terlibat supaya benarkan perjanjian di dedahkan kepada publik? Kalau didedahkan akan mengugat keselamatan negara ke?
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.