Wednesday, August 24, 2011

LYNAS OH LYNAS: PART 2 – ADA LAGI CERITA?

Sesuatu yang amat menarik perhatian saya apabila menonton Buletin Utama TV3 sebentar tadi. Wawancara wartawan Karam Singh Walia dengan dua orang saintis nuklear tempatan. Seorang merupakan Wakil Parlimen PAS Hulu Langat Dr. Che Rosli dan seorang lagi Prof Ahmad Termizi pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedua-duanya membidas tuduhan tuduhan liar yang tidak berasas yang cuba di putarbelitkan oleh YB Fauziah mengenai pembinaan kilang Lynas di Kuantan , Pahang.
Sebenarnya saya kenal kepada kedua-dua mereka ini kerana saya pernah tinggal beberapa tahun di Bandar Baru Bangi semasa bertugas di PUSPATI. Tambahan pula banyak kawan-kawan saya di PUSPATI yang lulus dari UKM merupakan rakan sekuliah mahupun anak murid Dr. Che Rosli. Dr. Che Rosli juga pernah saya bantu dalam penyinaran sampel penyelidikan beliau. Waktu itu saya bertugas sebagai Penyelia Reaktor di Agensi Nuklear Malaysia (dulu di kenali sebagai PUSPATI) dan beliau bertugas sebagai pensyarah di UKM pada awal tahun lapan puluhan dulu.
Semasa kontroversi Lynas ini mula timbul dan melihat kepada penglibatan PKR dan PAS dalam menentang projek ini, saya sebenarnya amat mengharap Dr. Che Rosli akan dapat tampil ke hadapan dan menyatakan perkara sebenar dari segi saintifik bagi menyanggah fitnah yang diputarbelitkan oleh pembangkang terutama oleh YB Fauziah. Rupa-rupanya Dr Che Rosli telah diarah oleh “pemimpin atasan” parti  supaya tidak membuka mulut untuk menyatakan kebenaran.
Antara penipuan yang di sangkal oleh Dr. Che Rosli dan Prof Ahmad Termizi  termasuklah menyamakan logi Lynas dengan logi nuklear seperti di Fukushima di Jepun. Saya pernah menulis “ Menjawab soalan saudara DP menhgenai Lynas” dalam blog saya  (www.unclearengineer.blogspot.com) bertarikh  29/06/2011 mengenai perkara ini. Saya nyatakan bahawa dari segi perbandingan, logi Lynas umpama bumi dengan langit jika di bandingkan dengan logi nuklear di Fukushima. Tujuan pembangkang yang cuba mengaitkan Lynas dengan Fukushima hanya satu, menanam persepsi dalam benak rakyat betapa bahayanya Logi Lynas ini dan sebagai jalan mudah mempengaruhi mereka supaya terus menetang projek ini. Kenyataan Prof Ahmad Termizi bahawa kesediaan Lynas untuk menanam modal di Malaysia di sebabkan kos operasi yang rendah (sebab-sebab ekonomi sahaja) bukan kerana kilang tersebut telah tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Australia untuk di bina di negara tersebut. Alasan yang sama juga telah saya tulis dalam blog saya “ Lynas oh Lynas – mari kita berdikir secara rasioanal” bertarikh 16/6/2011. Sila baca pos saya dan juga jawapan kepada komen pembaca.
Saya amat tertarik untuk melihat apa yang akan berlaku selepas ini. Saya juga ada membaca di akhbar bahawa Malaysian Bar juga telah masuk campur menyebelahi pihak pembangkang dalam isu melibatkan Lynas ini. Bagi saya ini memperlihatkan betapa Malaysian Bar telah digunakan oleh pemimpin mereka untuk terus menentang projek-projek ekonomi yang dibangunkan oleh kerajaan BN (peringkat negeri mahupun federal). Mereka ini berhujah seperti burung kakak tua, mengajuk apa sahaja yang di hamburkan dari mulut tuan politik (political master) mereka tanpa dapat menilai isu Lynas ini dari segi fakta saintifik sebenar. Saya juga amat berharap persatuan bukan kerajaan (NGO) contohnya seperti Persatuan Sains Nuklear Malaysia (MNS) yang mewakili  ahli dari disiplin sains nuklear akan juga mula bersuara. Tak kan nak terus diam sahaja kot! Yang berilmu harus menyatakan pandangan mereka berasaskan ilmu yang di pelajari.
Saya mengucapkan syabas kepada Dr. Che Rosli dengan pendedahan yang dibuat  di Buletin Utama TV3. Ini yang kita panggil sebagai  politik berprinsip. Arahan parti tidak dapat mendiamkan mulut mereka dari menyatakan yang  benar. Akhir sekali saya berharap YB Dr. Che Rosli tidak akan di kenakan tindakan disiplin oleh PAS kerana memberikan  wawancara di TV3 ini. Sudah tentu Malaysia memerlukan banyak lagi YB yang sebegini dalam parlimen kita.

Saturday, August 20, 2011

BERDIALOG DENGAN MAHASISWA – ANTARA IDEALISMA DAN REALISMA

Pada petang ini aku berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan YB Datuk Ahmad Maslan di Kelab Golf Bukit Beruntung anjuran PENAWAR dan BTN. Majlis ini diserikan dengan dialog antara YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan mahasiswa/i IPTA tempatan.

Apa pandangan ku dengan mahasiswa/i masakini? Aku lihat mereka masih lagi di takok lama jika di bandingkan semasa aku di universiti pada 1974 dahulu. Mahasiswa/i kita aku rasa masih perasaan bahawa mereka segolongan manusia istimewa yang perlu di ambilkira pandangan dalam isu melibatkan pemerintahan negara. Konon mereka mampu memberi pandangan bernas dalan SETIAP isu negara. Syok sendirilah tu….

Isu yang di bawa adalah hampir serupa dari dahulu, isu AUKU, isu kebebasan akhbar, isu ketidakadilan proses pilihanraya dan lain-lainl yang telah ujud sejak 36 tahun dahulu lagi. Mereka masih mencari kesalahan kerajaan atas setiap apa kelemahan yang timbul. Kerajaan di tuduh gagal mendapatkan pandangan mereka dalam membuat polisi. Mereka menuntut di berikan hak bersuara untuk menilai projek-projek melibatkan  ETP, NKRA, Model Ekonomi Baru dan entah apa lagi.

Betulkah kerajaan tidak mendapatkan pandangan orang ramai dalam membentuk program-programnya? Mungkin mereka tak membaca akhbar atau mendengar berita TV1 atau pun TV3 kerana menganggap media ini sebagai media propaganda. Hei, bukankah PEMANDU yang bertanggunggjawab dalam mengubal ETP telah mengadakan makmal demi makmal, pamiran demi pamiran bagi mendapatkan pandangan orang ramai. Datuk Seri Najib sendiri ada facebook untuk berinteraksi dengan rakyat. Ada kah mereka ini (persatuan mahasiswa) menghantar memorandum menyuarakan pandangan mereka yang bernas itu? Memorandum ke ape bendanya kalau mereka sendiri tak tahu hujung pangkal nak bagi komen. Setakat baru belajar di tahun 2 atau 3 universiti, anda sebenarnya masih jauh lagi dari kemahiran teknikal yang diperlukan untuk memberikan pandangan. Setakat nak memekak pasal isu-isu lama pandailah kau. Mendengar pemimpin mahasiswa bercakap saya teringat bagaimana pemimpin UMNO di kampong berucap tentang ketuanan Melayu. Diulang-ulang macam burung kakak tua.  

Aku amat tertarik dengan pendekatan Datuk Ahmad Maslan semasa dialog dan sesi soal jawab. Wakil mahasiswa yang membangkitkan isu AUKU dan menyalahkan kerajaan kerana menghalang mahsiswa dari bergerak aktif dalam politik semasa di kampus. Apalabila Datuk Maslan menyarankan mereka langgar sahaja AUKU jika benar mereka seorang yang berpegang kepada prinsip sebenar. Apa yang mahu ditakutkan? Berani buat berani tanggung dan kenapa  bercerita tentang perjuangan tapi takut menghadapi pengorbanan. Pemimpin yang besar adalah mereka yang sanggup menghadapi segala cabaran. Bagi pemimpin sebegini, AUKU atau tiada AUKU bukan masalah besar. Sayang mahasiswa Malaysia masih menyalahkan AUKU dan kerajaan BN akan setiap kegagalan mereka.

Isu media yang berat sebelah aku rasa adalah cerita lama. Tahun 1974 mungkin ia adalah isu yang amat penting tapi tahun 2011 dengan kemajuan IT sesiapa sahaja boleh membaca pandangan alternatif di alam maya. Yang aku hairan kenapa media kerajaan di persalahkan tidak media cetak alternatif seperti Harakah, Roket dan lain-lain yang sekandang? Apakah media pembangkang ini memberikan liputan yang adil untuk semua orang? Kita tahu jawapan nya iaitu sudah tentu tidak. Kenapa akhbar UMNO nak berikan liputan bagi PAS misalnya dan akhbar PAS pula kenapa perlu berikan liputan bagi UMNO? Biasalah tu.

Seorang hadiran telah menyatakan betapa demokratiknya pilihanraya Singapura. “Part” ni aku memang rasa nak tergelak. Mamat berjanggut ni memang malas membaca artikel yang bersepah tentang keadaan politik Singapura. Hoi kalau Singapura begitu demokratik sekali, kenapa seekor dua sahaja pembangkang dalam parlimen Singapura? Kenapa pemimpin pembangkang selalu di saman sehingaa diistiharkan bengkrap? Adakah politik macam tu di Malaysia? Malu sungguh aku bila dia memperkenalkan diri sebagai mahasiswa dari UNISEL.

Secara keseluruhannya aku melihat mahasiswa/i yang hadir tidak berjaya mengenegahkan isu mereka dalam dialog ini. Ditambah dengan “approach” Datuk Maslan yang tidak menyanggah tapi mencabar mahasiswa untuk berani melakukan sesuatu jika mereka berdiri di landasan prinsip yang benar. Aku dapat rasakan  ramai mahasiswa/i yang hadir balik dengan keciwa.  Celaka betul politus UMNO ni kerana buat aku hilang “steam” nak melanyak kerajaan cukup-cukup. mungkin inilah kata hati mahasiswa/i ini sebelum melangkah pulang ke kampus.

Nasihat aku sebagai mewakili mahasistua generasi 1970an, berdirilah di alam nyata anak-anak ku. Jangan kau menjadi kuda tunggangan politik kotor pemimpin pembangkang!

UnclearEngineer

Sunday, August 7, 2011

AIR ASIA BERTUKAR SAHAM (SHARE SWAP) DENGAN MAS.

Yang sakit hatinya mengapa pengurusan Melayu dihina? Umpama Melayu tidak mampu mengendalikan syarikat besar seperti MAS.

Sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandes akan menandatangani satu perjanjian “share swap” dengan MAS pada isnin esok. Ini bermakna Air Asia akan memegang 20% saham dalam MAS dan sebaliknya. Menurut penganalisa pasaran, pertukaran saham ini bagi menyelamatkan MAS dari terus mengalami kerugian dan terpaksa di selamatkan bagi kali ke 2 dengan menggunakan duit kerajaan.

Bagi saya tindakan KHAZANAH sebagai pemegang saham terbesar dalam MAS adalah amat baik sekali. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, Air Asia dan MAS sebagai dua syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia perlu mengenepikan sentimen “keakuan” masing-masing dan berkerja bersama-sama untuk memastikan pengurangan kos dalam operasi terutama oleh MAS.

Tetapi apabila membaca ruangan komen dalam Malaysian Insider, hati saya amat terguris dengan komen-komen yang menghina pihak pengurusan “Melayu” dalam MAS. Melayu di kutuk terang-terangan sebagai mereka yang tak mampu menghasilkan sesuatu hasil kerja terbaik dalam organisasi perniagaan. Mungkin juga ianya benar, tetapi mengapa sampai begitu sekali kata-kata menghina yang dihamburkan oleh para pembaca Malaysian Insider?

Saya amat berharap pihak pengurusan atasan mana-mana syarikat kepentingan kerajaan (GLC) supaya ambil perhatian. Berhentilah berlagak sebagai orang pandai kerana kejayaan pengurusan anda bukan di ukur dengan pejabat yang tersergam indah serta kereta BMW yang di bekalkan syarikat tapi untung/rugi syaraikat yang diterajui anda. Masa untuk buat “untung atas angin” secara peribadi dengan projek-projek yang tak menasabah sudah berlalu.

Tunjukkan bahawa CEO Melayu juga mampu menghasilkan kerja-kerja yang “outstanding”. PETRONAS telah membuktikan bahawa ianya mampu dicapai! Bagi Tony Fernandes, saya angkat topi atas kemampuan anda selama ini. Teruskan membuat “keajaipan” dalam MAS pula demi Malaysia.

 UnclearEngineer.