Setelah banyak membaca maklumbalas dari berbagai
lapisan masyarakat tentang BERSIH 3.0, maka saya telah membuat kesimpulan
begini:-
-
Orang muda yang menghadiri BERSIH 3.0 tidaklah
sebenarnya anti dengan UMNO/BN tetapi
mereka amat bimbang melihat gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi serta
skandal kewangan dan keruntuhan moral yang melibatkan anggota kabinet, ahli
politik dan pegawai kanan pentadbiran kerajaan. Ini mungkin satu persepsi
sahaja, tuduhan ini mungkin benar tapi tak mustahil jika sebahagiannya tidak benar sama sekali.
-
Mereka cuma mahukan hak untuk bebas menyuarakan
kritikan mereka terhadap kerajaan.
Sebagai ahli UMNO yang setia dan mahukan BN terus
menerajui negara ini, saya dengan ini ingin memberikan amaran sebagai seorang
sahabat kepada mana-mana pemimpin dan juga pegawai kerajaan yang korup bahawa zaman untuk membuat
duit secara yang tidak bersih telah berlalu. Anda akan menghadapi tindakan
sewajarnya di bawah pelan transformasi yang sedang dilaksanakan oleh
pentadbiran DS Najib. DS Najib tidak punya pilihan lagi selain mengambil
tindakan bagi meyelamatkan negara ini dari jatuh ke tangan pembangkang.
Kepada yang terasa hati atas kenyataan saya ini,
saya minta maaf. Kesinambungan UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia perlu
dipertahankan dan prioriti ini lebih penting dari mempertahankan salahlaku segulungan
pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tidak jujur. Semoga Allah selamatkan orang
Melayu dan Malaysia.
UnclearEngineer
(Pendukung Perjuangan UMNO)
"...Orang muda yang menghadiri BERSIH 3.0 tidaklah sebenarnya anti dengan UMNO/BN tetapi mereka amat bimbang melihat gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi serta skandal kewangan dan keruntuhan moral yang melibatkan anggota kabinet, ahli politik dan pegawai kanan pentadbiran kerajaan. Ini mungkin satu persepsi sahaja, tuduhan ini mungkin benar tapi tak mustahil jika sebahagiannya tidak benar sama sekali..."
ReplyDeleteSetuju dengan ni..
asrul rae
ReplyDeleteRasuah juga menjadi kebimbangan saya yang amat sangat dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarang. Sebagai seorang yang pernah berkecimpong dalam dunia korporat, saya amat memahami. Perlu ada ketegasan yang lebih untuk membenterasnya. Saya sokong mana-mana gulongan rakyat untuk sekurang-kurang mengawal easuah ini di tahap paling minima.
Perlu diingat, rasuah dalam pentadbiran kerajaan di lakukan oleh pegawai /kakitangan kerajaan bukan ahli politik semata-mata. Separuh dari mereka ini mungkin bukan penyokong kerajaan pun tapi UMNO/BN akan terpalit jika perkara ini berterusan.
Terima kasih atas komen.
UnclearEngineer