Sunday, May 27, 2012

BUKAN MELAYU SEBAGAI PM. APA CERITA INI, KARPAL SINGH “the King”?


Isu bukan Melayu sebagai PM Malaysia amat menarik perhatian saya. Yang menariknya walaupun isu ini telah di ulang tayang beberapa kali seperti isu muzakarah PAS/UMNO tetapi masih juga tak habis-habis diperkatakan. Karpal Singh, Pengerusi DAP telah diberitakan berkata akan terus berjuang supaya orang bukan Melayu akan menjadi PM Malaysia satu hari nanti. Melihat dari komen-komen yang terdapat di internet, bukan kepalang banyak pendapat-pendapat yang menyokong mahaupun membantah. Kadang-kadang kerana ingin sangat mempertahankan pendapat masing-masing maka kita akan terbaca komen-komen yang berbaur perkauman. Bila soal perkauaman mula dibangkitkan, maka kita sudah mula bermain dengan percikan api. Bahaya tu…..

Gambar in sebagai hiasan semata-mata

Dalam isu ini saya ingin mencari jalan tengah dan pragmatik. Mungkin ada yang tak setuju tapi saya mohon diberikan peluang untuk memberikan pendapat peribadi.

Sebagai pendahuluan izinkan saya cerita sikit tentang latarbelakng saya. Saya seorang ahli UMNO, nasionalis Melayu dan Islam adalah agama saya. Saya juga percaya kepada konsep Barisan Nasional dimana setiap kaum yang mengaku taat setia kepada raja dan negara mesti diberikan hak mereka untuk hidup aman damai sambil mempraktikan budaya, bahasa dan agama mereka namun mereka MESTI menerima Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya juga percaya, orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini mempunyai hak istimewa sebagai balasan kerana sanggup menerima masyarakt “pendatang” sebagai warganegara. Ini adalah premis kepada  pendapat yang akan saya tuliskan nanti.


Bagi saya jawatan PM bukan isu dia mestilah seorang  Melayu. Bagi saya bangsa siapa PM itu tak penting. Yang paling penting, PM Malaysia mestilah seorang yang mempunyai kebolehan memimpin serta kebolehan untuk meningkatkan lagi pencapaian negara. Yang lagi penting beliau mestilah mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia sendiri. Kalau mereka mempunyai kebolehan yang saya sebutkan tadi, saya boleh menerima Prof Khoo Kay Kim ke, DJ Dave ke, Dr. Ridhuan Tee Abdullah ke hatta Ustaz Ravi sebagai menyebut beberapa nama sebagai contoh. Setakat ini saya rasa Karpal Singh mesti bersetuju dengan pendapat saya. Ini dalam keadaan negara Malaysia yang ideal.

Mari kita lihat di segi pragmatisnya.. Dalam keadaan penduduk Malaysia terdiri dari Melayu (60%), Cina (25%), India (10%) dan lain-lain (5%) maka dalam satu pilihanraya yang mana rakyat bebas memilih, maka saya percaya parti yang didokong oleh kumpulan majoriti pasti akan menang dan pemimpin parti tersebut akan dilantik sebagai PM. Secara logik, bangsa apa yang akan terpilih? Pandangan Nik Abduh Nuk Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat amat menarik hati saya. Menurut pendapat beliau, “Melayu Islam lebih layak sebab ia majoriti”.

Karpal Singh boleh terus menyalak tentang isu PM bukan Melayu dan Malaysia sebagai negara Islam sebagai usaha berterusan pihak parti yang beliau wakili untuk memanaskan lagi suasan politik negara. Apa jadahnya membangkitkan sesuatu hanya untuk tujuan mengusutkan suasana? Mungkin untuk memporak perandakan suasana aman yang dirasai Malaysia selama ini serta membangkitkan sentimen cuvanistik bukan Melayu supaya terus menyokong parti yang beliau wakili.

Dalam berita TV3 pagi tadi (Ahad, 27/5), saya amat menyokong saranan Prof Khoo Kay Kim supaya semua pihak menghormati sentimen orang Melayu sebagai bangsa majoriti di Malaysia. Mungkin satu hari nanti bukan Melayu akan dilantik menjadi menjadi PM Malaysia. Apabila tiba masa itu, saya percaya penduduk Malaysia sudah mencapai satu tahap kematangan dalam berpolitik. Selagi Karpal Singh mahupun Lim Kit Siang/Lim Guan Eng terus membangkitkan isu menjurus perkauman, maka akan jauhlah lagi kita dengan situasi ideal tersebut.

Kalau dah tahu realitinya perkara tersebut tidak akan berlaku dalam masa terdekat, mengapa Karpal Singh masih terus membangkitkan soal tersebut? Nasihat saya, berpijaklah di alam nyata. Berpada-padalah jika nak bersuara tu, Bai.

Bagi seluruh rakyat Malaysia yang membaca artikel saya ini, saya ingin mengucapkan selamat pagi dan salam 1Malaysia. Mari kita memperbaharui tekat untuk memajukan negara tercinta ini. Siapa yang layak jadi PM akan kita selesaikan pada PRU 13 nanti. Dia Cina ke, Melayu ke atau India ke adalah pilihan majoriti kita. Tak payah lah orang nak cucuk sana nak cucuk sini!

UnclearEngineer

Thursday, May 24, 2012

NUCLEAR SCIENCE, TECHNOLOGY & ENGINEERING CONFERENCE (NUSTEC) 2012

NUSTEC 2012 sudah pun melabuhkan tirai pada rabu semalam. Secara keseluruhannya NUSTEC 2012 bolehlah di anggap berjaya jika di kira kehadiran peserta sehingga ke sesi akhir persidangan tersebut. Walau bagaimana pun, banyak juga perkara yang mampu diperbaiki lagi di tahun-tahun hadapan. Syabas Persatuan Nuklear Malaysia atas kejayaan mengendalikan persidangan ini.

Dari kiri: Dr. Muhd Noor  Yunus, Prof Madya Dr. Nahrul Khair Alang Rashid,
penulis dan Datin Zarina Masood.
Bagi menarik kertas kerja berkualiti dari luar negara, NUSTEC telah bergabung dengan Asia Oceania Neutron Scattering Association (AONSA) bagi membawa Sesi 01: AONSA – Regional Cooperation and Networking. Enam (6) kertas kerja dari  penyelidik-penyelidik dari Univ. of Tokyo (Jepun), Australian Nuclear Science and Technology Organization (ANSTO), Bhaba Atomic Research Centre (India),  China Institute of Atomic Energy (China), Korea Atomic Energy Research Institute (Korea Selatan) dan International Council for Science – Asia Pacific (ICSU).

Peserta Persidangan NUSTEC 2012. Ramai wanita dari lelaki, kenapa ek?
Secara keseluruhan kertas kerja yang dibentangkan adalah mengenai projek-projek penyelidikan serta kemudahan-kemudahan canggih yang di bina oleh negara-negara tersebut. Amat mengagumkan tentang kehebatan serta kesungguhan penyelidik-penyelidik dari negara berkenaan mengkaji dengan lebih mendalam bidang sains nuetron ini. Sebagai perbandingan Malaysia masih terkebelakang lebih kurang 20 tahun dalam bidang ini.

Prof Madya Dr. Nahrul Khair Alang Rashid, mantan Presiden MNS dan paling
dekat dengan kamera Prof Madya Dr. Zaini Hamzah, Presiden MNS
Jumlah kertaskerja yang telah dibentangkan ialah sebanyak 67 (61 kertaskerja biasa dan 6 kertaskerja jemputan).

Secara keseluruhannya kertaskerja yang dibentangkan dalam Sesi 1- Sesi 8 adalah dalam kategori melibatkan tajuk yang terlalu asas. Teramat kurang kertaskerja yang bermutu dibentangkan dan ini bolehlah ditafsirkan sebagai kelemahan yang paling ketara penyelidikan bidang teknologi nuklear di Malaysia. Dari perbincangan dengan penyelidik terlibat, keadaan ini berlaku mungkin atas sebab-sebab berikut:-

i.     Tiada kemudahan yang bersesuaian di Malaysia untuk mengendalikan penyelidikan yang lebih canggih. Sebagai contoh, reaktor penyelidikan di Nuklear Malaysia sudah pun berumur lebih 30 tahun dan flux neutron adalah terlalu rendah untuk penyelidikan melibatkan pengujian bahan, pengeluaran isotop berhayat sederhana mahupun melakukan penyelidikan menggunakan kemudahan “beam port”. Cadangan bagi menaik taraf kuasa termal reaktor tersebut dari 1.0 MW ke 3.0 MW telah tidak mendapat peruntukan dari kerajaan.

ii.    Kemudahan selain reaktor seperti “high energy accelerator” mahupun “cyclotron” masih dalam tahap mendapatkan peruntukan. Semasa Malaysia masih dalam keadaan menunggu, negara-negara serantau lain sudah mendahului Malaysia. Tanpa kemudahan penyelidikan yang sesuai, bagaimanalkah hasil penyelidikan bertaraf dunia dapat dihasilkan?

iii.   Aktiviti melibatkan teknologi nuklear hanya bermula di universiti-universiti tempatan apabila kerajaan Malaysia mengumumkan untuk membina janakuasa nuklear pertama pada 2022. Tetapi peristiwa di Fukushima, Jepun mungkin akan menyebabkan peruntukan penyelidikan dalam bidang ini menurun kembali.

iv.  Polisi nuklear kerajaan Malaysia yang sentiasa “flip-flop” telah gagal menarik pelajar terbaik untuk mengambil jurusan kejuruteraan/sains nuklear di Universiti tempatan dan luar negara. Hasilnya penyelidikan dalam bidang ini tidak berkembang walaupun Nuklear Malaysia (dulunya di kenali sebagai PUSPATI) telah ujud hampir 40 tahun.

Sesuatu yang amat ketara ialah bidang nuklear ini telah manarik ramai golongan penyelidik Melayu. Ini dapat dilihat apabila hampir 95% yang mengahadiri persidangan ini adalah saintis/teknologis bangsa Melayu. Hampir  kesemua pembentang kertas kerja juga adalah penyelidik Melayu. Tidak seoarang pun penyelidik bangsa India mahupun Cina yang terlibat. Apakah ini sesuatu yang baik bagi negara  Malaysia yang berbilang kaum?

Saya menyeru supaya kerajaan mengambil langkah yang lebih proaktif dalam membangunkan keupayaan negara dalam bidang sains dan teknologi nuklear ini. Peruntukan yang secukunya perlu di berikan supaya kemudahan canggih dapat di bina dan hasil kerja penyelidikan bertaraf dunia mampu dihasilkan. Tanpa pelaburan yang mencukupi, Malaysia akan terus berada di belakang jiran-jiran serantau dalam bidang ini.

UnclearEngineer

MENJENGOK KE DALAM MINDA INTELEKTUAL MELAYU

3 hari yang lepas saya berpeluang untuk bersama-sama rakan dari kalangan saintis dan teknologis dalam satu persidangan. Kesempatan ini amat berguna bagi saya untuk mengukuhkan “networking” dalam bidang yang amat dekat di hati saya – bidang teknologi nuklear.

Dicelah-celah sibuk keluar masuk dewan persidangan, saya sempat bersemuka dan bercakap dengan rakan lama semasa di PUSPATI dulu. Ramai yang telah pun bergelar “doktor” di pangkal nama masing-masing. Cuma saya sahaja yang masih “encik”. Ada pula yang sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan dan dilamar oleh IPTA tempatan sebagai tenaga pengajar bergelar professor mahupun professor madya. Lumayan sungguh pendapatan bulanan mereka. Pencen pun masuk, gaji penuh professor pun dapat. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah yang Allah berikan.

Kadang-kadang ada juga terlintas dalam hati. Kalau saya tak berhenti perkhidmatan awam dulu mungkin saya juga sudah lama bergelar “doktor”, Dr. Yaziz Yunus. Huhu. Tapi semuanya adalah ketentuan Allah. Kalau tidak berhenti dari PUSPATI dulu dan menceburi sektor swasta, saya tak akan berpindah ke Bukit Beruntung dari Bandar Baru Bangi. Tak jugalah saya bergerak aktif dalam UMNO Hulu Selangor. Cuma yang terkilan dalam hati saya, rezeki saya masih tidak banyak berubah akibat manipulasi seorang “rakan kongsi” yang tamak dan kaki belit. Dia meraih keuntungan jutaan ringgit, saya ……ah,  itu cerita lama.

Apa yang mahu saya kongsikan adalah beberapa perkara yang saya dapat kutip dalam berborak semasa makan tengah hari dan sesi minum teh. Kadang-kadang mengejutkan juga. Sebagai mana yang saya katakan di atas, kebanyakan mereka ini adalah penerima rezeki yang melimpah ruah dari polisi kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya mereka adalah kelas menengah Melayu yang berjaya pada hari ini berkat polisi kerajaan BN yang amat mengambil berat tentang kemajuan penduduk majoriti di tanah air tercinta ini melalui dasar “diskriminasi positif”. Tetapi ramai antara mereka yang melahirkan rasa “anti establishment” bila berbicara tentang isu melibatkan kerajaan serta politik. Memang mereka-mereka ini bukan jenis yang suka bercakap politik berdegar-berdegar tapi dalam bait-bait ayat yang keluar dari mulut mereka, dapat saya rasakan tentang kekeciwaan mereka terhadap kerajaan semasa.

Sebagai pendengar yang setia, saya cuba memahami. Saya rasa ramai dari kita tidak menghargai peranan kerajaan BN dalam kehidupan harian kita selama ini. Bagi kita semua ini adalah tugas hakiki kerajaan semasa untuk memakmurkan rakyat dan negara. Tak ada apa yang perlu untuk kita mengucapkan terima kasih. Mereka lebih melihat kepada kelemahan umpama sebagai kerajaan, BN mestilah baik semuanya. “Kita tak menetang projek tersebut tapi kita tak bersetuju dengan cara perkara tersebut di buat”, inilah ayat yang mereka ulang beberapa kali. Mereka melihat kesemua yang berlaku di sekitar mereka adalah manipulasi demi kepentingan peribadi sesetengah pemimpin UMNO/BN. Secara jujur, mungkin ada juga kebenaran dalam kata –kata mereka tapi tak semua begitu. Sebagai kakitangan kanan kerajaan mereka mempunyai “networking” yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan mereka mungkin telah di maklumkan oleh sahabat yang mempunyai maklumat terperinci mengenai sesuatu isu yang timbul. Isu NFC misalnya. Banyak tuduhan dan juga maklumat negatif yang mereka suarakan.

Saya tidak dapat mengagak ke manalah akan perginya undi mereka di PRU 13 nanti. Mungkin mereka ini merupakan sebahagian dari pengundi bersyarat yang menjadi sasaran oleh jentera pilihanraya BN untuk di dekati. Saya berharap sebagai gulongan terpelajar, sahabat-sahabat saya ini akan terus berfikiran secara kritikal dan memilih yang terbaik untuk Malaysia. Bagi pemimpin  UMNO pula, boleh tak di kurangkan aktiviti penyalahgunaan kuasa melibatkan projek-projek kerajaan. Mungkin banyak yang dikatakan tidak tepat dan lebih merupakan fitnah tapi nampaknya persepsi negatif ini telah tersebar luas di kalangan rakyat Malaysia.

Kata DS Najib, UMNO/BN perlu berubah. Kita tidak boleh lagi membuat keputusan seperti biasa – business as usual. Rakyat telah banyak berubah. Hutang budi di bawa mati bukan lagi nilai murni yang dihargai dalam masyarakat hari ini.

Apa yang harus kita sebagai pencinta UMNO/BN buat? Terus dekati mereka-mereka ini dan cuba meyakinkan bahawa UMNO/BN tidak akan menjanjikan syurga untuk mereka. UMNO/BN dalam banyak kekurangan dan ketidaksempurnaan, masih cuba mencari jalan terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

UnclearEngineer

Sunday, May 20, 2012

PERSIDANGAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN NUKLEAR MALAYSIA 2012


PERSIDANGAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN  NUKLEAR MALAYSIA 2012
(Nuclear Science, Technology & Engineering Conference 2012)
Kerjasama Serantau Untuk Penyelesaian Tenaga dan Penyelidikan Nuklear
(Regional Cooperation for Nuclear Research and Energy Solution)
Tarikh     : 21-23 May 2012
Tempat  : Tenaga Nasional Bhd Research and Development (TNBR), Kajang, Selangor

The conference is a platform for scientists, researchers and interested parties to share and exchange their knowledge and new findings on Nuclear, Quantum and Radiation Related Technology to strengthen the nuclear science, technology and engineering for national growth and human resources development.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nuklearmalaysia.org/

MUZAKARAH PAS, KEJAP ADA KEJAP TAK ADA.

Cerita pasal muzakarah PAS/UMNO ni memang dah amat memualkan bagi saya. Terbaharu, tanpa hujan barang setitik mahupun angin bertiup sepoi2 bahasa maka kita dimaklumkan melalui akhbar bahawa TGNA telah mengeluarkan titah bahawa PAS bersedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO termasuk UMNO. Mimpi apa pulak orang tua ni? Tidur tak basuh kaki agaknya.
UMNO dan PAS, bilalah agaknya nak bersama demi Islam di Malaysia?

Sebenarnya PAS cuba memancing UMNO. Bila ada respon positif dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato Ahmad Maslan serta TS Mahyuddin Yassin maka datanglah titah menyampok dari Presiden PAS pula yang ibarat air menyiram api yang baru mahu menyala. Ada pula syarat yang perlu dipenuhi UMNO dahulu sebelum muzakarah dapat diadakan.

Kalau kita perhatikan betul-betul, isu muzakarah ni memang  gemar dimainkan oleh kepimpinan tertinggi PAS sejak dulu lagi. Agaknya bila dah tak ada apa nak di buat maka akan berkatalah salah seorang samaada TGNA mahupun Hj. Hadi Awang menghidupkan semula isu muzakarah ini. Bila si A kata boleh, si B pula kata ada syarat. Bila si B kata boleh, si A pula kata tak boleh. Itulah permaianan yang mereka buat sejak dahulu lagi. Mereka lupa, mereka tu siapa? Bercakap macam tak ingat agama. Pi mai, pi mai dok tang tu jugak. Dia yang mula, dia juga yang membangkang.

Dipendekkan cerita, UMNO tak perlu lah nak komen banyak-banyak pasal tawaran muzakarah dari PAS ni. Buang masa sahaja. Kalau PAS benar-benar ikhlas, PAS perlu tunjukkan usaha yang lebih serius untuk berbincang. Setakat cakap kat surat khabar, dah tak laku dah.  Isu muzakarah ini dah jadi isu basi yang dipermain-mainkan oleh PAS. Sebagaimana yang saya kata di atas, saya sendiri dah naik mual.

Sementara pemimpin politik Islam bermain kayu tiga pasal muzakarah, orang Islam lain bolehlah terus berantakan sesama sendiri sehingga runtuh kekuasaan politik sedia ada. Mungkin selepas itu, pemimpin kita baru sedar, tetapi dah terlambat dahhhhhh……..

UnclearEngineer

Sunday, May 13, 2012

HUDUD HANYA RETORIK POLITIK?


“Masaalah pengangguran di selesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan” – kata DS Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Katakan DS Najib kata bagitu, mungkin kita akan boleh mangagak apa yang akan keluar dari mulut penyokong PAS.

Satu lagi perkara penting yang perlu diambilkira oleh DS Abdul Hadi Awang ialah tentang pemahaman umat Islam sendiri terhadap agama mereka. Hudud yang tertegak dalam masyarakat Islam yang “tidak Islamik” sepenuhnya akan hanya meyebabkan ketidakadilan dalam menghukum. Sebagai contoh dalam kes rogol, keperluan untuk 4 saksi yang “baik” akan menyebabkan sebarang tuduhan terhadap perogol sukar dapat disabibkan. Tambahan pula bukti melalui video tidak dapat diambilkira kerana ianya adalah “besi”. Kita harus punyai beribu-ribu malah berjuta-juta umat Islam yang baik dahulu supaya apabila 4 orang dari mereka melihat kejadian rogol maka barulah kes di mahkamah dapat diteruskan.

Apakah mereka yang menghukum lebih "suci" dari
yang di hukum?
Masyarakat Islam kat Malaysia dah faham sepenuhnya ke tentang agama mereka? Paling mengerikan bila ada diantara pemimpin-pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu sendiri menghadapi tuduhan zina yang boleh membawa hukum rejam sampai mati di bawah hudud. Kalau pemimpin parti sendiri tak faham, agaknya masyarakat bawahan termasuk ahli parti akan lebih faham ke? Patutlah Karpal Singah kata bahawa kenyataan DS Abdul Hadi Awang tentang hudud adalah retorik semata-mata. Hanya bagi ulang tayangan setiap kali tiba masa pilihanraya, tak kira pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum! Hudud sebenarnya menjadi umpan undi semata-mata tak lebih dan tak kurang, full stop.

Kalau begitu jika nak tunggu masa tiadanya pengangguran dan peningkatan kefahaman yang baik tentang Islam dikalangan penduduk (penduduk Malaysia juga terdiri dari kalangan bukan Islam yang amat tinggi), maka bila pula hukum hudud akan dapat dilaksanakan di Malaysia? Ini merupakan satu soalan yang amat baik. Itulah sebenarnya tugas besar pemimpin-pemimpin Islam Malaysia yang ada sekarang. Berkerja keras untuk memastikan suasana ekonomi dan peluang mendalami agama oleh rakyat dapat dipertingkatkan lagi.

Hudud wajib dijadikan sebagai matlamat utama kepada perjuangan orang Islam di Malaysia. Kita harus berkerja keras bagi mencapai keadaan yang kondusif untuk tertegaknya hukum Islam sepenuhnya dalam sistem perundangan negara. Kata-kata retorik tentang hudud untuk memancing undi semasa pilihanraya patut di hentikan. Kerja keras dulu untuk mencipta suasana yang ideal bagi perlaksanaan hudud dan jika ia mengambil ratusan tahun pun untuk di capai, maka haruslah kita reda dengan ketentuan Allah ini. Kita tidak akan menanggung dosa kerana kegagalan kita mencuba sedaya upaya.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang adalah tepat sekali. Semua umat Islam harus menyokong bukan mencari jalan untuk mengagalkanya. Usaha PAS yang kononnya Islam tetapi bersengkokol dengan parti bukan Islam bagi menjatuhkan kerajaan yang sedang berusaha sedaya upaya memakmurkan rakyat dan negara adalah satu ketempangan strategi paling besar pemimpin PAS. Hentikan sahaja kerja-kerja yang tak berfaedah ini, jika PAS benar-benar jujur memperjuangkan Islam.

UnclearEnginer

P/S: Pengajian agama Islam bukan bidang kepakaran saya tetapi sebagai seorang Islam, saya berhak untuk memperkatakan tentang agama saya setakat yang saya mampu berfikir dan fahami. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam hujah saya, saya hanya mohon ampun pada Allah SWT. 

Friday, May 11, 2012

MALAYSIA KEKAL BN, PAKATAN RAKYAT MENGUASAI SELANGOR SELEPAS PRU 13?



Satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan bahawa BN berkemungkinan besar akan terus memegang tampok kerajaan federal selepas PRU 13. Dari segi peratus responden -  49% memilih BN, 21% memilih Pakatan Rakyat dan 30% pengundi atas pagar.  Di peringkat federal, hasil kajian ini amat mengembirakan BN dan akan membuat PR naik angin kerana cita-cita menawan Putrajaya hanya akan tinggal satu mimpi.

Ops,  jentera BN jangan terlalu gembira sangat. Dalam kajian yang sama di dapati di Negeri Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat akan kekal. Maklumbalas dari responden mendapati– Melayu, China dan India akan terus mengundi Pakatan Rakyat. Undi Melayu akan terpecah hampir sama rata kepada tiga di mana 34% akan mengundi BN, 33% akan mengundi PR dan 33% masih lagi tidak dapat membuat keputusan. pengundi atas pagar. Peratusan responden Cina dan India pula yang menyokong  PR adalah 49% dan 60%. Sila lihat grafik di bawah..

Dari kajian BN sendiri, BN akan hanya dapat menawan kembali Selangor jika peratusan sokongan yang diperolehi adalah Melayu (60%), India (60%) dan Cina (20%). Dari kajian UMCEDEL dan jika di buat anggapan bahawa undi atas pagar dibahagi samarata bagi Melayu dan India dengan peratusan Cina kekal pada 20%, maka taburan pengundian di Selangor pada PRU 13 nanti ialah Melayu (50.5%), India (30%) dan Cina (20%). Ini adalah amat ketara jauh dari formula 60, 60, 20 bagi kemenangan majoriti mudah BN.

Kajian ini memperlihatkan “trend” yang amat membimbangkan bagi BN di Selangor. Jentera BN Selangor perlu berkerja lebih keras jika ingin  mengambil semula pentadbiran kerajaan negeri selepas PRU 13. Nampaknya trend sokongan yang meningkat dari masyarakat India di seluruh Malaysia kepada BN bagimanapun tidak dilihat di Selangor. MIC, PPP dan IPF di Selangor, sila ambil perhatian.

Banyak lagi yang dapat ditafsir dari kajian ini. Dua isu penting yang ditanya pada responden dan mendapat maklumbalas yang amat  membimbangkan bagi BN terutama UMNO ialah mengenai Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bantahan terhadap projek nadir bumi (Lynas). NFC memberikan persepsi negatif terhadap kebobrokan rasuah dalam UMNO dan tentangan terhadap projek Lynas memperlihatkan hilangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan BN. Berdasarkan kajian UMCEDEL ini, nampaknya PR telah berjaya menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan walaupun dari segi faktanya Lynas adalah satu projek yang bakal menguntungkan Malaysia.

Untuk makluman, kajian ini telah dilakukan oleh Universiti Malaya yang merupakan sebuah IPTA kerajaan. Hasil kajian bagi saya adalah lebih boleh dipercayai berbanding hasil kajian “badan bebas” yang sebenarnya lebih mirip kepada menyokong objektif pakatan pembangkang.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesimpulan kajian, bolehlah melawat http://umcedel.um.edu.my/images/umcedel/doc/PRU13-WEB.pdf

BN mungkin kekal sebagai kerajaan persekutuan tapi Selangor masih lagi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13.  BN boleh sahaja menidakkan keputusan kajian ini sebagai sesuatu yang tak releven tetapi apakah itu tindakan paling bijak bagi sebuah parti sebesar UMNO? Dato Seri Mohamad Zin Mohamad dan Dato Seri Noh Omar, apa tindakan selanjutnya BN Selangor?

UnclearEngineer

Thursday, May 10, 2012

APEK TUA DAN BERSIH 3.0


Saya terbaca dalam the Star hari ini mengenai seorang apek tua di Kajang yang selama 15 tahun mengutip sampah sepanjang jalan-jalan di Kajang. Ada orang kata dia gila kerana membuat kerja sebegitu secara sukarela. Setiap hari melainkan semasa dia sakit, apek ini dengan setia tanpa sebarang banyak cakap akan berjalan sepanjang jalan sambil mengutip sampah yang bertaburan yang dimasukkan dalam beg plastik yang di bawa bersama.

Orang ramai memberi pelbagai nama panggilan kepada apek tua ini. Mr. Bandaraya, Menteri Kesihatan, Mr. A1 dan bermacam-macam lagi. Katanya, mula-mula anak dia pun tak suka apek ini membuat kerja sukarela sebegini. Tapi akhirnya mereka terpaksa akur.



Apabila saya terbaca kesah manusia seperti apek ini mahupun makcik balu seorang anggota polis di Grik, Perak dulu, saya akan tertanya-tanya dalam hati. Apakah yang membuatkan beliau mengambil tugas sebegini yang tidak ramai manusia lain ingin melakukan nya? Amat menarik untuk mengetahui latarbelakng apek ini. Asal dari mana? Kerja apa dia dulu? Tinggal di mana? Berapa orang anak? dan macam-macam soalan lagi.

Sebagai insan saya amat terharu apabila mengetahui bahawa dalam dunia ini masih ada manusia seperti apek ini. Walaupun dia bukan Islam, saya doakan semoga Allah membalas segala budi baik serta amal jariah dia yang ikhlas ini. Malu sungguh saya bila orang Islam sendiri tanpa segan silu membuat sampah dan kacau bilau seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari.

Apek, wa tabik spring sama lu! Lu take care, OK.

UnclearEngineer

Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 – BAYANGAN KERESAHAN ORANG MUDA


Setelah banyak membaca maklumbalas dari berbagai lapisan masyarakat tentang BERSIH 3.0, maka saya telah membuat kesimpulan begini:-

-          Orang muda yang menghadiri BERSIH 3.0 tidaklah sebenarnya  anti dengan UMNO/BN tetapi mereka amat bimbang melihat gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi serta skandal kewangan dan keruntuhan moral yang melibatkan anggota kabinet, ahli politik dan pegawai kanan pentadbiran kerajaan. Ini mungkin satu persepsi sahaja, tuduhan ini mungkin benar tapi tak mustahil jika sebahagiannya  tidak benar sama sekali.

-          Mereka cuma mahukan hak untuk bebas menyuarakan kritikan mereka terhadap kerajaan.

Sebagai ahli UMNO yang setia dan mahukan BN terus menerajui negara ini, saya dengan ini ingin memberikan amaran sebagai seorang sahabat kepada mana-mana pemimpin dan juga pegawai  kerajaan yang korup bahawa zaman untuk membuat duit secara yang tidak bersih telah berlalu. Anda akan menghadapi tindakan sewajarnya di bawah pelan transformasi yang sedang dilaksanakan oleh pentadbiran DS Najib. DS Najib tidak punya pilihan lagi selain mengambil tindakan bagi meyelamatkan negara ini dari jatuh ke tangan pembangkang.

Kepada yang terasa hati atas kenyataan saya ini, saya minta maaf. Kesinambungan UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia perlu dipertahankan dan prioriti ini lebih penting dari mempertahankan salahlaku segulungan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tidak jujur. Semoga Allah selamatkan orang Melayu dan Malaysia.

UnclearEngineer
(Pendukung Perjuangan UMNO) 

Wednesday, May 2, 2012

MELIHAT MATINYA DEMOKRASI – Shazuan Ali, the Malaysian Insider.


Yelah tu. Kalau tak silap aku, cakap-cakap pasal demokrasi sudah mati di Malaysia ni sudah pun aku dengar sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi. Rupa-rupanya demokrasi tak  mati lagi sebab kalau dah mati macam mana pulak demokrasi boleh mati kembali selepas BERSIH 3.0? Percayalah, dalam dua tiga bulan akan datang maka demokrasi akan diistiharkan mati sekali lagi untuk ke berapa kalinya lagi. Selepas keputusan pilihanraya di umumkan dan keputusannya tidak memihak kepada pihak tertentu, maka akan di istiharkan bahawa demokrasi juga sudah mati sekali lagi. Eh, eh, eh. Berapa kali mau mati daaa…
Woi, tak ada ke sebab lain yang mahu ditulis dan ceritakan lagi? Tulis lah juga pasal dalam sesetengah parti di Malaysia, pemilihan AJK peringkat kebangsaan juga jadi kecoh. Ketua Umum dan Mursyidul Am punya kuasa untuk menaikkan sesaorang. Bila bini, anak dan anak saudara jadi orang besar parti. Itu belum lagi siasat berapa banyak sepupu sepusing yang juga jadi AJK peringkat cabang, cawangan dll. Yang ini ada demokrasi, kata dia orang lah.

Ini dia demokrasi yang dia orang kata dah mati tu. Bebas 
berdemo dan merosak harta kerajaan.
Bila polis menghalang demonstrasi jalanan, dia kata tak ada demokrasi. Negara ni negara polis. Kuku besi. Bila polis sembur air dan tembak gas pemedih mata, dia orang terpekik sekali algi, demokrasi dah mati. Malaysia dalam pemerintahan diktator. Ini yang selalu orang kata – tak di buat salah, di buat lagi salah. Mungkin video gelagat polis Sepanyol ni boleh kita buat perbandingan dengan gelagat polis Malaysia yang konon nya ganas ni. Klik http://youtu.be/tI0S-AcqQ1g. Kat Malaysia ni dah terbalik kot, perusuh lebih ganas membuli polis. Tengok sahaja gambar kat sebelah tu.

Inilah bila Malaysia dah banyak sangat orang bijak pandai serta cerdik. Maka yang lulus nafas nafas ikan peringkat SPM pun mula nak tunjuk dia pun lagi pandai. Bila kita tanya apa tu demokrasi, dia terkulat-kulat tak dapat jawab macam ayam terberak kapur. Bercerita pasal ayam ni, mari kita tengok video ini dalam youtube. Klik  http://youtu.be/HALlHW2OAgc.

Sebenarnya tak payahlah pergi  jauh jauh nak tuduh orang itu ini. Mari sahaja kita lihat kat dalam diri kita sendiri. Dah sempurnakah aku? Dah yang terbaik ke praktis demokrasi dalam parti aku? Dah sempurnakah Islam ku?  Apa jawapannya? Jangan jadi macam nyonya dalam video kat atas tulah yang terkebil-kebil tak dapat menjawab bila di sergah dek Mat Salleh tu.

“Saya orang Islam,
Saya tinggal di sini,
Isteri saya orang Malaysia,
Jangan biadap!”

Hu, hu amik kau, nyonya.

Unclear Engineer