“Masaalah pengangguran
di selesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan” – kata DS Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS. Katakan DS Najib kata bagitu, mungkin kita akan boleh mangagak
apa yang akan keluar dari mulut penyokong PAS.
Satu lagi perkara
penting yang perlu diambilkira oleh DS Abdul Hadi Awang ialah tentang pemahaman
umat Islam sendiri terhadap agama mereka. Hudud yang tertegak dalam masyarakat
Islam yang “tidak Islamik” sepenuhnya akan hanya meyebabkan ketidakadilan dalam
menghukum. Sebagai contoh dalam kes rogol, keperluan untuk 4 saksi yang “baik”
akan menyebabkan sebarang tuduhan terhadap perogol sukar dapat disabibkan.
Tambahan pula bukti melalui video tidak dapat diambilkira kerana ianya adalah “besi”.
Kita harus punyai beribu-ribu malah berjuta-juta umat Islam yang baik dahulu supaya
apabila 4 orang dari mereka melihat kejadian rogol maka barulah kes di mahkamah
dapat diteruskan.
Apakah mereka yang menghukum lebih "suci" dari yang di hukum? |
Masyarakat Islam kat
Malaysia dah faham sepenuhnya ke tentang agama mereka? Paling mengerikan bila
ada diantara pemimpin-pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu
sendiri menghadapi tuduhan zina yang boleh membawa hukum rejam sampai mati di
bawah hudud. Kalau pemimpin parti sendiri tak faham, agaknya masyarakat bawahan
termasuk ahli parti akan lebih faham ke? Patutlah Karpal Singah kata bahawa kenyataan
DS Abdul Hadi Awang tentang hudud adalah retorik semata-mata. Hanya bagi ulang
tayangan setiap kali tiba masa pilihanraya, tak kira pilihanraya kecil mahupun
pilihanraya umum! Hudud sebenarnya menjadi umpan undi semata-mata tak lebih dan
tak kurang, full stop.
Kalau begitu jika nak
tunggu masa tiadanya pengangguran dan peningkatan kefahaman yang baik tentang Islam
dikalangan penduduk (penduduk Malaysia juga terdiri dari kalangan bukan Islam
yang amat tinggi), maka bila pula hukum hudud akan dapat dilaksanakan di
Malaysia? Ini merupakan satu soalan yang amat baik. Itulah sebenarnya tugas besar
pemimpin-pemimpin Islam Malaysia yang ada sekarang. Berkerja keras untuk
memastikan suasana ekonomi dan peluang mendalami agama oleh rakyat dapat
dipertingkatkan lagi.
Hudud wajib dijadikan
sebagai matlamat utama kepada perjuangan orang Islam di Malaysia. Kita harus
berkerja keras bagi mencapai keadaan yang kondusif untuk tertegaknya hukum
Islam sepenuhnya dalam sistem perundangan negara. Kata-kata retorik tentang
hudud untuk memancing undi semasa pilihanraya patut di hentikan. Kerja keras
dulu untuk mencipta suasana yang ideal bagi perlaksanaan hudud dan jika ia mengambil
ratusan tahun pun untuk di capai, maka haruslah kita reda dengan ketentuan
Allah ini. Kita tidak akan menanggung dosa kerana kegagalan kita mencuba sedaya
upaya.
Bagi saya apa yang
dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang adalah tepat sekali. Semua umat Islam
harus menyokong bukan mencari jalan untuk mengagalkanya. Usaha PAS yang kononnya
Islam tetapi bersengkokol dengan parti bukan Islam bagi menjatuhkan kerajaan yang
sedang berusaha sedaya upaya memakmurkan rakyat dan negara adalah satu
ketempangan strategi paling besar pemimpin PAS. Hentikan sahaja kerja-kerja
yang tak berfaedah ini, jika PAS benar-benar jujur memperjuangkan Islam.
UnclearEnginer
P/S: Pengajian agama
Islam bukan bidang kepakaran saya tetapi sebagai seorang Islam, saya berhak
untuk memperkatakan tentang agama saya setakat yang saya mampu berfikir dan
fahami. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam hujah saya, saya hanya mohon
ampun pada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.