Sunday, May 27, 2012

BUKAN MELAYU SEBAGAI PM. APA CERITA INI, KARPAL SINGH “the King”?


Isu bukan Melayu sebagai PM Malaysia amat menarik perhatian saya. Yang menariknya walaupun isu ini telah di ulang tayang beberapa kali seperti isu muzakarah PAS/UMNO tetapi masih juga tak habis-habis diperkatakan. Karpal Singh, Pengerusi DAP telah diberitakan berkata akan terus berjuang supaya orang bukan Melayu akan menjadi PM Malaysia satu hari nanti. Melihat dari komen-komen yang terdapat di internet, bukan kepalang banyak pendapat-pendapat yang menyokong mahaupun membantah. Kadang-kadang kerana ingin sangat mempertahankan pendapat masing-masing maka kita akan terbaca komen-komen yang berbaur perkauman. Bila soal perkauaman mula dibangkitkan, maka kita sudah mula bermain dengan percikan api. Bahaya tu…..

Gambar in sebagai hiasan semata-mata

Dalam isu ini saya ingin mencari jalan tengah dan pragmatik. Mungkin ada yang tak setuju tapi saya mohon diberikan peluang untuk memberikan pendapat peribadi.

Sebagai pendahuluan izinkan saya cerita sikit tentang latarbelakng saya. Saya seorang ahli UMNO, nasionalis Melayu dan Islam adalah agama saya. Saya juga percaya kepada konsep Barisan Nasional dimana setiap kaum yang mengaku taat setia kepada raja dan negara mesti diberikan hak mereka untuk hidup aman damai sambil mempraktikan budaya, bahasa dan agama mereka namun mereka MESTI menerima Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya juga percaya, orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini mempunyai hak istimewa sebagai balasan kerana sanggup menerima masyarakt “pendatang” sebagai warganegara. Ini adalah premis kepada  pendapat yang akan saya tuliskan nanti.


Bagi saya jawatan PM bukan isu dia mestilah seorang  Melayu. Bagi saya bangsa siapa PM itu tak penting. Yang paling penting, PM Malaysia mestilah seorang yang mempunyai kebolehan memimpin serta kebolehan untuk meningkatkan lagi pencapaian negara. Yang lagi penting beliau mestilah mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia sendiri. Kalau mereka mempunyai kebolehan yang saya sebutkan tadi, saya boleh menerima Prof Khoo Kay Kim ke, DJ Dave ke, Dr. Ridhuan Tee Abdullah ke hatta Ustaz Ravi sebagai menyebut beberapa nama sebagai contoh. Setakat ini saya rasa Karpal Singh mesti bersetuju dengan pendapat saya. Ini dalam keadaan negara Malaysia yang ideal.

Mari kita lihat di segi pragmatisnya.. Dalam keadaan penduduk Malaysia terdiri dari Melayu (60%), Cina (25%), India (10%) dan lain-lain (5%) maka dalam satu pilihanraya yang mana rakyat bebas memilih, maka saya percaya parti yang didokong oleh kumpulan majoriti pasti akan menang dan pemimpin parti tersebut akan dilantik sebagai PM. Secara logik, bangsa apa yang akan terpilih? Pandangan Nik Abduh Nuk Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat amat menarik hati saya. Menurut pendapat beliau, “Melayu Islam lebih layak sebab ia majoriti”.

Karpal Singh boleh terus menyalak tentang isu PM bukan Melayu dan Malaysia sebagai negara Islam sebagai usaha berterusan pihak parti yang beliau wakili untuk memanaskan lagi suasan politik negara. Apa jadahnya membangkitkan sesuatu hanya untuk tujuan mengusutkan suasana? Mungkin untuk memporak perandakan suasana aman yang dirasai Malaysia selama ini serta membangkitkan sentimen cuvanistik bukan Melayu supaya terus menyokong parti yang beliau wakili.

Dalam berita TV3 pagi tadi (Ahad, 27/5), saya amat menyokong saranan Prof Khoo Kay Kim supaya semua pihak menghormati sentimen orang Melayu sebagai bangsa majoriti di Malaysia. Mungkin satu hari nanti bukan Melayu akan dilantik menjadi menjadi PM Malaysia. Apabila tiba masa itu, saya percaya penduduk Malaysia sudah mencapai satu tahap kematangan dalam berpolitik. Selagi Karpal Singh mahupun Lim Kit Siang/Lim Guan Eng terus membangkitkan isu menjurus perkauman, maka akan jauhlah lagi kita dengan situasi ideal tersebut.

Kalau dah tahu realitinya perkara tersebut tidak akan berlaku dalam masa terdekat, mengapa Karpal Singh masih terus membangkitkan soal tersebut? Nasihat saya, berpijaklah di alam nyata. Berpada-padalah jika nak bersuara tu, Bai.

Bagi seluruh rakyat Malaysia yang membaca artikel saya ini, saya ingin mengucapkan selamat pagi dan salam 1Malaysia. Mari kita memperbaharui tekat untuk memajukan negara tercinta ini. Siapa yang layak jadi PM akan kita selesaikan pada PRU 13 nanti. Dia Cina ke, Melayu ke atau India ke adalah pilihan majoriti kita. Tak payah lah orang nak cucuk sana nak cucuk sini!

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.