Friday, May 11, 2012

MALAYSIA KEKAL BN, PAKATAN RAKYAT MENGUASAI SELANGOR SELEPAS PRU 13?



Satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan bahawa BN berkemungkinan besar akan terus memegang tampok kerajaan federal selepas PRU 13. Dari segi peratus responden -  49% memilih BN, 21% memilih Pakatan Rakyat dan 30% pengundi atas pagar.  Di peringkat federal, hasil kajian ini amat mengembirakan BN dan akan membuat PR naik angin kerana cita-cita menawan Putrajaya hanya akan tinggal satu mimpi.

Ops,  jentera BN jangan terlalu gembira sangat. Dalam kajian yang sama di dapati di Negeri Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat akan kekal. Maklumbalas dari responden mendapati– Melayu, China dan India akan terus mengundi Pakatan Rakyat. Undi Melayu akan terpecah hampir sama rata kepada tiga di mana 34% akan mengundi BN, 33% akan mengundi PR dan 33% masih lagi tidak dapat membuat keputusan. pengundi atas pagar. Peratusan responden Cina dan India pula yang menyokong  PR adalah 49% dan 60%. Sila lihat grafik di bawah..

Dari kajian BN sendiri, BN akan hanya dapat menawan kembali Selangor jika peratusan sokongan yang diperolehi adalah Melayu (60%), India (60%) dan Cina (20%). Dari kajian UMCEDEL dan jika di buat anggapan bahawa undi atas pagar dibahagi samarata bagi Melayu dan India dengan peratusan Cina kekal pada 20%, maka taburan pengundian di Selangor pada PRU 13 nanti ialah Melayu (50.5%), India (30%) dan Cina (20%). Ini adalah amat ketara jauh dari formula 60, 60, 20 bagi kemenangan majoriti mudah BN.

Kajian ini memperlihatkan “trend” yang amat membimbangkan bagi BN di Selangor. Jentera BN Selangor perlu berkerja lebih keras jika ingin  mengambil semula pentadbiran kerajaan negeri selepas PRU 13. Nampaknya trend sokongan yang meningkat dari masyarakat India di seluruh Malaysia kepada BN bagimanapun tidak dilihat di Selangor. MIC, PPP dan IPF di Selangor, sila ambil perhatian.

Banyak lagi yang dapat ditafsir dari kajian ini. Dua isu penting yang ditanya pada responden dan mendapat maklumbalas yang amat  membimbangkan bagi BN terutama UMNO ialah mengenai Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bantahan terhadap projek nadir bumi (Lynas). NFC memberikan persepsi negatif terhadap kebobrokan rasuah dalam UMNO dan tentangan terhadap projek Lynas memperlihatkan hilangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan BN. Berdasarkan kajian UMCEDEL ini, nampaknya PR telah berjaya menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan walaupun dari segi faktanya Lynas adalah satu projek yang bakal menguntungkan Malaysia.

Untuk makluman, kajian ini telah dilakukan oleh Universiti Malaya yang merupakan sebuah IPTA kerajaan. Hasil kajian bagi saya adalah lebih boleh dipercayai berbanding hasil kajian “badan bebas” yang sebenarnya lebih mirip kepada menyokong objektif pakatan pembangkang.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesimpulan kajian, bolehlah melawat http://umcedel.um.edu.my/images/umcedel/doc/PRU13-WEB.pdf

BN mungkin kekal sebagai kerajaan persekutuan tapi Selangor masih lagi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13.  BN boleh sahaja menidakkan keputusan kajian ini sebagai sesuatu yang tak releven tetapi apakah itu tindakan paling bijak bagi sebuah parti sebesar UMNO? Dato Seri Mohamad Zin Mohamad dan Dato Seri Noh Omar, apa tindakan selanjutnya BN Selangor?

UnclearEngineer

2 comments:

  1. Assalam Tn Hj Yaziz Yunus,

    Pertamanya bagaimanakah bilangan sample 2282 responden boleh mencerminkan keputusan PRU13 bagi Malaysia?

    Setahu saya, bilangan sample bagi random sampling yang valid ialah sekurang-kurangnya 10 % dari accessible population. Target population untuk kajian Tahap Sokongan Pengundi Menjelang PRU13 di Malaysia sepatutnya jumlah pengundi berdaftar di seluruh Malaysia. Dan UMCEDEL pasti menentukan Accessible Population pula. Dan dari Accessible Population itulah 10 % akan diambil bagi menentukan kesahan kajian yang dibuat.

    Cuma ingin tahu juga bagaimanakah perkiraan yang dibuat oleh UMCEDEL di negeri Selangor. Berapakah bilangan sample yang diambil? Katakan yang hendak dikaji ialah Tahap Sokongan Pengundi Menjelang PRU13 di Selangor. Target Population: Semua pengundi berdaftar di negeri Selangor. Accessible Population: Semua pengundi di DUN A katakan 50,000 pengundi berdaftar dengan SPR. Sample: 10 % daripada 50,000 = 5000 sample. Jadi kalau dah seluruh Malaysia cuma 2282 sample adakah itu valid sedangkan untuk sesebuah DUN untuk tentukan kesahan bagi tahap sokongan di Selangor pun mungkin cecah 4 ribu ke 5 ribu sample?

    KP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju Anon. Sampel yang digunakan mungkin tidak mencukupi untuk mendaptkan keputusan yang lebih tepat.

      UnclearEngineer

      Delete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.