Sunday, May 20, 2012

MUZAKARAH PAS, KEJAP ADA KEJAP TAK ADA.

Cerita pasal muzakarah PAS/UMNO ni memang dah amat memualkan bagi saya. Terbaharu, tanpa hujan barang setitik mahupun angin bertiup sepoi2 bahasa maka kita dimaklumkan melalui akhbar bahawa TGNA telah mengeluarkan titah bahawa PAS bersedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO termasuk UMNO. Mimpi apa pulak orang tua ni? Tidur tak basuh kaki agaknya.
UMNO dan PAS, bilalah agaknya nak bersama demi Islam di Malaysia?

Sebenarnya PAS cuba memancing UMNO. Bila ada respon positif dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato Ahmad Maslan serta TS Mahyuddin Yassin maka datanglah titah menyampok dari Presiden PAS pula yang ibarat air menyiram api yang baru mahu menyala. Ada pula syarat yang perlu dipenuhi UMNO dahulu sebelum muzakarah dapat diadakan.

Kalau kita perhatikan betul-betul, isu muzakarah ni memang  gemar dimainkan oleh kepimpinan tertinggi PAS sejak dulu lagi. Agaknya bila dah tak ada apa nak di buat maka akan berkatalah salah seorang samaada TGNA mahupun Hj. Hadi Awang menghidupkan semula isu muzakarah ini. Bila si A kata boleh, si B pula kata ada syarat. Bila si B kata boleh, si A pula kata tak boleh. Itulah permaianan yang mereka buat sejak dahulu lagi. Mereka lupa, mereka tu siapa? Bercakap macam tak ingat agama. Pi mai, pi mai dok tang tu jugak. Dia yang mula, dia juga yang membangkang.

Dipendekkan cerita, UMNO tak perlu lah nak komen banyak-banyak pasal tawaran muzakarah dari PAS ni. Buang masa sahaja. Kalau PAS benar-benar ikhlas, PAS perlu tunjukkan usaha yang lebih serius untuk berbincang. Setakat cakap kat surat khabar, dah tak laku dah.  Isu muzakarah ini dah jadi isu basi yang dipermain-mainkan oleh PAS. Sebagaimana yang saya kata di atas, saya sendiri dah naik mual.

Sementara pemimpin politik Islam bermain kayu tiga pasal muzakarah, orang Islam lain bolehlah terus berantakan sesama sendiri sehingga runtuh kekuasaan politik sedia ada. Mungkin selepas itu, pemimpin kita baru sedar, tetapi dah terlambat dahhhhhh……..

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.