Tuesday, August 28, 2012

NUKLEAR – PILIHAN TERBAIK NEGARA?


Belum tentu lagi, beb.

Sejak Februari 2012 Iran telah berjaya  membekalkan bahanapi nuklear buatan sendiri untuk reaktor penyelidikannya. Bahanapi jenis LEU (low enriched uranium) yang 20% diperkayakan itu telah dihasilkan sendiri oleh Iran apabila terdapat usaha pihak negara lain menghalang bekalan bahanapi dari luar.

Kejayaan Iran mengeluarkan bahanapi LEU ini telah menyebabkan kemarahan beberapa kuasa dunia termasuk Israel sendiri. Walau bagaimana pun,  Iran telah memberi  jaminan bahawa negara tersebut tidak akan mengeluarkan bahanapi melepasi 20% ketulinan U-235. Sebagai makluman, ketulinan 90% diperlukan bagi pembuatan bom.


Masaalah bekalan bahanapi yang berterusan adalah isu paling besar yang harus dihadapi oleh mana-mana negara yang mahu menjadikan option nuklear sebagai salah satu pilihan tenaga negara. Berharap kepada negara luar semata-mata akan menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada pengeluar bahanapi asing. Isu bekalan bahanapi berterusan pada harga yang berpatutan penting diambilkira. Apakah nuklear pilihan terbaik kita?

Saya percaya akan kemampuan dari segi teknikal anak tempatan bagi mengendalikan reaktor nuklear secara selamat.  Tambahan pula Malaysia bukanlah negara yang berada di garisan rekah yang mampu dilanda gempa. InsyaAllah, kemalangan yang menimpa Fukushima, Jepun tak mungkin akan berlaku di bumi Malaysia ini.

Isu bekalan bahanapi ini bukan isu teknikal. Ia mungkin boleh menjadi isu politik seperti yang dialami oleh Iran. Saya telah menyuarakan perkara pembekalan bahanapi secara berterusan ini (security of supply) dalam beberapa perjumpaan dan seminar membincangkan pilihan tenaga nuklear negara. Sayang, sehingga kini saya belum lagi mendapat jawapan yang memuaskan hati saya.

Sebagai jurutera nuklear, saya tahu apa yang saya cakap dan saya percaya Malaysia perlu mencari pilihan terbaik buat negara ini dengan berfikir semasak-masaknya.

Mungkin ada sahabat-sahabat saya di Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (Malaysian Nuclear Power Corporation – MNPC) yang boleh memberikan jawapan yang saya cari? Kalau begitu, silakan.

UnclearEngineer

1 comment:

  1. salam tuan haji..saya dh lama mengikuti blog tn hj dan meminati bidang teknologi nuklear.saya merupakan lulusan bidang bidang automation engineering dan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran saya di perancis.saya diberikan 2 tawaran, 1 di bidang automasi dan 1 jurutera trnaga nuklear. pada pandangan tn hj adakah prospek kerjaya nuklear di malaysia akan berkembang?..

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.