Bagi memudahkan penerangan, saya akan menggunakan model reaktor penyelidikan jenis TRIGA Mark II (juga dikenali sebagai RTP) yang ada di Agensi Nuklear Malaysia (ANM). Reaktor ini telah di gunakan oleh AGM sejak 1982 bagi mengajar teori asas serta melatih bakal pengendali reaktor sebelum mereka boleh di hantar ke luar negara untuk menjalani latihan lanjutan bagi mengendali janakuasa nuklear pertama Malaysia nanti.
Komponen-komponen penting reaktor ini adalah seperti berikut:-
· BAHANAPI – tanpa bahanapi, reaktor tidak boleh dikendalikan. Dalam kes ini, bahanapi reaktor terdiri dari bahan uranium-235 jenis “low enriched uranium (LEU)”. Maknanya kandungan U-235 adalah di bawah paras 20% sahaja. Kenapa? Sebab pembekal bahanapi (syaraikat dari US) tak mahu kita memproses bahan api terpakai bagi mendapatkan plutonium untuk tujuan ketenteraan dan dengan itu melanggar perjanjian kawalan senjata nuklear (Non Proliferation Treaty) yang ditandatangani Malaysia.
· ROD KAWALAN - Terdapat 4 batang rod kawalan di mana 3 adalah rod yang boleh dioperasikan secara manual dan satu mamapu dikendalikan secara otomatik yang dipanggil “regulating rod”.
· TERAS REAKTOR - Bahagian tengah reaktor di mana bahanapi nuklear akan di isi dan di susun dalam bentuk grid bulatan.
· AIR - Air boleh berfungsi sebagai penyejuk haba yang terhasil dari tindakbalas pembelahan (fission) dalam kolam reaktor. Air juga befungsi sebagai penampan sinaran yang terhasil di dalam teras reaktor supaya tidak membahayakan pengendali reaktor yang berada di atas kolam semasa melakukan kerja-kerja pembaikan dan aktiviti lain.
· GRAFIT – Grafit ini diletakan dibahagian luar mengelilingi teras reaktor. Selain berguna sebagai bahan pelambat (moderator) neutron, grafit juga berfungsi sebagai bahan pembalik (reflector) yang mengarahkan neutron yang terpancar mengarah keluar supaya melantun balik semula ke dalam teras. Ini akan meningkatkan lagi kecekapan proses tindakbalas pembelahan atom uranium.
Setelah pengendali memeriksa semua sistem reaktor seperti yang ada dalam jadual pemeriksaan (checklist) dan mendapati semua sistem dalam keadaan teratur. Maka kertas ‘checklist” yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada jurutera operasi reaktor (di panggil sebagai “reactor supervisor”) untuk ditandatangani dan memberikan kebenaran reaktor dimulakan kendalian. Mana-mana sistem reaktor dalam “checklist” mengalami masalah, maka reaktor tidak akan di benarkan beroperasi sehinggalah pembaikan dilakukan dan di sahkan pulih oleh jurutera operasi. Ini adalah langkah keselamatan yang MESTI di patuhi.
Sebagai makluman, jadual pemeriksaan akan menyatakan status semua sistem termasuk sistem sokongan reaktor dalam keadaan baik. Sistem sokongan yang di periksa termasuk sistem peredaran udara bangunan reaktor, alat pengesan sinaran kawasan (Area Radition Monitor – ARM), pam sistem penyejukan air termasuk “heat exchanger”, menara penyejuk, termasuk bekalan elektrik seperti set “penjana kuasa standby”, semua stesyen bagi ”sample” selain sistem reaktor yang di sebutkan di atas.
Setelah kebenaran di beri maka barulah reakor akan mula dioperasikan. Pengendali akan membuat pemberitahuan berikut melalui sistem PA bangunan reaktor. “TUAN2/PUAN2. INI SATU PEMBERITAHUAN. REAKTOR AKAN DIKENDALIKAN. ULANG, REAKTOR AKAN MULA DIKENDALIKAN. TERIMA KASIH”.
Pengendali pun akan mula menekan butang rod kawalan satu persatu menurut aturan sambil memerhati meter-meter yang berkenaan di konsol kawalan.
BERSAMBUNG ………..
Nota:
Saya merupakan jurutera operasi (juga di kenali sebagai reactor supervisor) pertama Reaktor TRIGA Mark II PUSPATI pada 1982. Tulisan ini bersandarkan kepada ingatan saya semasa membentuk sistem keselamatan dan kualiti, serta silibus latihan operator bagi RTP. Rakan-rakan yang saya ingat Ir. Dr Mohd Puad Abu, Syed Nahar, Syed Azmi (SNahar dan SAzmi berada di IAEA, Vienna sekarang), Ir. Dr. Mohd Asshar, Adnan Bokhari (jurutera elektronik, dah pencen option) selain di bantu oleh juruteknik-juruteknik yang tak dapat nak saya sebutkan semuanya. Semua kami berkerja di bawah arahan Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Prof Madya Nahrul Khair Alang Rashid (UIAM) dan Ir. Kasbun Kamat. Saya juga merupakan pemegang lesen pengendali kanan pertama RTP. Terlalu banyak kenangan yang bermain di kepala saya. Saya berharap jika ada rakan-rakan yang masih berkhidmat di ANM yang membaca, dan jika terdapat kecacatan fakta jangan segan untuk memaklumkan kepada saya. Didahului dengan ucapan terima kasih..
-------------------------------
Apa macam? OK ke tidak setakat ini?
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.