Saudara-saudara ku orang Melayu.
Tolong amati sejarah. Beli buku "alias Chin Peng, my side of history" dan baca habis. Ini biografi Chin Peng (CP), maknanya versi rasmi sebagaimana yang di ceritakan oleh Chin Peng sendiri.
Siapa yang bunuh Henry Gurney? Bukan Chin Peng tapi gerombolan komunIs di ketuai oleh Siew Ma malah CP sendiri tak tahu tentang perancangan pembunuhan Henry Gurney ini yang dalam perjalanan ke Fraser’s Hill. Henry Gurney di bunuh “in cold blood” apabila beliau keluar dari kereta yang terhenti oleh serangan hendap komunis. Beliau keluar berjalan kearah tempat persembunyian komunis tanpa senjata bagi mengalihkan tembakan dari isteri serta pembantu yang masih berada dalam kereta. Isteri dan pembantu beliau akhirnya selamat. Komunis yang di ketuai Siew Ma sebenarnya dayus kerana membunuh orang yang tidak lagi mampu berlawan dan tanpa senjata.
Bagi menjawab soalan Mat Sabu, siapa yang baik antara Chin Peng dan Henry Gurney? Jawapan ikhlas saya begini. Bagi saya, komunis Chin Peng sudah tentu pengkhianat, Siew Ma anggota PKM dayus. Henry Gurney memang mewakili penjajah Inggeris di Malaya tapi sebagai seorang insan, beliau adalah “gentleman” apabila berani menghadapi kematian bagi menyelamatkan isteri tercinta.
Memang benar Inggeris menjajah Malaya. Memang benar Inggeris mangaut hasil negara ini untuk kepentingan mereka. Memang benar juga Inggeris telah meninggalkan warisan sistem pentadbiran dan kehakiman yang amat baik dan teratur sehingga memungkinkan kita mampu merdeka dan maju ke saat ini hasil warisan peninggalan sistem pentadbiran Inggeris ini. Inggeris walaupun tidak menunjukkan simpati yang kuat terhadap orang Melayu semasa zaman penjajahan mereka, tapi Inggeris tidak sezalim komunis Bintang Tiga selepas tamat Perang Dunia II. Siapakah yang membunuh orang Melayu beramai-ramai? Ingat peristiwa Batu Pahat!
Tapi satu yang pasti, jika Inggeris tidak datang kembali kembali ke Malaya selepas tamat perang, Malaya sudah pasti akan jatuh ke tangan komunis yang di monopoli oleh orang2 Cina. Perlu diingat semasa bermulanya darurat, penduduk Malaya terdiri dari 2.2 juta Melayu, 2.6 juta Cina dan 0.6 juta India. Ini bermakna orang Melayu hanya 41% dari penduduk Malaya. Apakah dengan kedudukan minoriti ini akan memungkinkan Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai PM pertama Persekutuan Tanah Melayu? Apakah dalam perlembagaan Malaya yang merdeka akan ada lagi sistem pemerintahan beraja? Apakah agama Islam akan di jadikan agama resmi persekutuan? Akan ada keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan bagi orang Melayu? Perlu diingat menurut Chin Peng semasa tercetusnya darurat, sokongan orang Cina di Malaya terhadap PKM amat besar sekali dan dengan bantuan ketenteraan dari Bintang Tiga, komunis akan dengan mudah mengambilalih pemerintahan negara.
Ya, Inggeris kembali ke Malaya dengan niat untuk meneruskan penjajahan mereka. Walaupun dengan berbagai helah di buat untuk menguatkan penjajahan mereka, Inggeris akhirnya mengalah dan membenarkan Malaya merdeka tanpa pertumpahan darah. Dan penjajah Inggeris memilih untuk berunding dengan orang Melayu bagi kemerdekaan Malaya bukan kumpulan PKM di bawah Chin Peng yang semasa pendudukan Jepun merupakan sekutu yang di berikan latihan dan senjata oleh Inggeris sendiri.
Nilailah sendiri saudara-saudara ku orang Melayu. Siapa yang lebih baik antara komunis Chin Peng atau penjajah Inggeris yang di wakili oleh Henry Gurney. Sejarah tidak dapat menipu. Yang nyata kita dapat mengecapi kemerdekaan 54 tahun kita kerana keputusan Inggeris meningalkan sekutu mereka dan memilih untuk bersama orang Melayu berunding kearah memberikan kemerdekaan terhadap Malaya. Jangan kerana mabuk nak kan undi maka kita bongkar kembali sejarah bagi menjustifikasikan kecaman kita terhadap UMNO. Soalan akhir saya, apa PAS buat semasa negara di ambang kemerdekaan Malaya pada 1957? Ada mata, lihat. Ada telinga, dengar dan ada otak, fikir.
UnclearEngineer
Salam bro....
ReplyDeleteItulah penjajah minda kita....
Henry gerney itulah yg memberi idea utk menubuhkn negara haram yahudi!!
.. Kenapa perlu dsanjung mereka
Adakah mereka lebih hebat dr tok janggut/ datuk bahaman/ mat kilau dll
...siapakah yg penyokong kuat yahudi/ zionis=britisih
...sedarkh anda amaran allah pd umat islam...yahudi dan nasrani tdk brhenti mnfitnah kamu sehingga kamu mengikut telunjuk mereka....