Bila cerita ni mula timbul tempoh hari saya agak malas nak baca. Bagi saya apa yang di katakan amat membingungkan saya. Bukan sahaja tentang isu Malaysia tak pernah di jajah tetapi juga dari mana datangnya ide ini – Majlis Professor Negara (MPN).
Saya rasa isu ini timbul dalam forum bagi membincangkan sejarah perjuangan kemerdekaaan negara apabila ada ahli parlimen Malaysia yang mempersoalkan kewajaran sejarah semasa mengenai peristiwa Bukiit Kepong. Isu asal melibatkan YB Mohamad Sabu yang menimbulkan kontroversi tentang perwirakah anggota polis di Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan balai mereka yang di serang gerombolan komunis. YB Mohamad Sabu berpendapat bahawa pejuang sebenar bukan anggota polis yang di bayar gaji oleh penjajah tapi Mat Indera seorang komunis Melayu yang anti penjajah, penyerang balai tersebut. Polimik isu adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan sebenar mula di bincang orang ramai. Tup, tup keluar idea bahawa Malaya sebenarnya tidak pernah di jajah. Yang aku tak boleh terima, kenapa selepas 54 tahun merdeka, baru ada professor sejarah yang terfikir tentang ini? Itu juga yang membingungkan banyak orang.
Prof. Datuk Dr. Zainal Keling, seorang bekas ahli akademik serta sejarawan terkemuka yang mewakili MPN dalam satu kenyataan baru-baru ini telah menyuarakan pendapat beliau bahawa Malaya tidak pernah di jajah sebelum 1957 dan hanya sebuah negara yang diberikan perlindungan oleh Britain. Pada pendapat Professor yang bijak sejarah ini walaupun Malaysia di tadbir oleh Britain, Malaya masih wilayah berdaulat di bawah raja-raja Melayu. Jadi pada definasi Prof Zainal ini bermakna Malaya bukan tanah jajahan dalam erti kata sebenarnya.
OK lah itu pendapat dia. Malaysia kan negara bebas dan demokrasi dan sesiapa sahaja berhak nak menyatakan pendapat yang sudah tentu disokong oleh fakta-fakta tertentu. Terpulang pada kita semua untuk menerima ide tersebut atau sebaliknya. Tak perlulah pula PAS umpamanya “terkejut berok” dan terus melenting mendesak supaya kerajaan memberikan kenyataan samada menyokong atau menolak ide yang di ketengahkan oleh pfofessor yang arif tersebut. Bagi saya senang sahaja, jika kerajaan BN berpendapat bahawa ide tersebut akan memberikan kelebihan serta faedah sudah tentu satu kenyataan menyokong telah di keluarkan. Di sebabkan tak ada kenyataan rasmi yang menyokong dari kerajaan, kita bolehlah ambil kesimpulan bahawa ide tersebut mungkin terlalu kedepan dan perlu diperbincangkan secara lebih ilmiah dan terbuka.
MPN ni pun satu. Ide seperti ini perlu di bincang sesama ahli dahulu misalnya dalam forum terbuka anjuran MPN sebelum diangkat sebagai sesuatu yang benar untuk di terima sebagai fakta dalam sejarah negara. Ini isu besar sebab selama ini banyak orang termasuk pemimpin dan ahli UMNO sendiri percaya bahawa Tanah Melayu dijajah bermula dari Portugis di Melaka sehinggalah penjajah British keluar pada 1957. Dan rakyat Malaysia telah pun meraikan tarikh keramat 31 Ogos 1957 sebagai hari negara ini mencapai kemerdekaan. Tiba-tiba kata kita tak pernah di jajah. Tu yang 31 Ogos yang kita raikan setiap tahun tu hari apa? Hari keluar dari perut perlindungan kerajaan British? Janggal je bunyi nya!
Kalau ada di buat forum terbuka, mahu juga aku nak tanya beberapa soalan. Sebagai seorang jurutera pencen aku bukanlah belajar sejarah secara mendalam. Tetapi setakat sejarah Malaysia tu mungkin aku ada baca dan belajar serba sedikit. Bagi aku lah definasi merdeka itu sendiri perlu di perjelaskan dulu. Mengikut Kamus Dewan, definasi ‘independent” atau merdeka ialah tidak bergantung pada atau di kawal oleh orang atau kuasa lain, kelakuan atau fikiran yang bebas, hidup bebas. Jadi ape ke bendanya kita tidak pernah dijajah tapi masih perlu di lindungi oleh kerajaan British. Bila sebahagian dari fungsi pemerinatah seperti pentadbiran dan pertahanan di tangan negara lain, ini bermakna kita belum merdeka atau sekurang-kurangya kita tidak bebas sepenuhnya. Kalau tak merdeka jadi apa maksudnya. Kita masih dijajah lah tu. Sekurang-kurang nya minda kita masih di jajah.
Perjanjian yang di tangani oleh Raja-raja Melayu tidak akan bermakna jika kerajaan British yang menentukan segala-galanya (melainkan tentang pentadbiran agama Islam). Kalau raja-raja Melayu masih berkuasa sepenuhnya kenapa Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan rombangan kemerdekaan perlu berunding dengan pihak British sebelum 1957? Kenapa tak di runding dengan Raja-raja Melayu sahaja? Sebenarnya banyak lagi yang bermain dalam kepala aku tentang isu ini. Cukuplah setakat ini.
Menyentuh tentang organisasi Majlis Professor Negara (MPN) ini pun jadi persoalan pada aku. Apa sebenarnya motif penubuhan MTN ni? Kalau organisasi ni sebagai satu organisasi elitis yang mengumpulkan para ahli akademik (di Malaysia, nak jadi professor mestilah kita terdiri dari pensyarah IPT) maka isu ini telah menampakan kegagalan MTN menyerlahkan ke”professor”annya. Isu yang di bangkitkan tidak di fikir dan di bincang secara masak sebelum diutarakan kepada masyarakat. Bila isu tersebut jadi polimik maka sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti ahli ahli MTN sendiri. Telah ada dalam blok yang mengelarkan sesetengah professor Malaysia sebagai professor kangkung.
Sebagai jurutera pencen aku pun teringin nak tubuh satu persatuan bagi mereka-mereka yang senasib dengan aku. Mungkin boleh aku namakan Majlis Jurutera Negara atau singkatnya MAKJUN. Mungkin isu pertama aku kena koreklah maklumat tentang projek-projek pembangunan lama untuk di buat kajian. Boleh ke? jangan nanti ada yang panggil ahli-ahli MAKJUN ni sebagai jurutera “kongkalikong” sudahlah. Jangan marah, gurau sahaja.
Salam.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.