Wednesday, September 7, 2011

MAT INDERA PEJUANG KEMERDEKAAN? KEMANA PERGINYA JATIDIRI ISLAM KITA?

Cerita dari mulut Dr. Abd Rahman Kadir, seorang doktor yang merawat Hj.  Yusof  Rono,  wira terakhir Bukit Kepong sebelum beliau meninggal di Hospital Melaka pada 2005.

Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Jauh sekali ada apa-apa pengiktirafan bahawa Mat Indera menyelamatkan nyawanya. Yang ada hanyalah cerita polis dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung”.

Ada rakan fb yang kata bahawa keganasan Mat Indera membakar anggota polis, isteri serta anak polis dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan cerita propaganda yang di sebarkan kerajaan. Dia kata sebenarnya Mat Indera yang menyelamtkan Haji Yusof Rono. Ada pula yang cuba mengaitkan dengan cerita bahawa Mat Indera pernah belajar agama dengan ayah Tan Sri Mahyudin Yassin. Dikatakan juga Mat Indera pernah hampir mengahwini kakak TPM. Mungkin ini sebagai dalih untuk mempertahankan Mat Indera seperti dalam ceramah Mat Sabu yang songsang itu.

Saya sendiri pernah tinggal satu berek polis dengan Haji Yusof Rono ini semasa bapa saya bertugas dan tinggal di Flat Polis Bandar Hilir, Melaka semasa zaman persekolahan saya dulu. Membaca artikel yang ditulis Dr. Abd Rahman Kadir dalam blog “Anak Seberang” (http://panggungopera.blogspot.com) membuatkan kemarahan saya terhadap komunis makin membara. Sebagai seorang anak anggota polis yang mana ayah saya pernah terlibat dalam memerangi komunis, kekejaman Mat Indera memang tidak boleh di maafkan. Guru agama apa ke jenisnya Mat Indera ini?

Apakah seorang pembunuh sadis seperti Mat Indera ini layak di gelar pejuang kemerdekaan? Kemerdekaan dari apa? Dari penjajahan british ke penjajahan ideologi komunis. Nasib baik komunis gagal dalam cita-cita mereka, jika tidak, jadilah orang Melayu/Islam di Malaya ini  senasib rakyat Soviet dan China di era komunis totok dulu.

Sedarlah hai rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Komunis adalah musuh utama umat Islam. Tapi saya hairan kenapa ada manusia Melayu yang kononnya ingin menegakkan pemerintahan Islam di tanah air ku ini boleh bersimpati dengan petualang-petualang negara ini? Sedarlah saudaraku…… Mengejar kuasa itu satu, tak kan sampai nak di gadaikan nilai agama kita pula!

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.