MOHAMAD SABU MENYIFATKAN ISU KOMUNIS SENGAJA DITIMBULKAN BAGI MENGALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP KEPINCANGAN PENGURUSAN PILIHAN RAYA DAN KENAIKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN SEKARANG. TIMBALAN PRESIDEN PAS INI BERKATA, “PEMIMPIN UMNO DILIHAT MERASA GUSAR DAN PANIK APABILA SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN MULAI DIKETAHUI RAKYAT KHUSUSNYA GENERASI MUDA”. – the Malaysian
Insider.
Yelah tu Encik Mat oii. Masih mahu terus menegakkan benang basah juga kau ye? UMNO juga dipersalahkan bila dia dah tersasul dalam ceramahnya. Kalau nak tahu Encik Mat, sejarah memang ditulis oleh mereka yang menang. Kalau pihak yang menang menceritakan kehebatan pihak yang kalah macam mana pula tu? Faktanya kalau hebat sangat, apa sebab mereka kalah? Esok kalau ditakdirkan Allah PAS menang menakluki Putrajaya, kau boleh sahaja tulis balik sejarah negara ikut kefahaman kau. Ada aku peduli?
Walaupun saya pernah minat teramat sangat pada subjek sejarah, tapi ia hanya satu minat yang akan padam jika terlalu banyak manipulasi. Saya nak tanya, kau dah baca tak buku biografi “Alias Chin Peng – My Side of History”. Apa yang dia tulis dalam buku tu? Semua mengenai hebatnya PKM dan apa yang dia tulis pasal PAS? Almost none. Itu belum menang lagi tu. Kalau depa menang dulu, sejarah kemerdekaan Malaya akan hanya berkisar sekeliling perjuangan PKM yang hanya mewakili kaum Cina sahaja. Merekalah jaguh memperjuangkan kemerdekaan negara walaupun sebenarnya mereka adalah cuvanis Cina yang asalnya aktif berpolitik untuk mengembling bantuan bagi negara ibunda meraka, China. Si Mat Indera yang hebat sangat kerana menyerang Balai Polis Bukit Kepong tu tak ada pun yang di sebut dek Chin Peng. Rashid Maidin? Pengerusi PKM? Abdullah CD? Siapa mereka-mereka ini dalam PKM? Hanya patung untuk menarik orang Melayu masuk PKM. Tak ada apa-apa yang hebat. Yang hebat hanya Chin Peng yang dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya pada usia 23 tahun. Ini saya yang buat, itu saya yang fikir, saya tolak anugerah OBE blah, blah, blah….sampai habis 516 helai muka surat.
Saya tidak sesekali menidakkan sumbangan manusia seperti Chin Peng dalam sejarah moden Malaya tapi kenapa dalam bukunya hanya bahagian kecil sahaja di sebut tentang perjuangan bangsa-bangsa lain? Jawabnya mudah, sebab biografi tersebut biografi dia. Jadi dia boleh tulis apa yang dia suka. Jadi tak hairanlah jika sejarah kemerdekaan Malaya di tulis pada pandangan UMNO/Perikatan. Saya mencadangkan kepada “pakar” sejarah perjuangan PAS seperti Mat Sabu untuk menulis biografi sendiri dan ceritalah segala sumbangan pihak PAS memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Saya benar-benar ikhlas nak tahu. Setakat bercakap tanpa di tulis dalan satu bentuk rencana ilmiah yang mampu di nilai oleh semua orang memang mudah. Ada boleh ka Encik Mat?
Sebagai seorang yang meminati subjek sejarah, saya pernah membaca tentang perjuangan tokoh-tokoh “kiri” seperti Dr. Burhanudin Hilmi, Dato Asri Muda, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin, Abdullah CD, Samsiah Fakeh dan lain-lain. Saya menghormati perjuangan mereka. Idealisma mereka sedikit sebanyak
telah mencorakkan pemikiran saya semasa jadi mahasiswa dulu. Tapi faktanya ialah jalan perjuangan yang mereka rintis tidak berjaya mendapatkan kemerdekaan Malaya dari British. UMNO dengan sokongan MCA dan MIC yang berjaya. Apakah ini juga satu penipuan fakta, Encik Mat?
Berbalik kepada kenyataan Mat Sabu bahawa pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda. Apalah yang kau cakap melalut macam ni Encik Mat. Macam yang saya syorkan di atas, tolonglah tulis sikit tentang sumbangan mereka-mereka di luar UMNO dalam perjuangan kemerdekaan negara. Saya juga mahu tahu. Percayalah, kerajaan BN tidak akan tumbang serta merta jika fakta sebenar di ketahui generasi muda. Risau pun tak, ini kan pula panik!
Yang UMNO paling takut bukan hilang kuasa tapi jika negara ini jadi hancai apabila dapat ketangan orang seperti Mat Sabu dan sekutu-sekutu yang sewaktu dengan nya. Nak hancurkan memang senang, nak perbaiki balik bukan calang mudah kerjanya. Belajar sahaja dari lembaran sejarah dunia. Lihat Iran, Iraq, Afghanistan dan yang paling terdekat Mesir, Libya dan mungkin juga Syria.
UnclearEngineer
Sejarah bukan dongeng. Sejarah ditulis berasaskan bukti, dokumen dan fakta. Sejarah lisan mungkin ada tokok tambahnya seperti hikayat.
ReplyDelete