PAS aims to win 60 federal seats in a general election that is expected within a year. Hj. Abdul Hadi Awang, President of PAS added that with the present 24 seats PAS aimed to take 25 federal seats from Umno, meaning that another 11 seats have to come from non-Malay majority seats contested by other BN component parties. Najib is expected to call a general elections soon despite his mandate only expiring on April 28 2013 as the economy flounders under the threat of a likely double-dip recession – sumber dari Malaysian Insider.
Pertanyaan saya:-
· Mampukah PAS memenangi 25 kerusi yang di kuasai UMNO sekarang di PRU 13? Mungkin akan berjaya menang satu dua kerusi sahaja tapi jangan lupa PAS juga mungkin kehilangan satu dua kerasi yang di pegang sekarang. Jadi saya rasa senario paling menasabah, status quo dengan UMNO.
· 11 kerusi dari kawasan majoriti bercampur (Melayu/bukan Melayu seimbang). Apa sebab PKR mahu melepaskan kerusi seperti ini untuk ditandingi oleh PAS? Halangan utama yang perlu diharungi PAS sebelum pilihanraya umum adalah bantahan dari PKR. PKR hanya akan menyerah kerusi tersebut jika mereka dalam keadaan terlalu lemah disebabkan kehilangan pucuk pimpinan utama. Samada lemah atau kurang kuat, PKR tak akan setuju untuk menyerahkan sehingga 11 kerusi kepada PAS melainkan jika dipaksa oleh gabungan Pakatan Rakyat. Jika berjaya pun PAS mengenepikan bantahan PKR, mampukah calon PAS memenagi kerusi tersebut apabila kehilangan undi dari penyokong PKR yang tidak berpuas hati?
· Ekonomi dunia dijangka akan meleset pada tahun depan disebabkan kemungkinan “double dip recession” yang terpaksa di harungi dunia. Katakanlah dengan izin Allah PAS berjaya. Apakah PAS sudah bersedia dengan peracangan ekonomi ala sistem Islamnya untuk menghadapi situasi tersebut? Kalau melihat keadaan di Kedah dan Kelantan yang diperintah PAS, saya percaya ramai rakyat Malaysia masih kurang yakin dengan kemampuan PAS untuk mengepalai kerajaan. Senario paling boleh dipercayai, PAS akan membiarkan DAP dengan pakar-pakarnya untuk menguruskan ekonomi dan sudah pasti ekonomi Islam tafsiran PAS akan diketepikan. Jadilah umpama PAS “menang sabung, kampung tergadai” dan Islam akan terus di ketepikan.
Saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepada Haji Hadi Awang kerana berani untuk sekurang-kurangnya memasang angan-angan yang begitu tinggi. Bak kata orang bijak pandai kalau kita bercita-cita mencapai bintang, kalau tak dapat pun mungkin kita sekurang-kurangnya akan berjaya mencapai puncak gunung Everest. Tapi setakat puncak gunung Everest tak akan membawa PAS ke Putrajaya. Realitinya kejayaan gemilang PAS merampas kerajaan federal sebagaimana yang di impikan oleh Haji Hadi masih jauh. Masih ramai orang Melayu/Islam yang tidak percaya dengan kemampuan PAS kini dan masa depan untuk memperjuangkan Islam sebagai cara hidup yang akan dapat mempersiapkan mereka menghadapi cabaran di zaman serba moden ini.
Melihat keadaan umat Islam di Afghanistan dan Pakistan, PAS harus berkerja lebih keras untuk menyakinkan orang Melayu/Islam bahawa cara hidup “Islamik” yang dibawa mereka adalah sistem yang terbaik. Berceramah sana sini dengan isi ceramah yang merapu tidak mungkin akan membawa PAS kemana-mana. Minta penceramah PAS seperti Mat Sabu umpamanya untuk mengupas isu ekonomi dan isu yang lebih relevan dengan pentadbiran sebuah negara Islam yang progresif dalam ceramah-ceramahnya. Barulah nanti orang Melayu akan membuka mata! Kalau tidak berduyun-duyun orang akan pergi ke ceramah PAS cuma kerana untuk melihat dan mendengar "stand up comedy" yang di persembahkan secara percuma oleh badut-badut popular mengalahkan kumpulan senario.
Salam raya.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.