Wednesday, July 4, 2012

DILEMA PARTI MELAYU

P
Prof Mohamad Agus Yunus dari UKM tidak bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir bahawa PRU13 akan menjadikan isu perkauman sebagai satu isu besar jika dibandingkan dengan PRU yang lepas-lepas. Kata Prof yang bijaksana ini pengundi Malaysia sebenarnya dah jemu dengan isu perkauman yang mainkan oleh parti politik.

Sebenarnya tak semua yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu salah. Tetapi untuk menuduh UMNO sengaja memainkan isu tersebut untuk survival adalah keterlaluan. Orang Melayu dalam UMNO sudah lama sedar bahawa Malaysia adalah negara majmuk dan sebab itulah dalam konsep Barisan Nasional semua kaum perlu diwakili dalam kerajaan.


Kebanyakan parti di Malaysia ada isu asas yang selalu dipermainkan untuk mendapatkan undi. DAP/MCA dengan isu kecinaannya, PAS dengan isu keagamaannya dan MIC dengan isu keindiaannya. Mungkin PKR lebih multi-racial tapi nampaknya parti tersebut masih juga di monopoli oleh orang Melayu. Tetapi kenapa hanya UMNO sahaja menjadi sasaran kecaman denga sikap “rasis”nya?

Berbalik kepada isu Melayu. Dalam perlembagaan Malaysia, Melayu tidak semestinya sebuah bangsa yang dilahirkan dari perut seorang ibu Melayu tapi sebuah bangsa yang mampu diperolehi (acquired). Apa taknya, mamak yang kedua ibu bapa yang lahir di India dan bertutur Tamil pun boleh jadi Melayu begitu juga Bengali yang kahwin dengan wanita Melayu dan masuk Islam. Cukup dengan sesaorang itu memeluk Islam dan menjalani kehidupan sebagai orang Melayu dan fasih berbahasa Melayu.

Saya ada seorang sahabat seorang “Syed” yang bapanya sendiri tak berapa fasih berbahasa Melayu dan berkahwin dengan seorang wanita China  tetapi disebabkan dia Islam, dan hidup dalam perkampungan Melayu, maka dia sendiri mengaku dirinya Melayu. Kalau dengar dia bercakap pasal Melayu, naik meremang bulu roma kita di buatnya. Di sekolah dulu saya ada seorang senior yang bernama Rashid s/o Mydin tertulis dalam surat beranaknya. Kalau tengok dia, memang sah dia orang yang berasal dari Benua India. Beberapa tahun dulu aku dengar cerita dia masuk UMNO dan bergerak aktif dalam sebuah bahagian UMNO di Selangor. Aik, sejak bila dia jadi Melayu?

Berlainan dengan kumpulan ketuanan kulit putih “white supremicist” di AS misalnya. Bangsa terpilih adalah bangsa dari darah Eropah, berkulit putih dan beragama Kristian. Kalau bukan dari kulit putih, no way! Dalam istilah Melayu Malaysia, mereka yang hitam legam, putih melepak, sawo matang dan yang bermata sepit juga boleh jadi Melayu. Jadi mana rasis nya Melayu dalam UMNO?

Apa yang kadang-kadang membuatkan orang Melayu rasa terkilan apabila ada di antara rakyat Malaysia yang lahir dan hidup hampir 30-40 tahun di Malaysia masih tidak mampu berbahasa kebangsaan dengan baik. Keenganan mereka berasimilasi dengan keadaan tempatan menyebabkan orang Melayu terpaksa berkeras mempertahankan nilai-nilai asal mereka. Saya percaya jika rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini mampu memperlihatkan kecenderungan mereka kepada budaya tempatan, maka dinding perkauman antara sesama kita dengan sendirinya akan runtuh. Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa ini boleh berlaku. DS Najib telah memperlihatkan bahawa BN yang di tunjangi UMNO boleh bersifat lebih adil dengan semua kaum di Malaysia. Kebanyakan ahli-ahli serta penyokong UMNO menyokong transformasi yang sedang beliau lakukan. Bagaimanapun, tolak ansur Presiden UMNO ini perlu di balas dengan setimpalnya oleh kaum bukan Melayu.

Mengecam UMNO punca masalah perkauman ini adalah kurang tepat. Bak kata orang bijak pandai “bertepuk tangan sebelah tak kan berbunyi”. Sungguh, saya berharap benar supaya rakyat Malaysia menjadi bertambah bersatu selepas PRU13 ini. Melihat perkembangan terkini, ini mungkin satu angan-angan yang tak akan menjadi kenyataan.

Sementara itu, buat sahajalah apa yang patut. Asalkan tolong  jangan dijahanamkan negara ni, OK?

UnclearEngineer

1 comment:

  1. Salam, Itulah yang baiknya Melayu ini. Melayu sebenarnya tidak rasis. Malahan lebih bersifat akomodasi. Malahan sejarah membuktikan bahawa bangsa Melayu memang fitrahnya bersifat akomodasi terhadap sebarang bangsa yang mahu berbaik dengannya. Bangsa Melayu itu dinilai dan disahtaraf melalui pegangan Islam dan tatasusila Melayu seseorang. Melayu itu tidak dinilai berdasarkan genetik seperti Cina contohnya. (Maaf. Ini bukan rasis. Tapi fakta. Sila sanggah berdasarkan fakta jika salah). Bangsa Cina di seluruh dunia semuanya disahtaraf melalui genetik. Hanya orang Cina yang 100% berdarah Cina akan layak digelar orang Cina. Bukankah itu lebih rasis?

    KP

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.