Thursday, June 30, 2011

MENJAWAB SOALAN SAUDARA DP MENGENAI LYNAS

Saudara DP

Maaf kerana lambat jawab. Pertama kerana saya sibuk dengan kerja saya dan kedua saya ada perkara lain yang sedang bermain di kepala. Jadi isu lepas seperti Lynas ni dah rasa macam tak ada “kick” lagi untuk diulas. Mungkin lepas keluar laporan pakar IAEA  nanti, saya akan ada mood untuk menulis kembali. Walau bagaimana pun saya cuba menjawab soalan saudara setakat yang boleh.

Apakah pandangan En berkenaan Asian Rare Earth Plant(ARE) yang pernah beroperasi di Bukit Merah, Perak suatu masa dahulu? Adakah ianya suatu operasi yang dianggap selamat pada waktu itu? Apakah pandangan En terhadap tahap keselamatan ARE sekarang?
Asian Rare Earth (ARE), Ipoh – isu  ARE ni isu lama. Saya masih ingat lagi kerana masa itu saya masih berkhidmat di PUSPATI, Bangi. Dari segi teknikalnya saya rasa ARE tidaklah begitu membahayakan seperti yang di gembar gemborkan.

Unsur nadi bumi bukan bahan radiokatif. Bagaimanapun unsur ini selalunya terdapat bersama-sama dengan bahan uranium dan thorium yang mengeluarkan radiasi paras rendah. Unsur-unsur thorium dan uranium inilah yang menyeababkan proses pengeluran unsur nadir bumi ini perlu di kawal supaya radiasi dari bahan mentah tersebut tidak menjadi masaalah kepada pekerja dan penduduk sekitarnya.


Apa yang berlaku di Ipoh ialah ARE memproses bahan buangan dari industri perlombongan bijih timah. Bahan buangan seperti ini memang banyak bertimbun di kawasan Ipoh sendiri. Logiknya macam mana ia mampu membahayakan penduduk begitu rupa jika asalnya dari tanah yang  di duduki  oleh orang ramai. Untuk makluman sehingga kini banyak rumah di Ipoh yang didirikan di atas timbunan bahan buangan ini. Ipoh sendiri merupakan antara bandaraya yang mempunyai paras sinaran latarbelakang (background radiation) antara yang tertinggi di Malaysia. Walau bagaimana pun saya tidak membaca data dari kajian saintifik yang mengatakan kadar berlaku kanser di Ipoh antara yang tertinggi di Malaysia. Apakah boleh kita kata bahan buangan industri bijih timah ini yang kemudiannya di proses smula oleh ARE untuk mendapatkan nadir bumi (rare earth) merbahaya?

Saya amat tertarik dengan laporan oleh Karam Singh Walia dalam Buletin Berita 8:00 malam di TV3 mengenai dengan paras radiasi latarbelakng (background radiation) di berapa tempat di Malaysia. Kalau ada dalam youtube, mungkin saudara boleh lihat untuk memberikan perspektif yang lebih seimbang dalam isu ini.

Protes terhadap ARE telahpun dibawa ke mahkamah dan keputusan telah di buat untuk ARE memberhentikan operasinya. Itu keputusan mahkamah dan kita akur dengan keputusan itu. Samada keputusan itu tepat atau tidak, ARE telah mengambil keputusan untuk mematuhi segala arahan mahkamah. Saya di maklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan di kilang ARE telah dijalankan seperti yang dikehendaki mahkamah. Sebagai organisasi korporat, pemegang saham ARE telah membelanjakan beratus juta ringgit bagi memastikan keadaan di sekitar kilang ARE tersebut di “pulihkan” ke keadaan normal.

Adakah apa-apa persamaan di antara kegiatan yang dijalankan oleh syarikat ARE dan apa yang bakal diusahakan oleh syarikat Lynas di Gebeng, Pahang?
Persamaan hanya dari segi produk yang dihasilkan iaitu unsur nadir  bumi. Bahan mentah dikatakan di import dari Australia yang dilombong terus dari bumi  dan di segi fizikalnya mungkin berlainan dari bahan mentah yang di gunakan oleh ARE Ipoh. Teknologi pemprosesan pula mungkin telah banyak berubah. Lynas mungkin menggunakan teknologi lebih terkini untuk cuba meminimumkan “pencemaran” di kawasan sekitaran. Itu sebabnya kos projek ini di katakan sehingga mencecah RM700 juta.

Bolehkah En berikan status terkini berkenaan usaha pembersihan sisa-sisa radioaktif daripada kilang ARE di Bukit Merah? Di manakah tempat buangan sisa sisa radioaktif tersebut?
Saya tak dapat menjawab soalan ini kerana kerja kerja pembersihan di bawah penyeliaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan Agensi Nuklear Malaysia. Saya sudah hampir 17 tahun meninggalkan PUSPATI dan berkhidmat di sektor swasta.

Apakah rancangan Syarikat Lynas untuk melupuskan sisa sisa radioaktif yang bakal dihasilkan semasa kilang itu beroperasi?
Saya tak dapat menjawab soalan ini sebab saya tidak termasuk dalam kumpulan yang membaca permohonan Lynas kepada LPTA bagi permohonan lesen. Yang saya pasti Lynas perlu memuaskan semua keperluan perundangan Malaysia dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa sebelum di berikan lesen operasi oleh LPTA. Apa yang ada pada Lynas sekarang ini ialah kebenaran memulakan pembinaan kilang. Jika LPTa tidak berpuas hati di segi tahap keselamatan dan juga cara penstoran bahan buangan, maka lesen operasi sudah pasti tidak akan di keluarkan dan kilang tidak boleh beroperasi walaupun sudah lengkap dipasang. Inilah risiko yang sedang di hadapi oleh Lynas sekarang. Mari kita lihat apa yang terjadi selepas laporan IAEA dikeluarkan.

Saya harap saya telah dapat menjawab soalan DP sebaik mungkin. Salam.

UnclearEngineer

Wednesday, June 29, 2011

20 TAHUN DALAM KENANGAN – KAPT. (U) MOHD TADJUDDIN BIN MOHD YUNUS

Mohd Tadjuddin (tengah) di depan pesawat pejuang Skyhawk
Tahun ini 2011 genaplah 20 tahun adik ku Kapt (U) Mohd Tajuddin Mohd Yunus kembali mengadap Ilahi dalam keadaan yang amat tragis sekali. Peristiwa kemalangan di East Sale Air Force Base, Australia melibatkan beliau bagaikan ku rasakan berlaku baru semalam. Sehingga kini, aku masih tak dapat melupakan panggilan telefon dari MINDEF yang ku terima pada malam kejadian tersebut.

Dektar, panggilan yang aku dan lain-lain adik beradik berikan untuk beliau sejak dari kecil. Dikalangan kawan-kawannya di MRSM Seremban beliau di kenali sebagai Tajud, Pak Uda oleh anak-anak buah dan TJ oleh rakan sekerja di Pangkalan TUDM, Kuantan. Di Kuantan beliau bertugas sebagai juruterbang pejuang di SKUADRON KE 9 SKYHAWK.

Bagaimana seorang “top student” dari MRSM Seremban boleh sangkut jadi “fighter pilot”  TUDM memang mempunyai cerita serta sejarahnya tersendiri. Cukup untuk ku katakan bahawa destini dirinya  telah ditentukan Allah untuk menjadi seorang juruterbang. Akhirnya beliau berjaya mencapai cita-cita nya walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu beliau lalui. Itulah cita-citanya dan akhirnya dia meningggal dunia dalam kerjaya yang diminatinya. Memang betul, Allah yang menetukan segala-galanya.

Malam 5 hb. Ogos, 1991 itu masih segar diingatan ku. Semasa itu aku masih berkhidmat di Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dan tinggal di Bandar Baru Bangi. Lebih kurang 8:30 malam aku sedang melayan Berita Utama di TV3 yang memang merupakan stesyen TV kegemaran ku. Telefon berbunyi dan aku tangkas menjawabnya. Dihujung sana terdengar suara seorang lelaki berpangkat Jeneral memperkenalkan dirinya. Mendengar sahaja panggilan ini dari MINDEF nafas ku terus berlari laju. Belum pun sempat pegawai kanan TUDM tersebut menerangkan maksud panggilan, aku dengan pantas terus mengajukan pertanyaan. Apa terjadi kepada adik saya? Apakah dia masih hidup atau sudah mati?. Pertanyaan demi pertanyaan ku terus mengasak bertalu-talu.

Sebenarnya aku memang suka tengok wayang cerita perang. Itu sebabnya aku bercita-cita mahu jadi pegawai tentera bila besar. Aku pernah bermimpi bahawa aku tidak mati di atas katil tapi di sambar peluru musuh semasa berdiri gagah menghadapi musuh yang begitu ramai sambil mempertahankan bendera tanah air yang ku cintai ini. Bagiku itulah cara kematian yang teramat mulia bagi seorang lelaki. Entah macam mana pula boleh jadi  jurutera nuklear akhirnya. Itu namanya suratan serta ketentuan Allah jua. Jadi “scene” dalam wayang perang yang memperlihatkan bagaimana pihak tentera memaklumkan pada waris tentang perwira yang gugur di medan perang itulah yang membuatkan aku pasti bahawa panggilan dari MINDEF itu mahu memaklumkan tentang sesuatu nahas telah berlaku. Sebelum bertolak ke Australia, Dekta telah meminta izin untuk meletakkan nama ku sebagai waris terdekat jika terjadi sesuatu kepada beliau semasa latihannya nanti.

Sang Jenderal telah meminta kebenaran untuk datang sendiri ke rumah dan bertanya tentang alamat serta kedudukan rumah ku. Sebelum meletakkan telefon pegawai tersebut telah memaklumkan bahawa kapal terbang adik saya telah di dapati hilang dalam penerbangan latihan sebelah malam. Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang di jalankan oleh anggota RAAF. Belum lagi ada kepastian tentang kedudukan adik saya dan seorang juruterbang berpangkat major yang bertindak sebagai jurulatih adik saya pada malam itu. Bagaimana pun beliau ada memaklumkan bahawa kapalterbang yang dipandu adik saya ini mempunyai “ejector seats” nya tersendiri. Mungkin adik saya dan jurulatihnya selamat walaupun mengalami kecederaan. Itulah kata hati ku sebagai penyedap perasaan.

Selepas memaklumkan kepada isteri dan anak-anakku yang waktu itu masih kecil untuk memahami, aku terus diam terpaku melayan pertanyaan yang bermain dalam otak ku sendiri. Mood nak tengok berita TV sudah terbantut. Sementara menunggu kesampaian tetamu dari MINDEF aku terus melayan perasaan. Bagaimanakah nak ku sampaikan berita ini kepada ibu bapa ku di kampung nanti? Ya, Allah selamatkanlah Dekta supaya aku tidak perlu jadi manusia pertama untuk memaklumkan berita ini kepada kedua orang tua ku. Aku tak sanggup mendengar tangisan terutama dari ibu ku. Apatah lagi Dekta merupaka “favourite son” kepada ibu ku kerana dia adalah model seorang “gentleman” serta anak yang baik. Tidak pernah melawan dan meninggikan suara kepada emak dan abah. Memang setakat yang ku ingat, tak pernah! Aku masih ingat, abah merotannya sepanjang jalan ke sekolah sebab dia enggan ke sekolah pada pagi itu sebab takut di buli samseng. Biru birat belakang dia kena rotan abah tapi sambil menanggis dia tetap tak lari!

Sejarah Dekta ni penuh dengan cerita nya tersendiri. Dia pada mulanya enggan pergi apabila dapat tawaran biasiswa MARA untuk menuntut dalam bidang fizik di Indiana University, Bloomington, USA. Mungkin dia ada perancangan masadepannya tersendiri. Sebab emak berkeras dia akur dan akibatnya akan di tanggung oleh dia kemudian. Itulah Dektar yang ku kenali. Kerana ibu, dia sanggup memendam perasaan bersendirian. Setelah jadi pegawai TUDM, emak selalu mendesak dia supaya kahwin. Dia menolak dengan caranya sendiri. Aku masih ingat katanya, “Tar akan kahwin jika Tar sampai umur 30 tahun nanti”. Apakah dia sudah mengetahui akan qada dan kadar nya? Mungkin secara kebetulan, adik ku menemui nahas semasa umur nya baru melepasi 29 tahun!

Lama juga aku menunggu sebelum 2 orang muncul dari kereta yang berhenti di depan rumah. Jam besar di dinding  rumah ku sudah meliwati pukul 10:00 malam. Aku begitu tenang menyambut kedua tetamu. Aku sudah redha dengan apa jua berita yang akan disampaikan. Aku tidak akan terperajat lagi jika berita yang sampai adalah berita paling buruk sekalipun. Setelah duduk dan memperkenaklan diri, pegawai yang paling senior sekali terus membuka bicara. Suaranya tenang, perkataannya bersususn satu, satu. Mengiku beliau, Dekta serta kumpulan seperlatihannya telah diarah menjalankan penerbangan malam menggunakan “instrument rating”. Saya diberitahu bahawa dalam latihan sebegini, cermin kokpit akan di selubungi dan juruterbang perlu mengendali kapal terbang masing-masing  semasa berlepas, berlegar di angkasa dan mendarat semula dengan hanya berpandukan “instruments” yang ada di dalam kokpit tanpa merujuk kepada kedudukan muka bumi di luar. Kapal terbang adik saya dimaklumkan telah jatuh terhempas di dalam kawasan ladang gandum beberapa batu dari landasan terbang sewaktu mahu mendarat. Menurut beliau bangkai pesawat telah dijumpai dan pihak penyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan dua jasad yang di jumpai dalam pesawat  yang telah hangus terbakar. Kedua-dua, adik saya dan jurulatihnya telah di sahkan terbunuh. Innalillah………… selepas menjamah sedikit air yang dihidang, kedua-dua tetamu ini terus berlalu dan berjanji akan menalipon lagi pada esok hari.

Malam itu aku tak lelap tidur. Bagaimana aku mahu menyusun kata apabila bercakap dengan bapa serta ibu ku nanti? Ya, Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi saat-saat begini. Esok pagi aku dan keluarga terus balik kampung. Aku bertekad mahu memberitahu sendiri berita buruk ini.  Sesampai di kampung, aku di maklumkan bahawa kedua-dua orang tua ku berada di rumah abang sulung ku di Melaka. Aku bergegas pula bertolak ke Melaka. Sampai di Melaka, ibu ku kelihatan cemas umpama sudah mengetahui sesuatu buruk akan di sampaikan.Mungkin inilah yang dikatakan gerak hati seorang ibu tambahan pula bila melihat aku datang sekeluarga padahal hari tersebut hari kerja dan sekolah. “Kau tak kerja ke?”, tegur ibu ku sewaktu bersalam. “Tak mak, saya datang nak cakap sikit dengan abah dan emak”, kata ku selamba tanpa mahu memperlihatkan sebarang perubahan di wajah ku. Aku terus jemput abah dan mak duduk di kerusi.

“Mak, abah, saya datang ni bawa satu berita. Saya minta mak dan abah supaya banyak-banyak bersabar”, kata ku sambil cuba menahan kesedihan serta emosi. Di saat itu juga aku sudah tidak dapat menahan air mata ku yang terus sahaja jatuh berderai umpama awan hitam yang tidak mampu membendung kandungan air hujannya lagi. Aku merasa sudah tak mampu lagi untuk bersuara. “Mak, abah”, aku terdiam seketika. “Dekta dah tak ada lagi!”, kataku umpama macam separuh menjerit. “Dia nahas udara malam tadi di Australia”, sambung ku lagi. Ayah ku yang sememangnya uzur sejak balik dari mengerjakan haji terus mengurut dadanya sambil menyebut “Allah, Allah.”. Sedangkan ibu ku terus sahaja menanggis teresak-esak sambil menyapu air mata dengan tuala mandi yang masih diselepangkan dileher. “Sabarlah emak, sabarlah abah, marilah kita pulang ke kampung untuk menunggu jenazah Dekta”, kata ku memujuk.

Esoknya berita tentang nahas di Australia itu menjadi berita hangat dalam setiap akhbar. An ace pilot from Malaysia died in an airplane crash in Australia merupakan antara berita yang terpampang di muka depan akhbar. Pemberita, jurukemera TV bertali arus datang ke rumah di kampung untuk mendapatkan berita. Aku, ibu dan adik beradik yang lain ditemuramah. Perkara ini berterusan sehingga seminggu. Bagi saya  serta keluarga masih terus menunggu kesampaian kembali jenazah Dekta dari Australia supaya dapat disemadikan di tanah perkuburan di kampung ku. Akhirnya selepas lebih 7 hari menunggu, jenazah sampai di kampung pada hampir pukul sebelas malam. Menurut mereka yang sempat memandi dan serta melakukan sembahyang jenazah di sebuah Masjid di Melbourne, hanya terdapat beberapa ketul dari jenazah adik ku yang dapt dipunggut. Seketul daging dibahagian pinggul serta beberapa ketulan tulang serta tengkorak beliau. Lainnya habis hanggus terbakar.

Selesai di sembahyangkan, keranda terus di usung ke tanah perkuburan oleh sekumpulan pegawai tentera udara dalam pakaian istiadat. Pekan Seri Menanti tidak pernah jem dengan kereta sebegitu rupa. Dianggarkan sepanjang jalan lima kilometer (kiri/kanan) sebelum dan selepas rumah ibu ku dipenuhi dengan kereta dan kenderaan tentera. Kawasan kubur yang gelap gelita jadi terang benderang dengan lampu yang dipasang oleh juga pihak tentera. Lewat pukul 12:00 tengah malam, bugel “the last post” dibunyikan dan beberapa das tembakan rifel tanda penghormatan dilepaskan. Semasa talkin di baca, ayah ku diam kaku sambil memerhati sedangkan ibu hampir rebah menahan tangis meratapi pemergian anak kesayangannya. “Selamat tinggal Dektar, semoga kau aman dalam perjalanan menemui tuhan mu”, kata ku dalam hati.

Ayah ku tidak pernah sembuh dari sakitnya sejak peristiwa itu. Selang setahun, ayah ku pula meninggal dunia dan di kuburkan bersebelahan dengan kubur Dektar, anak yang tidak pernah menyakiti hatinya. Aku pula beberapa tahun kemudian telah berpeluang melawat Melbourne, Australia dan aku telah mengambil peluang untuk menziarahi tempat nahas adik ku. Di sebatang pohon di tempat di mana pesawat Dekta meletup dan terbakar, aku berdiri sambil membacakan doa supaya rohnya aman sentiasa.

Di hadapan bangunan blok pentadbiran Pengkalan Tentera Udara East Sale telah di tanam sebatang pokok tanda ingatan oleh rakan seperlatihan. Di pangkal pokok tersebut tertanam sekeping plak berbunyi  “THIS TREE WAS PLANTED IN MEMORY OF CAPT MOHD TADJUDDIN BIN MOHD YUNUS KILLED TRAGICALLY O5 AUGUST 1991.”

Plag peringatan yang di letakkan di pangkal sepohon pokok
di East Sale Air Force Base, Australia.
Selepas 20 tahun aku dan anak-anak ku masih terus mengingati.  Apabila aku melihat semula video cerita Top Gun yang amat di gemari Dekta, aku umpama melihat adik ku Tadjuddin menggantikan  Tom Cruise mengendalikan jet pejuangnya di angkasa raya . Selamat tinggal adik ku, Anggah doakan semoga kau  aman di alam barzah mu. Amin.


UnclearEngineer

Monday, June 27, 2011

KEBARANGKALIAN 80.0% DAN 99.99%.

Dr. Hany Farid
Bila tersiar berita bahawa pakar dari Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa manusia dalam video yang paling popular di Malaysia adalah 99.99% si anu, maka gempitalah dunia di Malaysia ini dan ramailah yang tak percaya. Kenapa  99.99% tidak 100%? Untuk makluman, andaian ini di buat oleh  Dr. Hany Farid seorang pakar dari Dartmouth College, AS setelah memeriksa bahan yang di hantar menggunakan kaedah baru apa yang di panggil sebagai “digital forensics”. Nak tahu lebih lanjut pergi sahaja ke wikipedia dan taip “digital forensics”.

FLASH BACK: Bila seorang pakar Dr. Pornthip dari Thailand buat andaian bahawa TBH berkemungkinan 80% di bunuh sebelum di tolak jatuh, maka kumpulan manusia yang sama seperti di atas terus percaya. Maka di mintalah Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan kerana mereka percaya bahawa 80% merupakan satu andaian yang amat besar. Saya sebenarnya setuju walaupun andaian ini di buat menggunakan satu kaedah saintifik lama yang dikenali juga sebagai “look-look at pictures forensics”. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai kaedah ini, maaf sahajalah sebab dalam wikipedia pun tak ada tertulis.

Dr. Pornthip
Apa yang mahu saya persoalkan bukan tentang kaedah yang di gunakan itu lama atau baru. Tapi sikap berpilih-pilih kita dalam mempercayai fakta mahupun andaian. Kebanyakkan kita memilih untuk percaya berdasarkan kepada kecondongan politik masing-masing. Kalau “fakta” tidak selari dengan kepercayaaan politik kita maka kita terus memekik mengatakan tidak percaya dan itu adalah satu konspirasi.

Bagi menegakkan keadilan, saya bersetuju jika terdapat pakar (mestilah pakar dalam bidang terlibat bukan pakar hadis menilai kes TBH misalnya) yang mengatakan kebarangkalian sesuatu kejadian melebihi 50%, maka satu penyiasatan lanjut perlu di adakan tak kiralah dengan mengadakan suruhanjaya biasa mahupun RCI. Ini kerana satu keraguan telah berjaya di timbulkan. Dalam kes 99.99% ini, tak ada ke mana-mana pihak nak maju ke depan memohon kepada kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya penyiasat atau satu siasatan polis? Kalau ada pun tidak mendapat sokongan yang kuat dari mana-mana pihak. Siasatan polis katanya ada tapi tindakan susulan masih lagi kita tunggu-tunggu. Sementara menunggu, bermacam-macam teori telah dibentangkan termasuk satu usaha membuat video untuk membuktikan bahawa video asal itu satu lakonan.

Sesuatu yang menakjubkan saya telah berlaku baru-baru ini. Apabila RCI TBH selesai dan laporan Suruhanjaya DiRaja dipersembahkan ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agong. Saya tidak pun mendengar  suara-suara kuat dari mana-mana pihak yang mahu supaya laporan ini dibuka kepada orang ramai. Apa yang dah jadi agaknya? Mungkin ramai yang dah tahu apa sebenarnya konklusi penyiasatan oleh RCI ini. Kesian TBH, orang dah lupakan dia tu. Mungkin ada lagi isu lain yang lebih besar untuk diperjuangkan. Apa dia? Isu bersih membersih? Ini kena panggil Adlin Shauki (aku pun tak pasti. Betul ke ejaaan nama dia ni?), seorang pakar mencuci tandas dalam iklan di TV.

Balik kepada isu asal. Apa nak buat dengan kebarangkalian 99.99% ini? Masihkah lagi kita nak berdolak dalik tak mahu di adakan penyiasatan dan tindakan susulan dibuat? Kes ini melibatkan seorang yang dikatakan sebagai bakal PM Malaysia.

Seperti biasa kita akan bersuara mengikut kecondongan politik kita masing-masing. Saya tertanya-tanya, di manakah perginya kredibiliti politikus Malaysia? Terbang bersama angin malam agaknya……….

BACKGROUND -  DR. HANY FARID

Hany Farid received his undergraduate degree in computer science and applied mathematics from the University of Rochester in 1989. He received his Ph.D in computer science from the University of Pennsylvania in 1997. Following a two-year postdoctoral position in Brain and Connitive Sciences at MIT, he joined Dartmouth faculty in 1999 and is currently a MacLaughlin Distinguished Professor of Computer Science. He is also affiliated with the Institute of Security Technology at Dartmouth. Mr. Farid is the recipient of an NSF (National Science Foundation) CAREER award and a Sloan Fellowship.

From working with federal law enforcement agencies on digital forensics, to the digital reconstruction of Ancient Egyptian tombs, Hany Farid works and plays with digital media at the crossroads of computer science, engineering, mathematics, optics, and psychology.


Friday, June 24, 2011

AIR ASIA’S FERNANDEZ – GUA TABIK SAMA LU

Well, he has done it again. At the Paris Air show he has made Malaysia proud again by being the CEO of Airbus biggest airline customer with a staggering order for 200 A320neo aircrafts costing some RM 54 billion! Idris Jala, ini tak masuk ke dalam pengiraan projek ETP kerajaan sumbangan dari sektor swasta?

Never mind he stays in Bali not in KL. I shall pardon him for not being able to string a proper sentence in Bahasa Malaysia. His excellent entrepreneural skill override his deficiencies and weakness in other areas. Tony Fernandez, thanks for being you and for making Malaysian believe that they can be what they want to be if they have the determination to be successful.

With DS Rafidah Aziz as the new AirAsia Chairman, go ahead and make Air Asia the biggest and the best in the world!


UnclearEngineer

Tuesday, June 21, 2011

BAPA KU SEORANG MATA-MATA.



Abah duduk di sebelah kiri.
Gambar semasa di Bandar Hilir, Melaka
Bangun pada pagi ini aku teringat bapa ku. Mungkin kerana sempena Hari Bapa pada hujung minggu ini.

Bapa ku yang ku panggil abah, Haji Yunus bin Hj. Majid (no polisnya PC 27558) merupakan seorang mata-mata (dikenali juga sebagai Mat kampau, Mat bond). Sebagai seorang anggota polis, hidup keluarga ku sentiasa di penuhi dengan berpindah dari satu berek polis ke satu berek polis yang lain. Kadang-kadang  naik lengoh juga menyusun barang dan mengikat tilam untuk dinaikkan ke atas lori. Tapi apa yang hendak di runggutkan kerana kerja abah aku inilah maka aku pernah tinggal di Johor, Perak dan Melaka. Jauh perjalanan banyak pengalaman kata orang.
Ada sesuatu yang gajil tentang abah ku ini. Percaya ke tidak bahawa di bawah uniform polis yang nampak kemas itu, abah ku selalu memakai singlet cap pagoda yang telah lusuh dan berlubang-lubang. Aku mulanya tak ambil kesah (kata orang muda sekarang, tak ambil pot) langsung. Nak bertanya takut dimarah. Hanya aku dapat mencari jawapannya setelah aku dewasa.

Abah ku jenis manusia yang tak suka membuang masa di luar. Habis sahaja kerja dia akan terus balik ke rumah. Hobinya sewaktu di rumah ialah bertukang kayu dan juga membuat jala ikan. Sekali sekala dia akan turun ke sungai untuk menjala ikan. Balik nanti emak akan terpaksa pula menyiang ikan yang dijalanya untuk dibuat sarapan malam. Sekali sekala aku pun tolong emak menyiang ikan sungai yang banyak bersisik. Sebagai seorang anggota polis dia amat taat terhadap kerja. Selama puluhan tahun menjadi polis abah ku tidak pernah dapat kenaikan pangkat. Cuma beberapa bulan sebelum pencen ayahku di naikkan pangkat sebagai lans korporal (satu calit). Hooray, aku amat gembira dan bangga sekali bahawa akhirnya ayah ku tidak pencen sebagai seorang prebet polis tua.

Mungkin ada perangainya yang membuatkan ketuanya kurang senang. Kawan baik abah semasa di kampung di Seri Menanti  adalah Tan Sri Samad Idris. Walaupun kawan sekampungnya menjadi Menteri Dalam Negeri begitu lama sekali tapi abah aku tak pernah menggunakan kabelnya ini untuk mendapatkan sebarang kelebihan untuk dirinya sendiri. Pernah Allahyarham Tan Sri Samad berkata dengan ku “abah kau ni panas baran dan degil”. Betul ke kata Tan Sri tu?

Semasa kanak-kanak, aku amat teringin supaya abah dapat belikan TV untuk aku dan adik beradik ku yang seramai 7 orang. Kami asyik mengendeng tengoh TV kat rumah orang. Sambil duduk tertip di tepi pintu rumah jiran dengan abang menonton cerita kartun mahupun cerita samurai yang amat kami gemari. Ada masanya, mungkin kerana angin kurang bagus agaknya maka jiran tak buka pintu langsung, kami adik beradik jadi hampa. Saya ada bertanya pada emak. Kenapa orang lain ada TV sedangkan rumah ku tak ada TV padahal ayah jiran ku juga seorang mata-mata seperti abah? Jawab mak ringkas, “abah kau manalah ada duit. Gaji dia habis untuk belanja kau orang bertujuh".

Setelah aku dewasa sedikit, barulah aku faham semuanya. Abah ku merupakan seorang manusia yang mahu hidup dengan kejujuran dia. “Biar kita hidup jujur dengan rezeki yang halal”, pernah katanya pada ku suatu hari. Ingatan beliau kalau tak ada wang, jangan berani nak berhutang.

Selepas lulus MCE (sekarang ni SPM lah), aku minta izin abah nak memohon jawatan sebagai  Inspektor polis. Abah mati-matian membantah. Pelik juga memikirkan seorang anggota polis marah anaknya mengikut jejaknya menjadi seorang pegawai polis. Atau ada sesuatu yang di ketahui tentang kerjaya seorang polis yang abah ku tidak mahu anaknya akan terlibat nanti? Wallahualam.

Aku rasa dalam diri ku terdapat perangai ayah ku yang ku warisi. Sebab itu aku seperti ayah memang susah mahu dinaikkan pangkat sebab aku bukan jenis kaki bodek bos.
Sempena hari bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada allahyarham abah ku (andainya dia mampu mendengar suara hati ku ini) . Semoga apa yang abah ku contohkan dalam kehidupan beliau  akan menjadi contoh bagi aku buat selama-lamanya.

Hidup kita biar sentiasa  jujur, yang lain serahkan sahaja kerja Allah.

Monday, June 20, 2011

DATO DR. HARON DIN AND NUCLEAR TECHNOLOGY IN MALAYSIA

Baru kejap tadi aku lawat blog OpEd(http://remgold.blogspot.com). Aku suka baca blog “Unker Reme” dari Singapork ni sebab apa yang dia tulis dalam blog dia agak berlainan sikit dan dengan cara penceritaannya tersendiri. Kali ini dia bercerita tentang “King George VI & Ustaz Haron Din”.  Aku tak minat nak ulas tentang cerita King George VI (KG VI), katanya dia seorang raja yang dipaksa (a reluctant king). Kenapa KG VI jadi begitu, rupa-rupanya dia seorang yang gagap.

Bercerita pasal ”reluctant king” ini,  rupanya Unker Reme teringat dengan seorang yang beliau kenali sebagai “reluctant leader” dalam politik Malaysia. Siapa dia ni? Ustaz Dr. Haron Din katanya. Haram saya tak tahu hal ini. Satu yang amat beliau kagumi ialah walaupun Ustaz Haron Din ini adalah seorang ahli PAS yang sangat popular, dia tidak berminat kepada sebarang jawatan dalam kepimpinan PAS selagi ada ahli lain yang meminati jawatan tersebut. Itu sebabnya beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden mahu pun AJK Pusat selagi ada calon-calon lain yang berminat.  Dia ni tak suka diundi-undi lah ni! “Incredible” jika ada orang politik seperti Ustaz ni. Tapi kalau semua ahli politik Malaysia begini, macam manalah senario politik Melayu gamaknya. Nasib baik ramai yang tak teringin nak ikut perangai Ustaz Haron Din. Kalau ramailah, apa nak jadi orang Melayu. “Eh, tak payahlah calon aku jadi wakill rakyat, kan si Wong  dan Si Mugilan tu dah sanggup jadi ADUN. Ambik dia jea le” dialog yang mungkin berlaku. Mampus Melayu macam ni.


Reaktor TRIGA PUSPATI. Benda inilah yang
aku pasang masa umor 26 tahun
Sebenarnya aku pun ada cerita pasal Ustaz Haron Din, the “ghost buster” ni. Aku dulu kerja kat PUSPATI. Apa tu PUSPATI? Yang mana tak tahu aku ceritalah sikit, pusat penyelidikan atom kat Bangi. Tahun 1981, umor baru 26 tahun dan baru balik dari belajar di US dalam bidang kejuruteraan nuklear. Hebat beb, berapa orang yang ada degree ini pada masa tu. Projek pertama aku ialah untuk pemasangan sebuah reaktor nuklear penyelidikan berkuasa I.0 MW yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Masa itu teringat ahli kumpulan kami terdiri dari Ir. Dr. Puad Abu (jurutera nuklear – sekarang Pengarah, Bahagian Kuasa Nuklear), Amin Sharifuldin Salleh (fizik nuklear), Syed Azmi dan Syed Nahar (jurutera, sekarang kedua-duanya “Safeguard Inspector” di IAEA, Vienna, Austria), Dr. Ashhar (jurutera elektronik – sekarang TKP, Nuklear Malaysia), Dr. Nahrul Alang Rashid (sekarang pensyarah di UIA), Yusof Ali (sekarang dah pencen sebagai ahli Fizik Kesihatan – Health Physicist), Dr. Gui Ah Au (sekarang di IAEA, Vienna, Austria). Ketua kumpulan ini ialah Dr. Ahmad Tajuddin Ali (sekarang Tan Sri). Juruteknik pula Zul Cina, Zainal Yusof, Kamaruddin serta seorang dua lagi yang saya tak ingat nama mereka. Sorrylah ini cerita lama.

Setelah semua komponen reaktor siap di pasang maka tibalah masanya bahanapi nuklear di isi dalam teras reaktor (reactor core). Satu, satu batang bahanapi di ukur dengan tepat dan diisi dalam kedudukan yang telah ditentukan bagi setiap batang rod bahanapi. Sebelum bahanapi mula di isi, kami telah mendapati ada sesuatu yang tak kena dengan salah satu dari rod kawalan (control rod) yang kami panggil  “transient rod”. Sebagai reaktor penyelidikan, RTP boleh membuat operasi “pulsing”. Jadi rod transient inilah yang akan dilonjak keatas menggunakan sistem pneumatik bagi mendapatkan kaedah “pulsing” ini. Puas kami termasuk pakar pemasangan dari syarikat pembekal reaktor membuat  pemeriksaan dan buat ujian, tak juga dapat dicari punca masalah.

Tiba masanya apabila pengisian bahanapi telah hampir ke tahap “critical mass”, maka Pak Menteri Sains pun telah dijemput sama untuk menyaksikan satu detik bersejarah - the first nuclear reaction to achieve criticality on Malaysian soil. Dengan Dr. Ahmad Tajuddin Ali sebagai Ketua Kumpulan, bertugas sebagai pengendali di panel kawalan dalam control room, maka RTP telah berjaya mencapai tahap “super critical” dan di stabilkan di tahap kritikal sejurus selepasnya. Malaysia pada saat itu telah masuk ke alam teknologi nuklear. Mungkin ramai yang tersenyum bangga tapi bagi kami jurutera pemasangan hanya mampu tersenyum kambing sebab untuk membolehkan sejarah tersebut tercipta kami telah bersetuju supaya rod transient (yang masih lagi rosak) ditarik keluar secara manual dan di gantung dengan tali. Kah, kah, kah…… ikat dengan tali? Tak hitech langsung!

"Cerenkov Glow" bila reaktor beroperasi. 
Berbalik kita kepada cerita Ustaz Haron Din. Masa tu Ketua Pengarah PUSPATi adalah Dato Prof Ghazali (arwah) yang dipinjamkan dari UKM. Bila Dato Prof Ghazali mendengar tentang masalah rod transient yang tidak berfungsi walaupun telah diperiksa dan di buat ujian dengan teliti. Akhirnya tanpa pengetahuan kami, Dato Prof Ghazali telah memanggil Ustaz Haron Din, kawan baik Dato dari UKM. Semasa Ustaz Haron Din sampai, itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Maklumlah saya baru balik dari US, manalah mengikuti sangat siaran agama di TV. Muka Ustaz nampak serius. Semasa menanggalkan kasut, kepala saya telah terantuk dengan kepala Ustaz Haron Din dengan tak sengaja. Saya minta maaf berkali-kali, tapi Ustaz Haron Din nampak masih serious dan tak mahu tersenyum.

Setelah membawa beliau ke semua pelusuk bangunan reaktor, kami pun keluar. Diluar semasa berjumpa dengan Prof Ghazali, Ustaz Haron Din memaklumkan apa yang akan mengejutkan kami. Katanya bangunan reaktor tersebut telah dibina di atas kampong orang bunian. Jadi anak-anak nakal orang bunian inilah yang telah mengganggu tugas serta peralatan kami. Prof Ghazali  telah bersetuju dengan cadangan Ustaz Haron Din supaya Penghulu masyarakat bunian ini di pujuk untuk berpindah kampung ke satu tempat baru. Tempat yang disyorkan untuk penempatan baru tersebut ialah  di Janda Baik.

Untuk dipendekan cerita, kambing pun di sembelih dan kenduri doa selamat pun di adakan. Saya sendiri tak mahu terlibat dengan langkah-langkah yang di ambil seterusnya. Kata orang yang tahu cerita, beberapa buah bas telah di gunakan untuk memindahkan orang-orang bunian ini. Yang hairannya, reaktor RTP tidak lagi mengalami sebarang masaalah teknikal selepas itu. Satu kebetulan atau ini kisah benar? Wallahualam.


UnclearEngineer

SEDIKIT LATARBELAKANG – REAKTOR TRIGA PUSPATI

Pada 28.06.1982, Reaktor TRIGA PUSPATI, Unit Tenaga Nuklear telah ditauliahkan, yang memberi makna bermulanya satu era baru penggunaan teknologi nuklear di Malaysia yang telah dibina pada November 1981. Reaktor TRIGA PUSPATI direkabentuk dan di buat di Amerika Syarikat oleh Syarikat General Atomic, San Diego. Ia merupakan salah satu daripada lebih 62 reaktor jenis yang sama beroperasi di seluruh dunia pada masa ini. Reaktor jenis TRIGA MARK II ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik sepertimana yang ditunjukkan oleh rekod-rekod keselamatan pengendalian yang dicapai di UTN dan juga daripada pengguna-pengguna lain di seluruh dunia.

Kegunaan utama reaktor nuklear TRIGA ini adalah untuk latihan penyelidikan dan pengeluaran radioisotop. Sejak TRIGA PUSPATI ini ditauliahkan, ia telah mencapai tahap 11,200 jam operasi bersamaan 7200 megawatt tenaga. Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong menyifatkan perkembangan itu sebagai satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia serta dapat memperkembangkan lagi pembangunan sains dan teknologi khususnya teknologi nuklear. Dengan beroperasinya reaktor TRIGA PUSPATI itu pada hari ini dalam tahun 1982, membolehkan negara maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan merupakan satu kejayaan cemerlang negara.

Sunday, June 19, 2011

KENAPA SAYA MASIH DI SINI - KAN INI TANAH AIR KITA, TANAH TUMPAH DARAH KITA.

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca mengenai seorang warganegara Malaysia (mungkin juga sekarang sudah jadi bekas) menulis dalam akhbar maya Malaysiakini sebab-sebab kenapa beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan meninggalkan Malaysia untuk selama-lamanya. Dari nada tulisan beliau, saya dapat mengagak bahawa beliau mungkin seorang bukan Melayu.

Bagi saya, tidak semua penghijrahan merupakan keputusan yang tidak baik. Dalam Islam sendiri kita digalakkan berhijrah. Berhijrah bukan sahaja dari segi meninggalkan tempat tinggal asal ke negara lain bahkan juga hijrah di segi yang lebih luas pengertiannya iaitu dari keadaan kurang baik berhijrah kepada keadaan yang lebih baik.

Yang amat menyakitkan hati saya bukan kerana keputusan yang di buat tetapi tindakan beliau menulis mengenainya sambil mengungkit-ungkit perkara negatif sambil memburuk-burukan Malaysia. Bagi saya senang sahaja. Kalau dah tak cinta lagi kepada negara ini, pergilah sahaja berambus dan tak perlulah mengambil pensil memerah otak untuk mencari perkara-perkara negatif mengenai negara yang pernah memberi perlindungan kepada keturunan beliau dari kelaparan di tanah asal nenek moyang mereka dulu. Kalau sudah tiada cinta lagi dalam dada, pergi sahajalah secara diam-diam.

Sebagai manusia yang diberikan Allah kemampuan berfikir secara jelas, saya tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa saya tidak akan meninggalkan negara Malaysia ini. Jika keadaan tidak mengizinkan mungkin juga saya akan pergi. Tapi keadaan tersebut masih jauh lagi. Malaysia bagi saya masih merupakan tanah air ibunda yang paling sesuai dengan jiwa saya sebagai seorang Melayu/Islam.

Saya akui bahawa banyak perkara-perkara yang masih perlu diperbaiki. Dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. Masaalah korupsi juga saya lihat semakin meningkat dari hari ke sehari. Tapi ini semua adalah sesuatu yang perlu bagi saya dan lain-lain warganegara untuk menagani bersama. Cabut lari ke negara lain bukan penyelesaiannya.

Saturday, June 18, 2011

SATU LAGI SKANDAL MACAM PKFZ? MasyaAllah.......

Another PKFZ? - www.rockybru.com.my

Satu lagi skandal berbillion ringgit terbongkar. Bila lagi kita mahu duduk dan cuba meyelesaikan isu penyalahgunaan kuasa ni. Kata Rockybru jika kerajaan tak mengepam lagi RM 2 billion dalam masa terdekat maka ada dua bank yang mempunyai talian dengan kerajaan (PNB?) akan terpaksa mengistiharkan kerugian beratus juta ringgit. Bila lagi kita mahu belajar?


Thursday, June 16, 2011

LYNAS OH LYNAS – MARI KITA BERFIKIR SECARA RASIONAL

Terdahulu saya ada berjanji akan menulis tentang isu Lynas yang di bincangkan antara Raja Datuk Abd Aziz (Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), Prof Dr. Abd Aziz Tajuddin (Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM) dan saya.


Kami bertiga bersetuju bahawa isu Lynas ini telah menjadi isu politik di mana kumpulan yang menyokong dan menentang mengambil pihak berdasarkan kepada perkiraan politik semata-mata. Walau bagaimana pun, tindakan MCA sebuah parti komponen BN mempersoalkan projek tersebut nampak terkeluar dari norma politik tanah air.


Secara amnya, penentangan kepada projek tersebut mungkin akan dapat dikurangkan jika pihak yang terlibat dalam meluluskan projek ini serta Syarikat Lynas bertindak lebih “transparent” sejak dari awal lagi. Maklumat yang tepat dengan mengadakan perbincangan terbuka (public hearing) antara penduduk sekitaran tapak dan Lynas mungkin akan dapat mententeramkan sedikit kebimbangan. Mungkin ini akan melewatkan sedikit pembangunan projek tersebut tapi rakyat perlu diberikan sedikit peluang untuk berdialog dan merasa bahawa kepentingan mereka di ambilkira dalam keputusan akhir.


Saya juga ada bertanya dengan Raja Datuk Aziz mengapa kesemua pakar yang di pilih merupakan pakar dari negara luar negara sahaja. Penjelasan beliau ialah bagi memperlihatkan “independent and internationally recognised expert opinion” maka Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) terpaksa menolak pakar dari Australia (Lynas adalah sebuah syarikat Australia), Malaysia dan juga China (ini kerana China merupakan pengeluar terbesar unsur nadir bumi dan mungkin akan tertekan untuk membuat keputusan yang akan menguntungkan negara China). Jika dilihat dari komposisi negara pakar-pakar yang dilantik, kebanyakan nya adalah dari negara yang tidak mempunyai kepentingan dengan kejayaan mahupun kegagalan projek Lynas ini. Ini merupakan sesuatu yang positif kerana ia memperlihatkan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar mahu mendapatkan nasihat professional yang bebas.


Ramai juga dari anggota kumpulan penentang projek ini mempersoalkan tindakan LPTA memberikan kebenaran kepada pembinaan projek sebelum pihak syarikat dapat membuktikan akan keselamatan operasi kilang serta penyelesaian akhir bagaimana bahan buangan proses akan dilupuskan. Sebenarnya dalam projek melibatkan bahan radioaktif, kelulusan pembinaan akan diberi tetapi pemberiaan lesen operasi akan hanya diberikan selepas syarikat Lynas mematuhi kesemua langkah serta syarat keselamatan yang di nyatakan dalam borang permohonan dan juga dokumen Program Perlindungan Sinaran (PPS). PPS ini dihasilkan syarikat berdasarkan kepada peraturan yang tersurat dalam Akta 304 serta subsidiari peraturan-peraturanya. Dengan kata lain, pihak syarikat mengambil “calculated risk” apabila memulakan pembinaan kerana lesen operasi mungkin tidak akan dikeluarkan jika pihak syarikat gagal mematuhi semua syarat-syarat lesen dan peruntukan undang-undang negara.


Sebagai entiti perniagaan, Lynas sedar akan kemungkinan gagal mendapat lesen operasi ini selepas logi pemprosesan siap dan dengan itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap peruntukan undang-undang yang mengawasi aktiviti seperti ini dipenuhi. Lyans akan kerugian RM700 juta (bukan satu jumlah yang kecil) jika syarikat gagal mematuhi peratauran ini. Untuk makluman, undang-undang yang melibatkan bahan radioaktif di Malaysia adalah antara yang terketat di dunia sehingga terdapat bahan radioaktif paras rendah yang tidak dikawal di negara lain tapi masih menjadi bahan yang di kawal di Malaysia. Saya amat mamahami isu serta kerenah birokrasi mendapatkan lesen operasi ini kerana saya berpengalaman dan pernah menjayakan sebuah projek melibatkan bahan radioaktif.


Akhir sekali kami bertiga bersetuju untuk LPTA meneruskan usaha secara trasparent untuk “engage” dengan setiap “stakeholeder” yang berkempentingan dalam projek ini. Walau apa pun, biarlah projek ini membawa menafaat bagi Malaysia bukan sebaliknya.


APA ITU UNSUR NADIR BUMI?


Unsur nadir bumi (rare earth elements) atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam Jadual Berkala (Periodic Table of Elements) seperti lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium and lutetium. Unsur-unsur ini adalah diperlukan dalam ratusan aplikasi industri seperti bateri bagi komputer riba/telefon mudahalih serta kereta hibrid, tiub “cathode-rays” bagi monitor TV dan komputer, wayar “fibre-optic”, aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin. Unsur nadir bumi (UNB) ini amat berguna di sebabkan oleh sifat keracunannya (toxicity) nya yang rendah.


Pada masa ini 95% dari pengeluaran UNB dunia adalah dihasilkan oleh syarikat perlombongan China. Keputusan kerajaan China menghadkan export UNB ini telah menyebabkan banyak negara-negara lain di dunia terutama Amerika Syarikat menjadi mengelabah. Kekurangan bekalan UNB ini akan membantutkan kesinambungan industri teknologi tingginya yang teramat sangat memerlukan logam ini. Menurut laporan, Syarikat Lynas di Kuantan dijangka akan dapat menghasilkan hampir 30% dari bekalan dunia (diluar China) apabila mula beroperasi nanti.

AKU SEKARANG API, AKU SEKARANG LAUT

Bagaimana orang sains suka mambaca dan menulis sajak? Sebenarnya aku orang seni dan peminat matapelajaran sastera semasa di sekolah tapi sebab kerajaan nak lihat ramai anak Melayu jadi saintis dan jurutera maka aku dipaksa ambil jurusan sains. Itu pada tahun 1972.

Walaupun aku graduan sains tapi jiwa seni ku masih tidak tercabut keluar. Sekali sekala aku kan layan juga aktiviti seni. Penyajak yang paling aku minati ialah Chairil Anwar dan Usman Awang. Sebab sajak-sajak mereka punya nilai sebagai sajak perjuangan yang mampu menegakkan bulu roma jika di baca dengan penuh perasaan. Diperturunkan di bawah ini sebuah sajak Chairil Anwar bertajuk “ Persetujuan Dengan Bung Karno”. Sajak ini meluahkan perasaan penyajak kepada pemimpin negaranya dan bagaimana dia mahu bersama dalam perjuangan seterusnya.


PERSETUJUAN DENGAN BUNG KARNO

Ayo ! Bung Karno kasi tangan mari kita bikin janji
Aku sudah cukup lama dengan bicaramu
dipanggang diatas apimu, digarami lautmu
Dari mulai tgl. 17 Agustus 1945
Aku melangkah ke depan berada rapat di sisimu
Aku sekarang api aku sekarang laut

Bung Karno ! Kau dan aku satu zat satu urat
Di zatmu di zatku kapal-kapal kita berlayar
Di uratmu di uratku kapal-kapal kita bertolak & berlabuh

(1948)

Liberty,
Jilid 7, No 297,
1954



Wednesday, June 15, 2011

OH MY GLORIOUS STUDENT DAYS – PART 1

Aku masuk UTM yang masa tu masih dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada September 1974. Dua tahun sebelum itu aku belajar di Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Selepas MCE, aku dapat dua tawaran, satu dari ITM dan satu lagi dari ITK. Sudah tentu aku pilih ITK sebab masa itu ITM dianggap sebagai IPTA kelas tiga. Jangan marah graduan ITM, itu masa dulu. Masa itu Ibrahim Ali masih jadi hero demo di ITM.

Dua rakan sekolah ku dari TIKL yang ku kenali yang masuk ITM ialah Shamsuddin (tak dapat ambil kursus kejuruteraan, ambil accountacy) dan Mohamad Zain aka “Zin Badak” yang ambil kejuruteraan sivil. Mohamad Zin ini waktu di TI memang terkenal dengan panggilan “king ragger”. Aduh, kalau  membuli  “freshies” memang macam orang sakit jiwa – begitu sadis. Kedua-dua mereka ini kemudiannya dikenali sebagai Datuk Sam seorang usahawan bumiputra terkenal masa zaman Tun Daim dan Tun Mahathir  sebagai PM. Sedangkan Mohamad Zin aka “Zin Badak” mencanak naiknya dalam politik tanah air dan pernah menyandang jawatan Menteri Kerjaraya. Sekarang ini YB Mohamad Zin merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Sebagai ahli UMNO, saya beberapa kali bersua muka dengan YB Mohd Zin ini tapi …….. tak apalah, dia orang besar tentu egonya besar juga.

Pengalaman di TIKL (juga dikenali sebagai “TI Kg. Congo”) tak berapa banyak sebab hanya belajar selama 2 tahun sahaja. Ingat lagi kawan satu dorm asrama - Hata, Kamarullah, Hadi, Aziz Shamsudin (bukan yang pernah jadi menteri tu), Aziz Bakri (budak Jawa dari Bagan Datuk, taukeh Langhorst). Kata rakan yang mengetahui, Aziz Bakri ni lari lintang pukang ke Australia bila DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM. Seorang lagi rakan asrama ialah seorang budak Cina (entah aku dah lupa nama dia). Kat hostel TI, menjadi freshie amat mencabar sebab deraan tidak berakhir selepas tamatnya minggu orientasi. Semua pelajar tingkatan empat jadi "hamba abdi" pelajar senior selama setahun! Jadi setahunlah aku kena basuh baju senior ku. Yang paling menyampah, aku kena basuh seluar dalam dia orang. Huh, kotor betul...

Semasa di tingkatan lima, aku dilantik sebagai Pengerusi, “Messing Committee” di asrama sekolah. Aku dengan AJK yang dipilih telah menjalankan kerja dengan begitu dedikasi sekali. Setiap pemeriksaan hidangan makanan di asrama di buat menurut buku. Tak “comply” sahaja, maka aku akan istiharkan makanan di kantin di boikot. Bersoraklah semua penuntut yang mendiami asrama dan masing-masing berbondong-bondong keluar pergi makan di  Gerai Pak Din. Pak Din pula ada seorang anak dara pelaris gerai yang boleh tahan juga lah lawanya. Namanya Zaiton (kalau tak silaplah) tapi kami panggil Eton sahaja. Kami murid TI selalu sahaja jeles menjeles dengan murid dari Sekolah Alam Shah yang terletak bersebelahan kerana anak dara Pak Din ini.

Satu petang sedang aku membuat pemeriksaan bagi hidangan minum petang, taukeh kantin asrama datang dan terus memasukkan sampul surat dalam kocek baju kemeja ku - hadiah katanya. Aku terus jadi marah dan ku ambil sampul yang berisi beberapa keping wang kertas warna hujau dan memulangkan kembali kepadanya. Itu lah pengalaman pertama dalam hidup aku cuba di rasuah! Aku pun terfikir, mungkin tindakan ku memboikot makanan telah menyebabkan tuan kantin tersebut mengalami kerugian besar. Sejak dari hari itu aku lebih mengambil sikap berlembut dan akan cuba mendengar penerangan tuan kantin terlebih dahulu jika makanan yang dibekalkan tidak memenuhi syarat. Patutlah Abang Sufian (kata kawan dah arwah), Pengerusi Messing Committee sebelum aku begitu mewah mengorder makanan dan minuman bergas selepas bersukan sebelah petang serta  dibenarkan taukeh kantin membuka buku 35. Rupa-rupanya dia sudah di sogok!

Di TIKL kami ada tradisi yang akan kami raikan setiap tahun. Ia itu tradisi sempena malam April Fool. Beberapa hari sebelum itu, penghuni asrama lelaki sudah mula mengumpul telor setengah masak yang dilubangkan dan kuah kari mahupun kuah asam pedas dalam plastik yang di ikat dengan getah. Semua barang-barang ini akan disimpan dengan baik di bawah katil. Pada malam yang telah ditetapkan, semua freshies (pelajar tingkatan 4) akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dengan setiap mereka dibekalkan dengan telur busuk dan bom asam pedas. Kami diarahkan oleh senior untuk menyerang asrama Blok C yang dihuni oleh pelajar wanita. Satu kumpulan penyerang pula telah bekalkan dengan katak hidup.

Tepat jam 12:00 tengah malam, pergerakan kumpulan di bawah arahan ketua masing-masing pun bermula. Dalam gelap dan dengan tanah berlecah (hujan telah turun pada sebelah petangnya), kami berlari anak menuju sasaran. Sampai sahaja sasaran, dengan arahan ketua pasukan telur busuk dan plastik berisi gulai asam pedas terus dibaling ke arah asrama Blok C. Berderai bunyi cermin tingkap yang pecah terkena bom asam pedas. Berdepek bunyi telor dan semerbaklah bau busuk mengisi suasana malam. Beberapa minit kemudian terdengar pula jeritan murid perempuan sebab katak telah dilepaskan ke dalam bilik asrama mereka.  Sebenarnya kami bukan bertepuk sebelah tangan. Pihak penghuni Blok C ini juga telah bersedia dengan serangan balas masing-masing. Cuma lontaran mereka kurang bertenaga dan dengan itu tidak menepati sasaran. Selesai serangan, kami  balik ke blok asrama masing-masing dan terus tertidur. Pada keesokan paginya hebohlah cerita peristiwa serangan malam semalam. Guru penjaga asrama bukan main marahnya lagi apabila di dapati banyak cermin tingkap telah pecah dan perlu di ganti.

Selesai sahaja peperiksaan MCE, semua pelajar tingkatan lima yang akan pulang dengan bas ke steshen keretapi KL keesokan paginya mempunyai satu lagi tugas. Pada malam tersebut, semua cermin tingkap asrama akan ditanggalkan dan pada malam terakhir ini akan dipecahkan beramai-ramai. Entah berapa ribu keping cermin tingkap yang hancur berderai. Walaupun aku lebih memerhati, aku sendiri tak dapat menerangkan apa yang bermain di kepala penghuni asrama  semasa melakukan kerja-kerja “bodoh”  ini. Apakah ini sebagai tanda protes pelajar terhadap layanan kelas tiga yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepasa sekolah ku sedangkan Sekolah Sains Selangor dan  Sekolah Alam Shah kedua-duanya berada bersebelahan dilayan sebagai menatang minyak yang penuh. Mungkin juga……

Bagi aku pengalaman belajar selama 2 tahun di TIKL merupakan satu pengalam yang tidak mungkin dapat ku lupakan. TIKL mengajar semua pelajarnya erti  berdikari. Terus berjuang walaupun dalam keadaan tertekan. Oleh itu ramai dari bekas pelajar TI telah berjaya dalam kerjaya masing-masing mungkin berkat pengalaman hidup yang telah ditempohi dulu.

Hidup TI Kg. Congo!

LATARBELAKANG SMTKL (TIKL)

Sekolah Menengah Teknik (Cheras) Kuala Lumpur, or Technical Institute Kuala Lumpur (TIKL), is located in Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur was the oldest technical school in Malaysia founded in 1926.

History

The establishment of TIKL can be traced to 1926. In 1927, The Federated Malay State Government Trade School was created after the Federated Malay States government wished to train skilled workers in technical fields by Mr Noel Leembruggent, an engineer and Mr. Geary, a supretendent. The first site for the school was located at Jalan Kolam Air with 7 staff. In 1946, the school changed its name to Junior Technical Trade School with enrolment of 80 students.

Its name was changed again to Technical Institute after the Report of the Education Committee in 1956 (known as 'Penyata Razak') which also suggested that the school transform into a full secondary school which offered its students basic technical skill for the Lower Certificate of Education (LCE) holders. Finally in 1962, the school changed its name to Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. In 1967 TIKL moved out from Jalan Kolam Air to Jalan Tenteram (now known as Jalan Yaacob Latiff), Bandar Tun Razak. Other institutions located along this road are Sekolah Menengah Sains Alam Shah (previously Sekolah Alam Shah which was then moved to Putrajaya and changed its name to Sekolah Sultan Alam Shah) and Sekolah Menengah Sains Selangor.

School Motto

"Bertugas Hidup Berjasa"

DOSA PAS RUPA-RUPANYA LAGI BESAR!

Salah satu komen dalam posting Kickdefella bertajuk “Tersesat Di Dalam Pelayaran”. Kalau ada masa baca penuh posting tersebut, itu lagi baik.

“BANYAKNYA DOSA PEMIMPIN2 UMNO KERANA RASUAH, SALAHGUNA KUASA DAN HARTA AWAM, KRONISMA, DLL LAGI… TAPI, RUPA2NYA BESAR LAGI DOSA2 PEMIMPIN PAS KERANA TELAH MEMESONGKAN AKIDAH SEBEGITU RAMAI UMAT ISLAM YANG SELAMA INI PERCAYA WUJUDNYA NEGARA ISLAM…! ASTARFIRULLAHHALAZIM…”

Saya perturunkan di bawah ini beberapa lagi komen posting tersebut untuk renungan kita bersama. Saya turunkan komen tersebut sepenuhnya tanpa sebarang “editing” melainkan sedikit “ reformating” untuk disesuaikan dengan stail penulisan saya.

• Rupa-rupanya nakhoda kapal yg aku tumpang selama ini untuk belayar ke Negara Islam tidak tahu baca kompas dan peta pelayaran..setelah separuh mati mengharungi ribut dan taufan, tiba-tiba nakhoda Hj Hadi beritahu dalam peta yg digunakannya tidak ada pun negara yg bernama Negara Islam..selama ini dia hanya berlagak pandai sambil mengatakan orang lain yg tidak naik kapalnya adalah orang bodoh

• Orang UMNO..perbaikilah UMNO.. orang PAS perbaikilah PAS…mana-mana pemimpin yang sesat dan rasuah tombangkan demi kepentingan islam dan melayu…….. konon…taknak kepentingan melayu..beli rumah nak diskaun..beli tanah nak rezab melayu…anak nak hantar MRSM..khakkkk ptuiiiiiii

• PAS sah gila meroyan kerana memperjuangkan sebuah negara yang dinamakan ” Negara Islam” yang tidak dinyatakan dalam Quran. Hari ini PAS menjadi gila lagi. Gila memperjuangkan ” Negara berkebajikan” bersama DAP dan PKR yang memperjuangkan ” Negara Sekular”. Rupa-rupanya PAS adalah parti yang didokong oleh orang-orang yang gila untuk berkuasa dan sanggup buat apa sahaja demi kegilaannya itu. Manakala penyokong dan ahlinya juga turut menjadi gila ” gila memuja pemimpin” untuk menjadi laluan mudah ke syurga.

• Keluarga aku termasuk didalam ‘”Bahtera” PAS dan semenjak tahun 2008 lg adik beradik aku termasuk sepupu dan beberapa jiran aku tidak lagi menyokong PAS ,,,kesemua ahli keluarga aku merupakan org yg terpelajar dan ada jugak ustaz dan ustazah …tapi mereka telah meludah PAS.
-------------------

Pemimpin PAS “tersesat di dalam pelayaran” pasal salah baca arah tunjuk kompas (dah sekian lama berceramah, baru tahu negara Islam tak ada di sebut dalam Quran!). Pengikut PAS pula “tersungkur di pintu syurga” sebab ditipu pemimpin yang gilakan kuasa. Bilakah lagi mereka-mereka yang tersesat ni nak balik semula ke pangkal jalan? Wallahhualam…

TAN SRI ANI AROPE – MELALUT PASAL IPP?


Saya baru sahaja habis membaca Unspinner’s “Anwar Merunding IPP – You Diam Ini Urusan Kerajaan”. Wow its getting hotter beb. Isu IPP (independent power producer) ini semakin menaik suhunya dan saya lihat bukan seorang sahaja tapi ramai lagi yang juga turut melalut.

Ada tuduhan mengatakan TS Ani Arope adalah manusia yang tak puas hati (sour grape) serta nyanyuk. Bagi saya tuduhan tersebut ada sedikit melampau kerana apa yang di sebut oleh TS tersebut ada kebenarannya. Yang paling penting kita perlu lihat apa sebenarnya masaalah IPP ni dan kita segera pakat antara kerajaan dengan YTL, Malakoff dan lain-lain IPP untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu ini demi RAKYAT dan NEGARA. Jangan pula kita kutuk mereka-mereka yang cuba menerangkan isu dari pandangan peribadi mereka apa tah lagi ianya datang dari bekas Pengerusi TNB sendiri! Mesti beliau tahu banyak perkara.

Saya pernah berjumpa dan bercakap dengan TS Ani Arope semasa dia memandu mengelilingi US dengan keluarganya pada penghujung 70an dulu. He was a nice and decent person. Tak sombong, maklumlah aku ini student pada waktu itu. Yang blogger pro kerajaan lanyak dia  kow-kow ni pasal apa? Beliau bercakap atas kapasiti peribadi bukan di atas pentas politik mana-mana parti pembangkang. Let us give him his version of the story. Kalau dia kata EPU sebagai Economic Plundering Unit pun jangan lah melenting. Orang kat EPU pun cuba lah lihat diri kat cermin sikit. Kalau tak betul, sila sanggah sahaja.

Saya juga tertanya2, kenapa perjanjian dengan IPP ini menjadi dokumen sulit? Ada kata kat TV hari tu, dokumen perjanjian itu rahsia sebab ia perjanjian antara dua "private entities". Hai, kan kerajaan pemegang saham terbesar dalam TNB? Tak kan lah tak boleh suruh lembaga pengarah TNB dan syarikat IPP terlibat supaya benarkan perjanjian di dedahkan kepada publik? Kalau didedahkan akan mengugat keselamatan negara ke?