Cerita bermula bila saya menjejakkan kaki ke kota Budapest
pada 8 September 1984. Sebagai sebuah negara
komunis (negara setelit Rusia), banyak yang tak saya ketahui tentang negara
bernama Hungary ini. Negaranya terletak di tengah-tengah benua Eropah. Hampir-hampir sama keluasan tanah dengan Malaysia
dengan jumlah penduduh juga hampir serupa. Tapi Hungary ni ada kelebihan. Walaupun
kecil tapi punya keupayaan teknikal yang amat tinggi. Sebagai sebuah negara
komunis pada masa itu, tukaran wang asing amat terhad menyebabkan negara tidak
dapat membeli peralatan canggih dari luar. Tapi itu tak menjadi halangan bagi mereka
kerana mereka berusaha untuk membuat sendiri peralatan nuklear yang mereka
perlukan. Ditengah-tengah kampus universiti ini terletak sebuah reaktor penyelidikan
yang direka, di bina oleh professor-professor dan jurutera universiti
menggunakan bahan dan teknologi tempatan. Memang hebat.
Kampus Technical University Budapest berhadapan dengan Sungai Danube dan di sebelah belakangnya kawasan berbukit. Bungunan lamanya memang cantik. |
Menaiki teksi ke kampus universiti untuk mendaftar, saya
melalui jalan raya yang bersih dan agak lengang dengan kereta. Sesuatu yang
saya perasan, bangunan di Kota Budapest ini nampak macam “tidak ceria” dengan
kebanyakan bangunan dicat warna kelabu hitam. Kereta pula banyak kereta yang
diguna pakai di Rusia dan model paling banyak jenama jenis Skoda. Disebabkan saya lambat sampai dari
peserta antarabangsa yang lain, saya telah ditempatkan di sebuah flat yang agak
jauh sedikit dari pusat bandar dan kampus universiti. Murung saya bila
mengenangkan nya. Orang Hungary tidak begitu pandai berbahasa Inggeris dan
sudah tentu komunikasi dengan mereka agak terhad. Kalau duduk 4 bulan macam ni,
boleh jadi gila saya nanti, kata hati saya. Tapi tak apa, saya check in di flat
yang telah ditentukan terlebih dahulu. Tahulah saya mencari flat lain nanti.
Memang benar selepas dua minggu saya berpindah ke sebuah flat yang terletak disebelah
kampus tapi berkongsi pula dengan seorang jurutera dari India. Maka bermulalah
dilema saya tinggal dengan jurutera India ini. Ini cerita ibarat keluar dari
mulut harimau masuk pula ke mulut naga.
Rakan satu flat saya seorang jurutera nuklear dari India. Dia kasta Brahmin dan dia tak makan daging, katanya. Jadi bila makan kena berhati-hati walaupun masak ikan, dia akan komplen. Pada hari sabtu, kalau saya teingin nak masak ikan, saya terpaksa mencuri-curi terutama semasa dia tak ada di flat kerana buat kerja di makmal. Selepas masak, makan cepat-cepat dan basuh pinggan mangkuk serta periuk sebelum dia pulang. Tapi macam mana pun saya sorok dia masih dapat menghidu bau masakan dan mukanya akan jadi masam mencuka untuk beberapa hari. Untuk makluman pada hari biasa saya akan makan di kefeteria universiti. Selalunya lauk ikan dan sayur sahaja.
Sedikit demi sedikit saya belajar tentang sistem kasta dalam agama Hindu ini dari sahabat saya dari India ini. Satu lagi perangai dia yang saya tak boleh tahan ialah bila dia bercerita. Memang tak mahu kalah, semua tentang negara India dan dia sahaja yang terbaik. Sah dia ni tak pernah pergi luar negeri.
Rakan satu flat saya seorang jurutera nuklear dari India. Dia kasta Brahmin dan dia tak makan daging, katanya. Jadi bila makan kena berhati-hati walaupun masak ikan, dia akan komplen. Pada hari sabtu, kalau saya teingin nak masak ikan, saya terpaksa mencuri-curi terutama semasa dia tak ada di flat kerana buat kerja di makmal. Selepas masak, makan cepat-cepat dan basuh pinggan mangkuk serta periuk sebelum dia pulang. Tapi macam mana pun saya sorok dia masih dapat menghidu bau masakan dan mukanya akan jadi masam mencuka untuk beberapa hari. Untuk makluman pada hari biasa saya akan makan di kefeteria universiti. Selalunya lauk ikan dan sayur sahaja.
Sedikit demi sedikit saya belajar tentang sistem kasta dalam agama Hindu ini dari sahabat saya dari India ini. Satu lagi perangai dia yang saya tak boleh tahan ialah bila dia bercerita. Memang tak mahu kalah, semua tentang negara India dan dia sahaja yang terbaik. Sah dia ni tak pernah pergi luar negeri.
Memang
dia seorang jurutera nuklear yang hebat dengan teknologi yang tercanggih pada
masa tersebut. Dia berkhidmat sebagai jurutera di “sodium coolled fast reactor”
(SFR). Untuk makluman pembaca yang bukan jurutera nuklear, breeder reactor
merupakan satu tahap teknologi yang lebih kehadapan dari teknologi reaktor
komersial yang ada sekarang seperti teknologi PWE atau BWR. Cuba bayangkan pada
1984, India sudah pun membangunkan teknologi ini dan membina rekator tersebut
dengan kepakaran sendiri. Dalam reaktor “breeder”,
bahanapi akan lebih banyak terhasil
selagi mana reaktor dikendalikan. Hairan kan? Umpama kereta yang semakin
bertambah minyaknya semakin jauh kita pandu. Kalau teknologi “breeder” ini di
komersialkan, maka dunia tak akan semudah itu kehabisan sumber tenaganya. Tetapi
teknologi ini terlalu komplek dan dengan itu sukar ditawan. Cuba bayangkan
bendalir sodium sebagai media yang menyejukkan teras reaktor. Bagaimana nak di kawal
bendalir sodium yang bersuhu tinggi ini? Dalam teknologi konvensioanal, air
digunakan sebagai penyejuk.
Kawan India saya ini (saya dah lupa nama dia) saya rasa amat
jeles dengan saya dari Malaysia ni. Bila lihat dari gambar yang saya tunjukkan
dengan dia, saya punyai kereta di Malaysia dan rumah saya nampak mewah, maka
dia mula rasa tercabar. Jadi untuk menaikkan ego dia, dia akan cerita semua
cerita-cerita paling hebat pasal India dan diri dia. Entah betul entah tidak,
wallahualam. Tambah dia naik “jaki” bila saya selalu gunakan pemain mini kaset
saya mendengar lagu-lagu yang saya katakan di atas. Agaknya, gaji dia di India
terlalu sedikit sehingga tidak mampu nak beli pemain keset mini seperti yang
saya punya. Tapi saya tak layan sangat dia, akhirnya dia diam sendiri. Selepas sekian lama, agaknya kat mana dia
sekarang?
Satu karektor yang paling saya tak boleh lupa ialah kawan sekursus dari Iran. Iran pada masa tu sudah di kenali sebagai Islamic Republic of Iran. Saya amat teruja untuk mengenali seorang jurutera nuklear dari Iran ini. Mungkin dia pun hebat juga walaupun tak sehebat latarbelakang rakan dari India dan Pakistan. Mula bertemu dengan dia, dia terus peluk saya sambil mengucapkan “Assalamualaikum, bro”. Mula-mula nampak OK dia ni. Tapi selepas beberapa minggu, saya makin jauh dari dia dan dia mula bertukar menjadi menjadi manusia yang tak layak mewakili sebuah negara yang diasaskan oleh Imam Khomeini. Dia dan kawan saya dari Pakistan menjadi hipokrit besar.
Disebabkan kami ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(United Nation) maka elaun bulanan yang kami terima amatlah besar. Dengan duit
yang mewah dan harga barang yang murah maka ramailah dari rakan-rakan saya ni
jadi kaki joli dan berpoya-poya terutama di hujung minggu. Disebabkan Hungary
adalah sebuah negara yang baik ekonominya dalam Eropah Timur maka banyaklah
pekerja-pekerja dari Cuba yang datang mencari kerja. Paling ramai gadis yang
belum berkahwin. Pada hujung minggu, gadis-gadis Cuba ini akan meramaikan diri
di pub-pub serta tempat-tempat hiburan
mencari teman untuk berhibur. Rakan saya dari Iran dan Pakistan ini antara
mereka yang akan juga mengunjungi tempat-tempat di mana ramai gadis dari Cuba
ini berkumpul. Pada pagi isnin nanti,
maka kedua-dua mereka ini akan menceritakan dengan bangga kepada rakan kelas apa
yang mereka telah buat dengan girlfriend Cuba mereka pada hujung minggu yang
baru berlalu. Kalau Imam Khomenei tahu, rakan saya dari Iran ini pasti akan di
rejam sampai mati. Sahabat Iran saya ni juga tak segan silu minum minuman keras
apabila ada sahaja jamuan makan malam yang di adakan oleh universiti dan pihak penganjur.
Dia selalu menyindir saya sebab tak mahu bersama dia. Lantaklah, kau dengan kehidupan
hipokrit mu dan aku dengan kehidupan cara Melayu Islam ku.
Bagi mengubati rindu untuk berbual-bual, saya akan ke flat
rakan dari Indonesia pada hujung minggu. Sahabat Indonesia saya ini berasal
dari kepulauan Maluku dan seorang yang beragama Kristian. Tapi dia seorang yang
baik dan saya amat gemar berbicara dalam Bahasa Melayu dengan dia. Kadang-kadang kami berdua tergelak bila memceritakan kelakuan "rusa masuk kampung" rakan dari Iran dan Pakistan. Dia punyai
sebuah Vespa di Indonesia dan menunggang Vespa tersebut untuk ke tempat kerja.
Bila dia tahu saya punyai mobil di Malaysia, dia macam terkejut. Bagi
melepaskan ketagih nak makan daging ayam, maka rakan Indonesia saya ini akan
masak gulai ayam untuk saya. Ayam di beli di supermarket berdekatan dan sudah
tentu tak disembelih. Tapi zaman tu, tekak boleh terima punya, jadi tiada
problem. Lagipun nak cari ayam sembelih di negara komunis ni kat mana?
Yang paling meyenangkan saya ialah pengangkutan awam Kota
Budapest yang murah dan efisient. Sebagai mahasiswa saya ada kad pelajar yang boleh digunakan bagi
menaiki perkhidmatan tram mengelilingi Kota Hungary. Bila dah tak ada nak buat
apa-apa, saya akan naik tram yang berhenti di depan kampus dan buat satu
pusingan sebelum turun balik di stesyen di mana saya naiki tram tadi. Kalau ada
tempat yang saya minati, saya akan turun untuk melihat dan naik tram kembali
bila mahu pulang. Semua mahasiswa naik tram secara percuma, cuma perlu tunjukan
kad pelajar bila di minta pemeriksa tiket. Dalam Kota Budapest ini saya
terjumpa beberapa bangunan lama yang mempunyai unsur-unsur Islam. Ada antaranya
sudah di buat panggung wayang dan muzium. Rupa-rupa nya Islam pernah bertapak
di sini semasa zaman KalifahTurki. Tentera Islam pernah sampai ke pinggir Kota
Vienna, Austria dan hanya terpaksa berpatah balik apabila kalah dalam
peperangan merebut Vienna. Kalau tentera Islam menang, sejarah Eopah mungkin akan
berubah untuk selama-lamanya.
Kenapa professor Universiti Teknikal Budapest tabik hormat kat
Malaysia? Satu hari saya menjalani satu kerja ujikaji di makmal menggunakan
sebuah alat yang begitu canggih sekali. Selesai latihan makmal, seorang professor
memanggil saya. Saya pun tercenggang, apa hal pulak ni? Apabila saya rapat kat
dia, professor ini terus buka penutup alat canggih tersebut. Ditunjukkan pada
saya cip-cip komputer alat tersebut sambil menyebut, Malaysia serta menunjuk ibu
jari tanda bagus. Saya lihat memang betul semua cip komputer yang ada dalam
alat tersebut tertulis “Made in Malaysia”. Professor ni ingat cip itu direka
dan dihasilkan oleh orang Malaysia. Tak tahu dia yang memasang cip tersebut “Minah Karan” yang kebanyakannya
lulus SRP sahaja sedangkan cip direka oleh jurutera asing syarikat
multinasional. Ini sah kes lembu punya susu, sapi dapat nama.
Sejak berpisah, saya tak pernah berjumpa dengan rakan-rakan
sekursus saya melainkan Mr. Ann dari Vietnam. Tahun
lepas saya jumpa kembali dengan
An. Dia yang kenal saya dulu semasa
bertemu di Lapangan Terbang. Bila bertemu dia terus tanya saya
"Did we meet in Budapest, Hungary? Kuat ingatan dia. Sekarang dia dah jadi
Ketua Pengarah sebuah Institut Penyelidikan Sains Nuklear di Ho Chih Minh City,
Vietnam. Masa di Budapest, cakap bahasa Inggeris pun berterabur. Tapi tahun lepas, Bahasa Inggeris dia dah OK. Seorang lagi yang saya jumpa ialah Dr. Ferenc Levi,
professor UTB yang datang ke Malaysia hampir 2 tahun yang lepas. Dia datang
melawat Agensi Nuklear Malaysia sebagai seorang pakar nuklear dari IAEA.
Bergambar dengan Mr. Tran Khac An (tengah), rakan saya dari Vietnam semasa saya melawat institut penyelidikan beliau pada tahun lepas, 2011. |
Sayang semua gambar-gambar saya semasa kursus ini tak tahu di
mana saya letakkan. Kalau tidak boleh juga saya masukkan sebagai hiasan. Itulah
serba sedikit kisah pengalaman hidup saya untuk saya kongsi bersama. Ada mood
dan masa, akan saya tulis cerita dan pengalaman lain pula.
Salam.
Salam.
UnclearEngineer
as salam uncle....cerita pengalaman begini yg seronok dan bernilai tinggi untuk dibaca...semoga uncle akan terus bercerita lagi...awal tahun nie saya baru shj ke Budapest...kalaulah saya dapat baca pengalaman uncle nie dahulu tentu shj ingin saya jejaki TU Budapest tersebut...
ReplyDeletesalam...uncle teruskan mencoret pengalaman lalu untk generasi kini...tq
ReplyDelete