Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 – BAYANGAN KERESAHAN ORANG MUDA


Setelah banyak membaca maklumbalas dari berbagai lapisan masyarakat tentang BERSIH 3.0, maka saya telah membuat kesimpulan begini:-

-          Orang muda yang menghadiri BERSIH 3.0 tidaklah sebenarnya  anti dengan UMNO/BN tetapi mereka amat bimbang melihat gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi serta skandal kewangan dan keruntuhan moral yang melibatkan anggota kabinet, ahli politik dan pegawai kanan pentadbiran kerajaan. Ini mungkin satu persepsi sahaja, tuduhan ini mungkin benar tapi tak mustahil jika sebahagiannya  tidak benar sama sekali.

-          Mereka cuma mahukan hak untuk bebas menyuarakan kritikan mereka terhadap kerajaan.

Sebagai ahli UMNO yang setia dan mahukan BN terus menerajui negara ini, saya dengan ini ingin memberikan amaran sebagai seorang sahabat kepada mana-mana pemimpin dan juga pegawai  kerajaan yang korup bahawa zaman untuk membuat duit secara yang tidak bersih telah berlalu. Anda akan menghadapi tindakan sewajarnya di bawah pelan transformasi yang sedang dilaksanakan oleh pentadbiran DS Najib. DS Najib tidak punya pilihan lagi selain mengambil tindakan bagi meyelamatkan negara ini dari jatuh ke tangan pembangkang.

Kepada yang terasa hati atas kenyataan saya ini, saya minta maaf. Kesinambungan UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia perlu dipertahankan dan prioriti ini lebih penting dari mempertahankan salahlaku segulungan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tidak jujur. Semoga Allah selamatkan orang Melayu dan Malaysia.

UnclearEngineer
(Pendukung Perjuangan UMNO) 

2 comments:

  1. "...Orang muda yang menghadiri BERSIH 3.0 tidaklah sebenarnya anti dengan UMNO/BN tetapi mereka amat bimbang melihat gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi serta skandal kewangan dan keruntuhan moral yang melibatkan anggota kabinet, ahli politik dan pegawai kanan pentadbiran kerajaan. Ini mungkin satu persepsi sahaja, tuduhan ini mungkin benar tapi tak mustahil jika sebahagiannya tidak benar sama sekali..."

    Setuju dengan ni..

    ReplyDelete
  2. asrul rae

    Rasuah juga menjadi kebimbangan saya yang amat sangat dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarang. Sebagai seorang yang pernah berkecimpong dalam dunia korporat, saya amat memahami. Perlu ada ketegasan yang lebih untuk membenterasnya. Saya sokong mana-mana gulongan rakyat untuk sekurang-kurang mengawal easuah ini di tahap paling minima.

    Perlu diingat, rasuah dalam pentadbiran kerajaan di lakukan oleh pegawai /kakitangan kerajaan bukan ahli politik semata-mata. Separuh dari mereka ini mungkin bukan penyokong kerajaan pun tapi UMNO/BN akan terpalit jika perkara ini berterusan.

    Terima kasih atas komen.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.