Thursday, December 22, 2011

HASAN ALI, MENONGKAH ARUS DALAM POLITIK PAS?


Program Soal Jawab  TV3 pada malam khamis lalu  telah menjemput Dato Dr. Hassan Ali sebagai tetamu.  Saya lihat dalam fb saya ramai juga kawan-kawan yang menonton tapi masih belum ada yang memberikan sebarang ulasan mengenainya lagi. Pagi ini saya mahu tulis pasal wawancara tersebut termasuk tentang Dato Dr. Hassan Ali . Inilah dia pandangan dari kacamata saya sendiri…


Dato Dr. Hassan Ali memang mempunyai keintelektualan tersendiri. Cara beliau menjawab soalan pun amat berlainan.  Beliau memberikan jawapan bukan satu bahkan dari dua tiga sudut pandangan bagi soalan yang sama. Saya rasa dia telah benar-benar bersedia untuk di “grill” oleh pengacara, Dato Ahmad A. Talib  pada malam tadi.

Seperti biasa Dato Dr. Hasan Ali ini tampil dengan imej bahawa “aku hebat, aku yang buat itu dan ini”  walaupun dalam banyak situasi beliau cuba cakap berlapik. Memang itu gaya beliau dari dulu lagi semasa masih belum aktif dalam politik PAS lagi. Lihat sahaja video (http://youtu.be/Fe5jdf-D7ME) Dato Dr. Hassan Ali berucap di Shah Alam sebelum hari pengundian di PRU 12. Cuba kita kira berapa tawaran yang dia buat yang mampu dia laksanakan sehingga kini?

Amat memalukan bagi saya bagaimana seorang Islam yang kononnya mahu mempertahankan akidah umat Islam mampu berjanji perkara-perkara yang tidak boleh dia tunaikan. Sedangkan janji-janji itulah yang membuat jatuhnya sebuah pemerintahan yang sedia ada pada masa itu. Mana sifat zuhud, amanah, berkata benar, sabar yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin Islam? Kalau dia seorang pendakwah, apakah orang akan percaya lagi kepada beliau selepas melihat segala “janji-janji manis yang tak tertunai” yang dijanjikan kepada orang ramai?

MasyaAllah, betapa buruknya sifat orang Islam yang menjadi ahli parti Islam yang kononnya mahu mempertahankan Islam sebagai matlamat utama hidup. Berjanji perkara yang dia sendiri tahu tidak akan dapat dilaksanakan di depan khalayak ramai dengan bongkak dan sombongnya. Sudah tentu Islam sebagai agama yang benar akan terpalit kesuciannya jika pencinta agama ini tidak memperlihatkan akhlak seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Selepas melihat segala kejijikan perangai pemimpin politik yang konon memperjuangkan Islam, memang patutlah nama dan perkataan Islam itu tidak dibenarkan oleh kerajaan digunakan dalam mana-mana parti politik!


Ironis sekali apabila seorang dari bidang bukan agama seperti Dato Dr. Hassan Ali yang menghabiskan banyak masa  pengajian pasca siswazahnya di Amerika Syarikat merupakan penyokong kuat kepimpinan ulama dalam PAS. Ini telah beliau nyatakan dengan jelas malam tadi. Bahawa penyingkiran gulongan ulama dari kepimpinan Pas di peringkat Pusat dan kemunculan gulongan professional telah merobah lanskap dan hala tuju politik PAS. Mungkin betul pandangan beliau itu. Kalau tidak masakan PAS mampu bersengkokol dengan PKR yang nasioanalis dan DAP yang cuvanis serta anti Islam. Secara logiknya parti Islam “tulin” tidak akan buat begitu, tidak sekali-kali. Maka cairlah karakter Islam PAS menurut beliau.

Betul ke Dato Dr. Hassan Ali ini pro ulama? Semasa menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, berapa ramaikah gulongan ulama dalam PAS Selangor yang telah diberikan peluang untuk untuk bersama-sama mentadbir negeri? Rasa saya tak ada pun. Timbalan beliau dalam PAS Selangor juga seorang bukan dari gulongn ulama. Jadi mana buktinya Dato Dr Hassan Ali ini menyokong kepimpinan ulama? Inilah ironis yang saya katakan tadi. Dato Dr. Hassan Ali sebenarnya cakap lain tapi buat lain sama seperti kebanyakan pemimpin PAS yang lain!

Pada malam khamis tersebut, cakap beliau juga berbunga-bunga, berulang-ulang. Ini beliau lakukan dengan sedar bagi menguatkan lagi hujah beliau. Lihat sahaja kata-kata beliau mengenai isu jika Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya.

 “Kalau dapat menawan Putrajaya tapi kalau dalam kegembiraan itu, kalau air mata berderai-derai, tengok Islam entah di mana, tengok bangsa Melayu entah di mana, tengok institusi raja entah di mana. Saya rasa Dato, pekikan kita, kemenagan itu tidak banyak ertinya. Pekikan kita pekikan tapi hati saya menanggis mengenangkan Islam, mengenangkan bangsa Melayu, mengenangkan institusi raja Melayu tidak menjadi galang ganti kepada kemenangan itu, Dato.”

Huh, itulah ungkapan dari mulut Dato Dr. Hassan Ali sendiri yang sempat saya petik malam tersebut. Kepada Melayu tahap nasionalis paling tinggi, ayat dari Dato Dr. Hassan Ali itu pasti akan mencuit hati kecil mereka. Maka akan bertepuk tanganlah nasionalis-nasionalis ulung ini.

Antara kejayaan beliau sebagai Exco Negeri Selangor yang di sebut beliau adalah program mengimarahkan masjid-masjid di Selangor. Bahagian itu memang saya akui tetapi pengisian ceramah tersebut telah di gunakan oleh puak2 PAS sebagai pentas mereka menyebarkan dakyah poltik kepartian secara terang-terangan sehingga boleh memecahkan kariah. Itu yang saya amat tidak setuju. Bukan sahaja penceramah lain, bahkan beliau sendiri melakukannya walaupun beliau tahu mengenai perintah Sultan menghalang perbuatan tersebut. Ironis sekali lagi kerana beliau kononnya ingin mempertahankan institusi raja tapi sanggup pula melanggar perintah Sultan.

Bagi saya, Dato Dr. Hassan Ali adalah seorang yang pandai bermain kata-kata untuk menarik simpati orang ramai terhadap beliau. Keupayaan nya berpidato sungguh baik. Jika kena waktu dan tempat, boleh mengalahkan keupayaan berpidato DS Anwar Ibrahim sendiri.  Tapi kalau di fikir dalam dalam apa yang diucapkan, maka kita akan dapat banyak kecelaruan.

Apa pandangan saya terhadap Dato Dr. Hasan Ali selepas malam khamis lepas? Ikhlas, pandangan saya masih tidak berubah. Saya berharap orang-orang UMNO tidak terlalu ghairah dengan “lakonan” Dato Dr. Hassan Ali ini. Mungkinkah ini satu strategi pakar motivasi tersebut untuk memerangkap UMNO?

Sebagai penutup, saya teringat satu lagu lama nyanyian Ismail Kassim dan Nona Asiah (http://youtu.be/W1bERR7TYSY). Lagu ini semata-mata untuk hiburan tidak menyindir mana-mana insan sama ada yang hidup mahupun yang mati.

Lagu: Hasan dengan Hasnah

Hasan suka jaga lembu…..
Hari hari curi jambu……
Kalau nampak Tok Penghulu…….
Tentu engkau kena palu……..


UnclearEngineer

Nota: Apa yang saya tulisakan di atas adalah cetusan rasa dalam diri saya yang melihat betapa Islam telah dilacurkan sewenang-wenangnya oleh penganut dan pemimpin Islam itu sendiri. Kalau ada yang terasa pedih atas kritikan saya itu, saya mohon maaf banyak-banyak. Saya cuma berniat mahu menyedarkan. Salam.

3 comments:

  1. Saudara Yaziz saya setuju 100% dengan anda. 1000 janji tidak dikotakan selepas Pakatan menang PR12. Menunaikan Janji itu Bukan di Tuntut oleh ISLAM ke. Tak pernah dengar pun Dato Hassan Ali, menuntut supaya Kerajaan Pakatan Menunai Janji Mereka. Kalau Dato Hassan Ali dijanjikan Kedudukan Istimewa dalam Kerajaan Pakatan Negeri Selangor, ada kah pertukaran Perjuangan PAS kepada Negara Berkebajikan Akan menjadi ISU. Fikir fikir lah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Anon 3:32

    Itulah yang saya hairan dengan Dato Dr. Hassan Ali ni. Cakap dia banyak yang keluar macam dari mulut orang mu****k. Berdegar cerita pasal konon Islam itu paling penting dalam hidup dia.

    Dalam pertelingkahannya dengan Dato Mustapha Ali, kita dapat melihat tuduh menuduh tentang fitnah dan pembohongan bertukar ganti di antara mereka. Inilah orang2 yang kata mahukan negara Islam. Kalau jadilah tertegaknya negara Islam, alamat banyaklah kezaliman yang akan berlaku jika beginilah perangai pemimpin-pemimpin parti PAS.

    Hasan Ali ke, Mustapha Ali ke, Mahfuz ke,Mat sabu ke, Nik Aziz ke kesemuanya sama. Cakap berbelit-belit. Malukan agama Islam sahaja.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.