Tuesday, October 2, 2012
CEUPACS MAHUKAN BONUS TANPA DI CUKAI
Saya bukan lagi seorang kakitangan awam tapi saya
pernah menghabiskan 13 tahun dari umur bekerja saya sebagai pegawai kerajaan.
Semasa dalam perkhidmatan saya dulu, saya tak pernah pun merasa diberikan
sebarang bonus. Tetapi alhamdulillah, selepas saya berhenti pada 1994,
kakitangan kerajaan sudah mula dibayar bonus hampir setiap tahun. Saya amat
gembira bagi kawan-kawan yang masih terus setia dalam perkhidmatan.
Bila DS Najib mengumumkan bonus 1 ½ bulan bagi
kakitangan kerajaan saya juga turut sama gembira. Melimpah ruah rezeki
merekalah nampaknya. Bagi saya pula, kehidupan separa pencen di sektor swasta,
seperti biasa akan bertambah sempit sedikit kerana harga barangan yang mungkin
akan meningkat kerana “kecairan” hasil pembayaran bonus, BR1M, skim buku,
bantuan sekolah dan entah beberapa lagi “goodies” yang akan dibayar kerajaan.
Tak kurang juga rakan-rakan saya yang meluahkan rasa tak puas hati kerana bajet
baru-baru ini kurang membantu orang-orang kelas menegah seperti mereka. Biasalah
tu, tak semua akan setuju dan tak semua juga akan tidak bersetuju. Siapa yang
dah dapat tu harus bersyukur.
Tapi Datuk Presiden CEUPACS ni lain pulak fesyen
dia. Dah dapat bonus dia tak puas hati lagi. Mahu bonus ni dikecualikan dari cukai
pendapatan pula. Untuk makluman
mereka-mereka yang belum tahu, bajet 2013 memperuntukan semua pekerja
(kerajaan ataupun swasta) yang bergaji di bawah RM5,000 sebulan tidak lagi di
kenakan membayar cukai pendapatan. Jadi, Presiden CEUPACS ini mahu meminta
kakitangan kerajaan bergaji melebihi RM5,000 ini dikecualikan bayar cukai ke atas
bayaran bonus? Eh, ini dah melampau. Terlupa, bayaran zakat ke atas bonus ni tak
diminta untuk dihapuskan juga ke?
Cukai pendapatan di kutip berasaskan jumlah gaji
tahunan. Ada bonus ke tidak, itu bukan ukuran. Lagi tinggi gaji tahunan lagi
banyaklah cukai yang perlu dibayar. Tiada yang terkecuali. Itu karma kita
sebagai rakyat Malaysia dan di negara-negara lain di dunia ini pun begitu.
Presiden CEUPACS ini agaknya mungkin sedang menagguk
di air keruh. Dah tahu PRU dah hampir maka dia pun mulalah buat permintaan itu
ini. Ehem, sekilas ikan di air, dah ku tahu jantan betinanya. Manalah tahu kalau
PM terdesak untuk mendapatkan sokongan padu kakitangan kerajaan, maka akan
dimakbulkanlah permintaan dia tu. Inilah yang dikata oleh Karam Singh Walia,
dah dapat betis nak kan peha.
Kita tengok ajelah belit membelit CEUPACS ni. Saya
berharap pihak kerajaan tak payahlah nak layan lebih-lebih permintaan CEUPACS
ni. Sahabat saya Saudara Rodzee Arshad dari Melaka mungkin setuju jika saya
kata, mungkin dia ni macam “ulau melingkau dalam pagau”.
UnclearEngineer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.