Masa saya menulis ni hujan tengah lebat turun lagi kat Bukit
Sentosa. Katanya kat KL ada pula banjir kilat. Tadi ada saya baca kat blog Din
Hulu Selangor. Kata Pak Din, hujan yang
turun ni mungkin hasil pembenihan awan oleh kerajaan negeri TS AlWalid Gagak
(nama samaran). Betul ke ni? Hai, efektif bebenor pembenihan awan kali ni ye
sampai hujan turun diserata tempat. Katanya sampai kek kampong den di Gunung Pasir,
Kuala Pilah. Beberapa negeri di pantai timur pula telah mula diberitakan bersiap
sedia menghadapi keadaan hujan lebat yang mungkin akan menyebabkan banjir.
Lepas pikiaq punya pikiaq (orang yang setengah pencen ni
banyak masa terluang nak berfikir), saya buat satu kesimpulan. Mungkin betul
juga kata Pak Din tu. Dek terlampau takut dengan keadaan sesetengah tasik di
negeri Selangor yang di beritakan hampir kering mingu lepas, maka TS Alwalid
mengarahkan pembenihan awan di buat segera. Bukan apa, takut nanti isu
ketiadaan air akan menyebabkan rakyat tahu tembelang dia berdengki dengan
SYABAS dan isu keenganan dia membenarkan pembinaan Logi Langat 2. Yang geli
sangat hati saya ni, pembenihan awan tu di buat masa musim hujan dah sampai!
Serius bebenor dia ye……
Kesian orang Melayu sejak dulu digembar gemburkan dengan cerita si anu dan si anu tu seorang yang hebat. Kalau pemimpin, bakal jadi negarawan ulung. Akhirnya gila kuasa sampai gadai bangsa dan negara. Pooooorah.
Kalau orang berniaga pula maka digembar gemburkan sebagai
ahli korporat terhebat. Kalau Ustaz pula maka di puji melangit macam wali
keramat. Akhirnya pecah tembelang. Separuh dari mereka-mereka ini rupa-rupanya
kaki temberang sahaja.
Saya membesar dengan cerita betapa hebatnya seorang CEO
(Ketua Pegawai Sensitif) di PNB yang otaknya paling bergeliga sehingga berjaya
melakukan “dawn raid” yang femes tu di Bursa Saham London. Habis Mat Salleh kat
kota London tercenggang bila dia berjaya membawa syarikat gergasi perladangan Good
Roti balik semula ke Malaysia. Tapi apa
dah jadi sekarang ni? Orang yang sama telah jadi CEO (di N9 dipanggil Montori Godang) sebuah kerajaan negeri terkaya di Malaysia dan
bertindak bukan dengan pemikiran seorang yang paling bijak sejajar dengan
reputasi hebat dia.
Buktinya, pertama isu tanah YBK di Serendah (nak jadi
pengerusi tapi tak dapat, dihalang pula sebuah projek membina universiti berharga RM 300 juta, paling kartun duit
cukai tanah yang dah dibayar boleh pula dipulangkan kembali). Kedua, isu hutang
Talam (beli hartanah pada harga tinggi dari harga pasaran). Ketiga, isu air
dengan SYABAS dan kerajaan Persekutuan melibatkan pembinaan Logi Langat 2).
Yang lain-lain saya tak tahu lagi. Mungkin akan ada banyak lagi yang akan
terdedah dalam masa sedikit lagi.
Ikhlas saya nak tanya sikit. Orang hebat berniaga (aka orang
korporat) akan buat perkara macam tu ke? Beli barang pada harga lebih mahal dan
halang projek beratus juta (kampus UiTM dan Logi Air Langat 2) yang bakal
menyemarakan lagi ekonomi Selangor dari dimulakan. Ini memang sah kerja gila. Yang
dia pandai saya rasa bab duit yang dia guna untuk beli hartanah tu duit kerajaan
bukan duit bapak dia. Dia tak rugi satu sen apa pun. Part ini memang otak dia ada bergeliga sikit. Bergeliga
pun sikit sahaja.
Yang saya paling hairan lagi, kenapa banyak rakyat terutama orang
Melayu yang masih percaya kat dia? Kalau esok orang Melayu jadi papa kedana kat
negeri sendiri jangan salahkan UMNO. Lebih 55 tahun memerintah, orang Melayu
tidak merempat bahkan telah berjaya membuktikan bahawa kita mampu duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.
Setakat ini sahaja yang saya nak tulis. Yang lain itu pembaca
fikirkanlah sendiri. Kang banyak tulis di tuduh asyik-asyik cerita negatif
sahaja. Kalau dah banyak buat salah nak tulis positif macam mana, betul tak?
Naik senak perut saya bila memikirkan semua ini. Meminjam
ucapan seorang sahabat saya, selamat berhujung minggu. Adios.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.