Wednesday, October 3, 2012

FAKTA KES: ISU TANAH YBK



PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan yang memiliki tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor.

Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak projek UiTM, Serendah di mana cukai tanah bagi lot tersebut sebanyak RM1.280 juta telah lansai dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama’) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada kerajaan negeri Selangor.

Pada November 2009, PYBK telah menerima Borang 6A untuk menuntut cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta bagi tanah seluas 797 ekar. Pada 1.2.2010, pihak Yayasan Melaka telah membantu membayar cukai tersebut ‘bayaran kedua’.

Pada 4.2.2010, Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor telah memulangkan bayaran pertama dan bayaran kedua kepada YBK.

i.        ‘Bayaran pertama’ dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan Notis 6A (Notis menuntut cukai tertunggak) tidak pernah dikeluarkan untuk tanah tersebut.
ii    ‘Bayaran kedua’ dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh di buat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka

Tindakan kerajaan negeri ini telah di rayu ke Mahkamah dan pada 2.10.2012. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam memutuskan bahawa rayuan PYBK dalam kes tersebut dibenarkan dengan kos. Dalam kata lain, tindakan Kerajaan Negeri Selangor melucuthakkan  tanah-tanah tersebut dan mengembalikan semula bayaran-bayaran cukai ADALAH SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.

ULASAN: Apa yang saya berikan di atas adalah fakta bukan auta. Nilailah sendiri akan tindakan sebuah kerajaan yang dibuat tanpa menurut lunas-lunas peraturan dan undang-undang. Nasib baik kena kat YBK, mampu jugalah bawa kes ke mahkamah. Kalau jadi kepada rakyat kebanyakan (katanya dah ada pun berlaku dalam kes tanah TOL), kan dah kes aniaya?

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.