Minggu ni banyak cerita sambutan hari raya haji dan pengorbanan. Jem lebuhraya sehingga ke pagi isnin. Huh, hebat umat melayu Islam Malaysia ni dengan limpah ruah rezeki yang Allah berikan. Di luar sana bagaimana keadaan negara dan orang Islam penduduknya?
Sebelum ini ada saya cerita
pasal negara Mali yang hampir ke arah huru hara, meniru Somalia. Sebelum itu lagi
Syria berbunuhan sesama sendiri. “Musim bunga Arab” memporakperandakan Tunisia,
Mesir, Libya dan Yemen. Sudah kedengaran pula Jordan apabila diadudombakan
penduduk Palestin dan kaum Badawi penyokong kerajaan beraja Hashimite.
Paling dekat dengan kita,
perbalahan di Mindanao, Filipina yang nampak semakin menghampiri jalan
penyelesaian. Eh, belum lagi sebab ada lagi kumpulanyang konon Islam masih lagi
menganas. KumpulanAbu Sayaf? Selatan Thai pula yang hanya menunggu masa untuk
meledak.
Di Pakistan, pagi tadi dalam
berita di TV ada cerita tentang bom yang meledak di sebuah makam menyebabkan
kematian. Kalau iapun nak menghalang kurafat, tak ada ke jalan lain yang lebih
baik? Yang dibom masjid dan membunuh jemaah yang sedang solat subuh tu apa pula
justifikasi mereka? Oh ya, jangan lupa pasal dua bakal pengebom berani mati
dari Malaysia yang ditangkap di Lebanon. Berita yang kita dengar dan baca
kebanyakan nya mengenai orang Islam. Semuanya mengenai kekecohan yang tak
berkesudahan.
Agaknya kalau perkara ini
berterusan 10 tahun lagi, bagaimanakah kedudukan Islam dan ummahnya di dunia
ini. Ada ke orang yang memikirkan tentang ini? Ramai, tapi “ada aku kisah”. Silap
haribulan Malaysia pun akan jadi bahan berita bila gulongan Islam majoriti
merasa tidak puas hati di tindas oleh gulongan bukan Islam minoriti.
Kalau saya anak muda Islam
yang ikhlas mencari kebenaran dalam Islam maka saya akan mula bertanya. Betul kah
Islam bermakna selamat, sejahtera atau damai selain tunduk atau patuh? Melihat apa
yang berlaku di seluruh dunia (melainkan di Kutub Utara dan Selatan sebab di
situ tak ada orang Islam) maka tak nampak pun selamat, sejahtera dan damainya. Yang
ada hanya pergaduhan dan perpecahan sehingga menjadi beban kepada masyarakat agama
lain. Maka jika banyak yang kecewa dan lari dari agama ini dan yang menjadi
murtad, maka siapa lagi yang mahu kita persalahkan? Kita orang-orang tua
(termasuk ustaz dan ulama) yang konon tahu tentang agama Islam tapi tak
menunjukkan contoh yang baik sebagaimana
yang kita ucapkan sehingga menyebabkan ramai yang keciwa. Kalau tak percaya
pergi baca blog Melayu murtad dan lihat apa yang mereka tulis yang menyebabkan
mereka menjadi begitu. Bagi saya orang Islam telah gagal menterjemahkan Islam
sebenar dalam mencari keredhaan Allah dalam keseimbangan kehidupan di dunia mahupun
di akhirat.
Kenapa ayat-ayat Quran yang
menyeru kepada perpaduan ummah tak mampu membuatkan pemimpin-pemimin kita
bersatu ke arah barisan yang satu? Betul ke kita beriman dengan AlQuran atau
kita orang Islam hanya “as usual” hanya pandai menanam tebu di bibir sahaja?
Tak kuasa nak berfikir lagi. Siapalah saya
yang berani menulis sebegini. Saya berhenti di sini nampaknya. Salam.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.